Saturday, April 23, 2011 0 comments

Rendang Kering Ayam Berkicap

Salah satu cara nak memvariasikan masakan ayam....

1 ekor ayam dipotong kecil

Kisar halus:
  • 10 tangkai lada kering
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 cawan kicap manis
  • garam secukup rasa
Perapkan ayam dengan bahan-bahan di atas.

Panaskan 4 sudu besar mentega.
Tumis 4 labu bawang besar yang dimayang halus sehingga garing.
Masukkan ayam dan air asam jawa secukupnya.
Tutup periuk rapat-rapat.
Bila ayam dah empuk dan kuahnya pekat, angkat.
Semasa menghidang, taburkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang dan sup serta hirisan cili merah dan hijau.
1 comments

Mint Sauce

Saya tak minat mint sauce.  Tapi satu hari, saya hadiri kenduri kat rumah adik saya.  Antara menunya, kambing panggang.  Mint sauce yang dihidangkan sedap la pulak.  Bila interview penjualnya, dia kata, mint sauce yang dia buat campur epal.  Mak pun balik dan jalankan edisi siasat...tak tau kat mana mak jumpa, yang pasti mesti daripada sumber orang putih sebab mak catitkan dalam bahasa orang putih jugak...bahasa Inggeris mak jauh lebih baik dari bahasa Inggeris saya.  Tapi ni resipinya....

4 sudu besar gula dan 4 sudu besar air.  Masak dalam kuali dengan api perlahan sehingga gula larut.  (Hihihi...bahasa asal yang mak tulis: Stir over low heat in a pan until dissolved..)

Biarkan sehingga mendidih, kecilkan lagi api.  Renihkan selama 3 minit,  without stirring.

Masukkan:
  • 4 sudu besar cuka atau jus daripada sebiji lemon dan 1 sudu besar cuka
  • 2 biji epal hijau - dikisar halus
  • 1 gugus daun pudina - dikisar halus
  • 1 sudu kecil garam - dikisar halus
Kacau sebati.  Tutupkan dan sejukkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.

Hidangkan dengan ayam atau daging panggang.
1 comments

Kek Prune 2



Saya memang hantu prune.  Prune juice ker, buah prune ker, daging masak prune ker atau kak prune..semuanya saya suka.  Jadi bila saya ternampak kawan saya, Shikin poskan dalam blognya resipi Kek Prune dan kebetulan semua bahan dah tersedia di dapur saya, saya pun mencubanya tanpa berlengah-lengah lagi.  Sebab nak mintak kat Shikin tak boleh, rumah dia jauh sangat.  Cut and paste dari blog Shikin:

Bahan-bahan:


250 gram butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan susu pekat
20 biji prune
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovalete

Cara-caranya:

1. Panaskan kukusan dulu...
2. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
3. Pukul telur + esen vanila hingga kembang dan masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan butter sambil dipukul..(my senior masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul...)
4.Masukkan ovalete pukul dan masukkan susu pekat, kacau
5. Prune boleh dikisar tapi aku cincang-cincang aje kemudian masukkan dalam adunan dan pukul seketika.
6. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau rata.
7. Masukkan dalam loyang dan kukus dalam 1 hingga 1 1/2 jam (hingga masak ler...)



p/s: tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukusan jatuh dalam kek anda...
1 comments

Puding Roti

Ini satu lagi hidangan kegemaran saya.  Kuih ni simple and easy sebenarnya.  Boleh aja main baling-baling bahan tanpa sukatan.  Tapi sebab saya budak baru belajar, saya lebih suka ikut sukatan supaya lebih terjamin outputnya.

1 buku roti gardenia (kecil) - kalau dapat croissant lagi sedap
Rendam sehingga kembang dan toskan

4-5 biji telur
1/2 tin susu gula
secubit garam
1 tin susu cair
1/2 tin susu air
2 sudu besar butter - didadu

Buah pilihan - secukupnya, contoh: peach, strawberry, nenas
Badam rincik

  • Pukul telur dengan gula dan garam sehingga kembang.
  • Gaulkan sebati adunan telur dengan susu dan roti dan separuh dari badam.
  • Sapukan loyang dengan mentega.  Susunkan buah dan taburkan badam rincik di lapisan bawah.
  • Tuangkan adunan roti ke dalam loyang.
  • Taburkan mentega ke atasnya.
  • Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 30-40 minit.
1 comments

Egg Fu Yong

Egg Fu Yong ni lauk kegemaran saya.  Resipi ni mak dapat daripada TV2, tak pasti rancangan apa.  Eh..silap, rancangan Eat Your Heart Out.

5 biji telur - dipukul
1/2 sudu kecil garam
2 susu besar udang kering - direndam air panas dan ditumbuk kasar
2 biji sengkuang cina - dirincik halus
sedikit hirisan daun bawang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil gula
2 sudu besar carrot yang dirincik halus, memanjang
1 labu bawang besar didadu
2 sudu besar isi ketam

  • Panaskan 5 sudu besar minyak (rule of thumb: 1 sudu besar minyak untuk 1 biji telur).
  • Campurkan semua bahan dengan adunan telur.
  • Tuangkan adunan telur dan kacau perlahan-lahan sehingga kering.  Angkat dan hidangkan panas-panas.
0 comments

Rendang Pedas Ayam (Itik)

Resipi ni daripada Mak Ngah Munah.  Mak Ngah Munah pun pandai masak.  Tugasan tetap untuk Mak Ngah Munah setiap kali kenduri kat kampung adalah menggoreng bihun.  Saya masih ingat makan goreng bihun dia...lama dulu sebab saya pun dah lama jugak tak dapat balik kenduri kat kampung, (selalulah saya miss masakan-masakan mak-mak sedara saya)...sangat sedap.  Bihunnya tak pun banyak aksesori, tapi sedap.  Tak tau apa rahsia dia.  Nanti saya cuba risik-risik...kali ni dapat resipi Rendang Pedas, applicable untuk ayam dan jugak itik.

1 ekor ayam atau itik
Kisar dan tumis sehingga garing bahan-bahan berikut:
  • 15 tangkai cili kering
  • 3-5 labu bawang besar
  • 12 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 ketul lengkuas
Masukkan ayam/itik.  Kacau rata dan biarkan sehingga masak.
Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan 3 keping asam gelugor, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan juga 2-3 sudu besar kerisik dan renihkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
0 comments

Ayam Cili Padi

Resipi ni mak belajar dari Tok Tam Nah, salah seorang tukang masak handalan dalam family.  Selalu jadi consultant chef sessi kenduri kahwin, kenduri arwah dan apa saja majlis makan-makan kat kampung.

1 ekor ayam - dipotong kecil.

Dikisar halus dan ditumis sehingga pecah minyak bahan-bahan berikut:
  • 15-20 tangkai cili padi hijau
  • 5 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3-5 biji belimbing buluh (optional)
Kemudian, masukkan gula dan garam lebih kurang 1 sudu kecil.  Kacau rata.
Kemudian, masukkan ayam dengan 2-3 asam keping, jika perlu (kalau tak masukkan belimbing buluh).
Renehkan sehingga kuah pekat.
Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
0 comments

Ayam Goreng Lengkuas

Ini pun versi Mak.  Tak pasti mana mak dapat resipi ni.

1 ekor ayam - dipotong 12.
Perapkan dengan:
2 sudu besar lengkuas, 1 sudu besar bawang putih, 2 sudu besar serai dan 1 sudu besar halia yang dikisar halus.
7 biji cili padi dicincang
2 labu bawang besar yang dimayang
2-3 sudu besar kicap cair
gula dan lada hitam secukup rasa

Panaskan 2-3 sudu besar minyak masak.
Tumiskan 7 ulas bawang merah yang dimayang sehingga garing.
Masukkan ayam yang diperap tadi dan reneh sehingga ayam empuk.

Tambahkan 7 buji cili kering yang di potong kasar.
Masukkan 3 sudu besar santan pekat.

Kacau rata dan reneh lagi sehingga kuahnya hampir pekat.
0 comments

Agar-agar Serikaya

Sebulan dah tak update blog ni.  Mulakan dengan resipi pencuci mulut...resipi tok.

10gram agar-agar
6 sudu besar gula
Masakkan dengan 2 gelas air sehingga hancur dan tapiskan.

1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar santan
Air daun pandan
Pukul bersama sehingga kembang

Masakkan semula agar-agar tadi ke atas api dan masukkan adunan gula-telur.  Kacau selama 10 minit. 

Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.  Sejukkan.
Thursday, March 24, 2011 0 comments

Hati Masak Lada

Hati tu hati lembu.  Boleh jugak gantikan dengan pedal ayam.

15 biji cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
sedikit kunyit hidup
air asam jawa
1 cawan santan pekat
1 kilo hati lembu - dicelur sebentar, dan dipotong kecil-kecil
Daun kunyit - dihiris halus

  • Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih, lada hitam, jintan dan kunyit hidup.
  • Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Masukkan santan pekat.  Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan hati lembu.
  • Kacau sebati dan biar sehingga pecah minyak.
  • Sebelum diangkat, tabur daun kunyit yang dihiris halus.
0 comments

Ikan Keli Masak Belanda

Resipi dari sepupu mak.  Keluarga mak kat kampung memang suka masak Belanda ni.

20 biji cili kering
1 sudu besar jintan putih
1 1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
2 inci halia
3 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit

  • Rebus cili kering, jintan manis, jintan putih dan lada hitam.
  • Kisar bahan yang direbus bersama dengan halia, bawang besar dan separuh daripada bawang merah dan bawang putih.
  • Panaskan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang tidak dikisar halus. (bawang-bawang tu ditumbuk kasar).
  • Kemudian, tumiskan bahan kisar dan serbuk kunyit.
  • Masukkan air asam jawa secukupnya.
  • Bila mendidih, masukkan ikan keli (goreng dulu).
  • Reneh sehingga kuahnya pekat.
0 comments

Sambal Lengkuas

Sambal lengkuas ni pun sedap.  Lagi sedap kalau dapat makan dengan nasi panas-panas.  Kawankan dengan ikan kering goreng...yummy!!!

2 cawan lengkuas - kisar, rebus dan tapis airnya.
300gram bawang besar - dimayang
10 batang serai
30 biji cili kering
5cm belacan
5cm halia
300gram ikan bilis - tumbuk pecah-pecah
300gram bawang besar - dimayang
kerisik daripada sebiji kelapa
air asam jawa secukupnya
garam dan gula


  • Kisar halus serai, cili kering, belacan dan halia
  • Panaskan minyak.  Tumiskan bawang besar yang dimayang sehingga garing dan wangi.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, lengkuas tadi, ikan bilis, bawang besar, kerisik, air asam jawa.  Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Kacau rata dan masak di atas api sederhana selama 1 jam atau sehingga betul-betul kering dan garing.
0 comments

Sambal Serai

Hari ni, nak kongsi beberapa resipi sambal yang selalu mak buat.  Bukan saya buat...

10 ulas bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 paket (25gm) rempah kurma
5 labu bawang besar - dikisar
1 cawan santan
1 cawan udang geragau
21 batang serai - dihiris nipis-nipis (ni sebab saya tak nak buat sendiri, mak aja buat, saya makan)
21 biji belimbing buluh - dihiris nipis memanjang
3 biji cili merah-dihiris nipis
3 biji cili hijau-dihiris nipis
10 biji cili padi
2 labu bawang besar - dimayang
300 gram udang hidup (lagi banyak, lagi sedap)

  • Tumis bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan rempah kurma dan bawang besar yang dikisar halus.
  • Apabila telah pecah minyak, masukkan santan, udang geragau, serai dan belimbing buluh.
  • Kacau sehingga pekat dan serai betul-betul masak.
  • Masukkan cili, bawang besar yang dimayang serta udang.
  • Kacau sebati dan biarkan sehingga udang masak.
Tuesday, March 22, 2011 1 comments

Chicken Chop

Chicken chop ni versi SBC Butterworth.  Uniknya, ayamnya dipotong kecil-kecil, dicampurkan sekali dengan kentang goreng, carrot, tomato, bawang besar, greenpeas dan baked beans dan dimakan dengan kuah yang banyak....

5 keping dada ayam
Diketuk sehingga leper, gaulkan dengan garam dan lada hitam.
Celupkan dengan telur yang dipukul, gaulkan dengan oat/nestum/serbuk roti.
Goreng sehingga kekuningan.

Untuk kuahnya:
1 tin tomato sup
1 tin kecil green peas
1 tin kecil kacang panggang
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar - dibelah 8
1 batang carrot - dipotong bulat
2 biji tomato - dibelah 4

  • Panaskan minyak.  Tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan tomato sup dan sedikit air.
  • Masukkan kacang panggang, green peas dan carrot.
  • Bila carrot dah masak, masukkan tomato dan bawang.
  • Perisakan dengan garam, gula dan lada.
Goreng kentang atau fries.
Goreng telur mata lembu.

Masukkan ayam dan kentang dalam mangkuk.  Tuangkan kuah ke atas ayam dan kentang.  Hidangkan sekali dengan telur goreng.  Kalau chicken chop versi SBC yang ori, ayamnya dipotong memanjang, macam fries jugak.
Monday, March 21, 2011 0 comments

Sup Wantan

1 bungkus kulit wantan
1/2 biji sengkuang atau 15 biji sengkuang Cina
1 batang carrot
Sedikit tepung gandum
Udang - lagi banyak lagi sedap
1/2 ekor ayam
sedikit daun bawang
12 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

  • 7-8 biji sengkuang Cina, carrot dipotong dadu, kecil-kecil.
  • Udang dicincang halus.
  • Gaulkan udang, carrot dan sengkuang Cina dengan tepung gandum dan sedikit air serta garam dan lada hitam.
  • Gaulkan sehingga sebati.
  • Masukkan dalam kulit wantan, lebih kurang sesudu untuk setiap wantan.
  • Sebelum menyediakan wantan, rebus ayam yang dipotong kecil-kecil, lebihan sengkuang Cina serta ikan bilis.  Masukkan juga bawang putih.
  • Rebus sehingga airnya jernih.
  • Perisakan sup dengan garam dan lada secukupnya.
  • Biarkan sup mendidih, masukkan wantan ke dalam sup.
  • Jangan biarkan wantan terlalu lama.
  • Angkat dan taburkan daun bawang ke dalam sup semasa menghidang.
Tuesday, March 1, 2011 0 comments

Jelly Buah Tropicana Kastad



Buah-buahan tropika kegemaran:
4 biji mangga, potong kiub
1/2 biji nenas - potong kiub
Longan
Rambutan
Nangka

2 kotak Jelly segera - perisa raspberry

Masukkan semua buah dalam mangkuk.  Gaul rata.
Bancuh jelly ikut arahan.  Tuangkan ke atas buah-buahan tadi.  Masukkan dalam peti sejuk.

Kuah Kastard:

1 tin susu cair
2 1/2 tin susu air
1 biji telur - dipukul
2 sudu teh vanilla
6 sudu besar tepung kastard
9 sudu besar gula

Satukan semua bahan.  Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat.
Sejukkan sebelum dihidangkan dengan jelly buah tadi.
Monday, February 21, 2011 0 comments

Belotok Ubi

Ohh...teringat kat kuih belotok ni.  Mak Chak, adik ipar mak yang pandai buat kuih ni.  Sedap sangat.  Bila dah biasa makan yang sedap, malas nak buat sendiri sebab takut tak sedap.

1 kati ubi keledek - direbus
1 biji telur
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Lenyek ubi dan gaul sebati dengan telur, lada dan garam.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai dapat konsistensi yang elok.  Err..ni antara sebab saya malas nak buat sendiri.  Tak pandai agak...
Isi inti dan bujurkan.  Golek atas tepung, celup telur dan golek atas serbuk roti.  Goreng.

Intinya:
Tumis bawang putih yang dicincang.
Masukkan inti ayam/daging/udang yang dicincang.
Masukkan bawang besar (dadu), cili merah, cili hijau, carrot, daun bawang, daun sup )diracik halus).
Perisakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
Masak sehingga kering.
0 comments

Ayam Kung Pao

  Resepi ni daripada sepupu, Rihana.  Dia pun rajin jugak try resipi-resipi baru.

600 gram isi ayam - gaul dengan tepung jagung dan garam.  Goreng garing.
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 labu bawang besar
1 biji capsicum
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos abalone
1/4 cawan air
10 tangkai cili kering - dipotong kecil dan digoreng garing.
100gm gajus.

Tumbuk halus bawang putih dan halia.  Tumiskan.
Masukkan bawang besar dan capsicum yang didadu.
Masukkan semua sos berserta air.  Kacau sebati.  Biarkan sehingga mendidih.  Reneh sehingga kuah pekat.
Tuang kuah ke atas isi ayam yang digoreng.  Taburkan dengan gajus dan  cili kering.  Gaul rata.
0 comments

Udang Masala

Satu lagi resipi daripada Auntie Fishah, kawan mak.

I kilo udang - gaul dengan garam kunyit dan goreng sehingga masak.

Tumis segenggam daun kari.

Kisar halus bahan-bahan berikut:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada putih
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil kas kas
1 sudu besar kelapa parut
3 biji badam
3 biji gajus
3 ulas bawang putih

Tumis sehingga wangi.

Masukkan 2/3 batang serai yang dititik.  Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tambahkan 3-4 labu bawang besar - dipotong subang dan 3-5 biji cili hijau yang dihiris nipis.

Kacau dan bila bawang dan cili agak layu, masukkan udang yang digoreng.  Kacau sebati dan angkat.
0 comments

Ayam Goreng 13 Perencah

Ini masakan pertama yang saya hidangkan kepada hubby.  Lebih  kurang first time suami makan air tangan isteri.  And he loved it...sebab betul-betul sedap ker sebab baru kahwin, apa yang wife masak semua sedap.  Entah.  Tapi ini hidangan kegemaran kawan-kawan mak dan ayah kalau usrah kat rumah.

1 ekor ayam - potong 16

Bahan-bahan berikut digiling halus dan perap dengan ayam sekurang-kurangnya 5 jam:
10 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar garam
2 sudu besar madu
2 sude besar kicap pekat
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
2 sudu besar air asam limau
1 sudu kecil serbuk kas-kas

Goreng sehingga garing.
Wednesday, February 16, 2011 0 comments

Ayam Ungkep Pedas

Mak dapat resipi ni daripada Rancangan Aroma.  Rasanya rancangan masak dari Indonesia.  Dan mak dah sesuaikannya dengan citarasa kami sekeluarga.

1 ekor ayam
5 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
9 ulas bawang merah
2 inci ubi cekur
3 cm halia - diketuk
3 cm lengkuas - diketuk
3 helai daun limau purut - dimayang halus
3 sudu besar sos tomato
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada
3 sudu besar air asam jawa
10 sudu besar kicap manis

  • Ayam dibelah 4 dan dilumur dengan 2 sude besar air limau nipis.
  • Pijarkan minyak. Tumis cili merah, cili padi, bawang dan ubi cekur yang dikisar halus sehingga wangi.
  • Masukkan halia, lengkuas, daun limau, sos tomato.
  • Perisakan dengan garam dan gula dan lada.
  • Masukkan ayam dan masukkan air asam jawa dan kicap.
  • Tambah 250ml air, kacau rata dan masak sehingga ayam empuk dan kuah pekat dan kering.
  • Angkat ayam dan panggang seketika.
  • Hidangkan bersama kuahnya, timun, keropok dan salad.
0 comments

Daging Masak Kicap

Ini resipi Tok Tam Nah.  Mak saudara kepada mak.  Tok Tam memang terkenal dengan masakannya.  Cuma standard la....orang tua-tua masaknya main sesedap rasa.  Tak ada sukatan spesifik, dan memang betul-betul sedap.  Kalau orang macam saya main masak sesedap rasa...hihihihi...

Daging, diperap dengan rempah kari daging, bawang putih dan halia yang dikisar halus, bawang besar dimayang halus, dan kicap pekat.

Tumis rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga), serai dititik, bawang merah yang dimayang dan daun kari.

Bila garing, masukkan daging dan air.
Masak sehingga daging empuk.

Tambahkan secukupnya air asam jawa, gula merah, gula batu dan daun kari.

Kacau sebati dan angkat.
0 comments

Pajeri Jantung Pisang

Pajeri ni sebenarnya versatile - boleh dimasakkan dengan nanas, terung, jantung pisang, rebung atau kegemaran anak-anak saya: telur rebus yang digoreng.  Kuah asas pajeri ni pun saya belajar dengan mak.

2-3 sudu besar serbuk kari daging
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam udang kering/udang segar
sedikit halia
Rempah tumis - bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga
3-5 biji cili api
120gram santan
1 biji jantung pisang - dibelah dua dan direbus
sedikit asam gelugor kering
  • Panaskan minyak.  Tumis dengan rempah tumis dan bawang, halia serta cili api.
  • Setelah bawang garing, masukkan rempah kari.  Biarkan sehingga rempah masak atau pecah minyak.
  • Masukkan udang/udang kering dan sedikit air.
  • Masukkan santan, asam gelugor dan perisakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan jantung pisang.  Masak sehingga jantung pisang empuk.
0 comments

Masak Lemak Pisang Muda

Pisang Muda - my favorite.  Susah dah sekarang ni nak dapat hidangan yang macam ni.

1 sikat pisang muda
9 biji cili padi
7 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis
Garam, gula, lada dan asam secukup rasa
100gram santan pekat
180gram santan cair

  • Tumbuk halus cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.
  • Ikan bilis ditumbuk kasar-kasar.
  • Rebus pisang dengan bahan-bahan yang dikisar bersama santan cair sehingga empuk.
  • Perisakan dengan garam, gula dan lada serta asam secukupnya.
  • Tuang santan pekat dan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan angkat.
0 comments

Sotong Bakar Air Asam Kerisik

5 ekor sotong -dibersihkan dan dikelar-kelar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh serbuk cili

Gaulkan sotong dengan semua bahan di atas.
Bakar.

Pencicahnya:

1 biji tomato
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
2 sudu besar kerisik
sedikit belacan

  • Tomato, bawang dan cili dihiris nipis.
  • Larutkan belacan, kerisik dan bawang, gula dan garam dengan sedikit air panas.
  • Gaul rata.  Masukkan tomato dan cili.  Gaul sebati.
0 comments

Daging Gulung

Resipi ni mak dapat daripada kawan mak, Auntie Kartini.  Kat mana auntie sekarang ya?  Dulu masa kecik-kecik ingat lagi, auntie ni kalau bagi coklat semua yang kelas punya...Apapun, Daging Gulung ni saya kategorikan sebagai masakan yang "sedap dimakan, renyah disediakan".  Sedap memang sedap, tapi banyaknya kerja....kalau mak masak, baru makan.

600 gram daging (sebab resipi lama, 1 kati) - potong nipis dan lebar, ketuk dan perap dengan garam, gula dan serbuk lada.
6 biji telur - dadarkan 3 keping - besar dan lebar
Lapiskan daging di atas telur, gulung dan ikat dengan benang.  Kan saya dah kata - renyah dan banyak kerja...belum kuahnya lagi...

5 batang serai
2 inci halia
5 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
3 ulas bawang besar
9 biji cili hidup
5 biji cili api (kalau suka pedas, lebihkan)
3 biji tomato masak
2 inci kunyit hidup

Semua bahan di atas dikisar halus.
Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan daging tadi (atur) dan masak sehingga empuk.
Masukkan:
3 cawan santan
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
Garam dan gula secukup rasa

Bila kuah pekat, angkat daging dan potong serong.  Susunkan atas pinggan.
Tambahkan 3 labu bawang besar (disubang) dan 10 biji cili hijau yang dibelah dua ke dalam kuah.  Tuangkan ke atas daging.

Hihihi...versi saya, buat kuahnya, potong daging macam nak masak kicap.  Masukkan daging dalam kuah.  Masak sehingga daging empuk.  Kalau nak telur, rebus dan masukkan dalam kuah.  Settle.....
Tuesday, February 1, 2011 0 comments

Nasi Carrot

Mula-mula belajar makan Nasi Carrot ni zaman muda-muda dulu, waktu pergi rumah Mak Su di Batu Gajah.  Belajar dari Mak Su lah ni...Hidangkan dengan Salad Mayonis dan Ayam Masak Merah.

5 cawan beras Basmathi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit halia
Rempah tumis - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang
1 sudu besar jintan manis
3 batang carrot - diparut halus
1 tin susu cair
Gula, garam dan lada secukup rasa
Kismis dan gajus
3 sudu besar minyak sapi/mentega
1 biji cili hijau
5 cawan air

  • Panaskan minyak sapi/mentega.
  • Tumis bawang-bawang (didadu), halia, rempah tumis dan cili hijau.
  • Bila bawang garing, masukkan jintan manis.  Kacau sehingga wangi.
  • Masukkan carrot yang diparut.  Kacau rata.
  • Masukkan air.  Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan susu cair.  Perisakan dengan garam, gula dan lada.
  • Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan.  Masak dengan rice cooker.
  • Bila nasi hampir kering, masukkan kismis dan gajus.  The more, the merrier.
0 comments

Ayam Gulai Padang

Resepi ini daripada Majalah Saji Mei 2008.  Kalau orang utara, gulai tu maksudnya, kari. Tapi, gulai ni tak guna rempah kari. Ala-ala gulai ayam yang dijual di Restoran Masakan Padang. 

2 ekor ayam
1 liter santan
400 gm cili giling
500gm bawang merah
100gm bawang putih
100gm kunyit hidup
50gm halia
8 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
3 batang serai
100gm gula melaka
Garam secukup rasa

  • Bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia dikisar.
  • Tumis sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili giiling, gula melaka dan serai.
  • Masukkan ayam dan perasakan dengan garam.
  • Tuangkan santan dan masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
  • Renih sehingga mendidih.
0 comments

Kuih Cara

2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 cawan santan
1 sudu kecil garam
4 helai daun pandan ditumbuk untuk jusnya
Gula dan minyak secukupnya

  • Pukul telur, masukkan santan (perah dengan air daun pandan) dan tepung.  Kacau rata.
  • Masukkan garam.  Kacau sebati.  Tapis adunan.
  • Panaskan acuan kuih cara yang telah disapu dengan minyak.
  • Sudukan adunan ke dalam acuan.
  • Masukkan sedikit gula di tengah-tengah kuih.
  • Tutup acuan selama 2-3 minit, kemudian diangkat satu persatu.
0 comments

Pulut Serimuka

Ini resipi tok yang Mak dah formalizekan.  Sebab resipi orang tua-tua, semua main agak-agak.  Mana mungkin orang macam saya yang tak pandai masak ni, nak cuba.

1 1/2 cawan beras pulut
2 cawan santan
4 biji telur
1 cawan gula
sedikit kulit kayu manis - ditumbuk halus
1/2 cawan pati santan - diperah dengan air daun pandan

  • Masak pulut dengan 2 cawan santan dan sedikit garam dalam loyang sehingga masak.
  • Sementara itu, pukul telur, gula, santan dan air daun pandan serta serbuk kulit kayu manis sehingga sebati.
  • Tapiskan.
  • Bila pulut masak, tekan supaya kejap dengan daun pisang.
  • Tuang adunan telur dan santan ke atasnya dan kukus sehingga masak.
0 comments

Lompang

Resepi ni mak dapat daripada kawan mak, Auntie Faizah.

1/2 biji kelapa - diparut (sah resipi orang lama, orang sekarang beli aja kelapa parut)
Gaul dengan 1 sudu teh garam

17 oz air sejuk
10oz gula merah - masak dengan air tadi

10 oz tepung beras
16oz air panas -gaulkan dengan tepung

1 sudu teh air kapur
1/2 oz tepung sagu/ tepung kacang hijau

  • Bancuh adunan dan tapis dengan kain putih.
  • Panaskan air dalam kukusan, biar sehingga air mendidih dan acuan panas.
  • Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus elama 20-3- minit.
  • Angkat dan hidangkan dengan kelapa parut.
Saturday, January 29, 2011 0 comments

Ayam Goreng Berempah

Ini pun signature dish Bibik.  Kegemaran kami sekeluarga.  Nak lagi sedap, lengkapkan dengan Sambal Tomat Indonesia.


1 ekor ayam - dipotong 16
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh lada putih
Kunyit hidup
Halia
Lengkuas
5 biji buah keras
Kelapa parut - kalau nak banyak rencahnya nanti, gunakan lebih banyak kelapa parut
2 batang serai
2-3 helai daun limau purut

  • Bawang merah, bawang putih, ketumbar, lada, kunyit, halis, lengkuas dan buah keras ditumbuk halus.
  • Serai dititik.
  • Gaulkan semua bahan dengan ayam. Tambahkan sedikit air.  Rebus ayam dengan rempah tadi sehingga kering.
  • Goreng ayam sehingga kuning keemasan.  Semasa menggoreng, asingkan kelapa parut daripada ayam.  Kelapa parut digoreng asing untuk dijadikan rencahnya.
Tuesday, January 25, 2011 0 comments

Daging Masak Rempah

Satu lagi resepi kegemaran famili yang mak masak.  Nama sebenar resipi ni, Daging Masak Mamak - tapi nota Taufik menyebabkan saya ubah namanya.  Tak apalah kan.  Resipinya masih sama.  Tak ingat pulak Mak cerita dapat dari mana resipi ni, rasanya daripada Cikgu Fuziah, kawan mak jugak merangkap cikgu saya dulu. Apapun, ni satu lagi resipi yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan masakan daging.  Lagipun, caranya mudah - blend semua bahan.  Lepas tu, masakkan dengan daging.



1 kg daging - potong lebar

Utk kisaran:(halus)
20 biji cili kering
5 labu bawang besar
5 biji buah tomato masak
1 labu bawang putih
1 Genggam kismis
2 Genggam bawang goreng
1 cawan kicap manis

1. Awas (lumur) daing dengan kisaran halus bahan yang disenaraikan
2. Tumis 2 - 3 helai daun pandan.
3. Bila naik wangi, masukkan daging yang telah diawas. Renehkan sehingga daging empuk dan kuahnya pekat.
4. Tambahkan asam gelugor @ air asam jawa / garam / gula secukup rasa jika perlu
5. Kacau sebati dan angkat.

Untuk tujuan hiasan/ulaman - taburkan cili merah / cili hijau
Monday, January 24, 2011 0 comments

Roti Jala

Roti jala adalah makanan kegemaran sekeluarga yang saya jarang-jarang buat sendiri.  Saya tak pandai menjala.  Pernah dulu beberapa kali aja buat sendiri.  Tapi baru-baru ini, saya dapat resipi daripada kawan sepengajian di UM dulu, Lin.  Ramai orang lain bagi feedback positive, so saya pun cuba.  Seperti biasa, saya sesuaikan dengan apa yang ada kat dapur - misalnya, sebab tak ada fresh milk dalam fridge, hari masih pagi dan saya malas nak ke kedai, saya gunakan aja susu cair.  Untuk itu, saya terpaksa tambah lots and lots of water sebab susu cair lebih pekat daripada susu segar.  Apapun, rasanya sedap, teksturnya cantik.  Hubby and anak-anak betul-betul enjoy roti jala dengan kari ayam.  Bibik pun cakap, nanti buat lagi ya....

Cut and Paste dari Resepi Lin (Thanks Lin)
  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar(saya gunakan 1 tin susu cair)
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air - saya tambahkan banyak air sebab susu cair lebih pekat dari susu segar )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
0 comments

Kek Kukus Prune

Saya sangat sukakan Kek Prune.  First time saya makan Kek Prune, MIL buat.  Sedap.  Bila saya tengok resepinya, saya terfikir dua kali nak buat sendiri sebab telur putih dan merah perlu diasingkan.  Then, telur putih perlu dipukul sehingga keras.  Dulu tengok mak buat kek buah, macam tu.  Saya sukakan yang ringkas dan mudah.  Bila saya search kat internet, saya tengok resepi Kek Kukus Prune ni mendapat komen positif dari banyak pihak.  Lagipun, nampak mudah sebab tak payah asingkan telur (nampak sangat malas.....).  Saya modified sikit - saya tak blend prune tapi saya rebus, lenyekkan dan tambahkan bikarbonate soda.  Teringat dulu tengok mak buat kek buah - prunenya direbus dan dilecek.  Dan saya tambah serbuk koko supaya warna kek jadi lebih cantik - ini saya adaptasikan daripada resipi MIL, yang saya tengok masukkan serbuk koko.  Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.  Even Harriz dan Ezham kata best!!

250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan gula kaster
1/4 tin susu pekat manis
5 biji telur
20 biji buah prune
5 biji buah prune - dihiris kasar

  • Didihkan air dalam pengukus.
  • Prunes - direbus dengan 100ml air, dilecekkan dan campurkan dengan 1 sudu teh bikarbonat soda
  • Putar butter, gula dan susu pekat sehingga sebati.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan prune yang dilecek.
  • Masukkan tepung dan serbuk koko.
  • Masukkan prune yang dihiris kasar.
  • Tuangkan dalam acuan.  Kukus selama 1 1/2 jam.
Saturday, January 22, 2011 0 comments

Carrot Cake

Dah lama cari resepi Carrot Cake yang sedap.  Decided to try this one, got it from allrecipes.com:  Sam"s Famous Carrot Cake.  Hihi...nama dia pun macam sedap, lagipun ikut notenya,  Sam ni grandpa orang yang bagi resipi.  Selalu resipi orang tua-tua kan sedap.  And, alhamdulillah, hubby and even the kids suka.  Little Furqan likes the cake too.

3 biji telur
3/4 cawan minyak masak
3/4 cawan "buttermilk" - saya gunakan susu cair
2 sudu kecil vanilla
1 1/2 cawan gula
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking soda (saya gunakan saja 2 cawan tepung berserbuk penaik)
2 cawan carrot yang diparut halus
1 cawan kelapa parut kering
1 cawan walnut cincang
1 cawan kismis
8 ounz nenas dalam tin - dipotong kiub
  • Ayak tepung, garam dan serbuk kulit kayu manis.
  • Satukan minyak, susu, gula. telur dan vanilla.  Gaul rata. Masukkan campuran tepung tadi.
  • Satukan carrot, nenas, kismis, walnut dan kelapa.  Campurkan dalam adunan tadi dan gaul rata.
  • Bakar pada suhu 175 darjah Celcius, selama 1 jam.
  • Sejukkan selama 20 minit sebelum dipotong.
0 comments

Rempeyek Kacang

Ini satu lagi resepi daripada Bibik.  Kalau ada masa lapang, Bibik akan buat rempeyek ni sebab saya dan family suka.  Buat kudap-kudapan sambil minum kopi.  Cuma, bibik kena buat duat versi sebab saya sukakan rempeyek ikan bilis, tanpa kacang.  Hubby sukakan yang ada banyak kacang, tanpa ikan bilis.

1 kilo tepung beras
1 1/2 sudu besar ketumbar
3 ulas bawang putih
8 biji buah keras
sedikit kunyit
sedikit cekur
5 helai daun limau purut (potong halus-halus)
Kacang/ikan bilis
  • Semua bahan di atas, kecuali tepung, ditumbuk halus.
  • Bancuh dengan tepung.
  • Masukkan kacang atau ikan bilis.
  • Goreng.
0 comments

Cucur Jagung Jawa Tengah

Cucur jagung ini versi Bibik Ati.  Maid yang dulu, buat ikut versi lain.  Dua-dua pun sedap.  Yang ini, jagungnya tak ditumbuk dan gunakan udang.

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit lada
3 batang jagung - dihiris isinya
udang - nak sedap, letak lah banyak.
4 sudu besar tepung gandum

Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan lada.
Gaulkan bahan tumbuk dengan tepung dan jagung serta udang.
Perisakan dengan garam dan gula.
Goreng sehingga kuning keemasan.
0 comments

Pergedil Daging Kentang

Saya suka pergedil daging kentang. Tapi nak buatnya melibatkan kerja yang banyak - semua bahan perlu digoreng, ditumbuk dan digoreng lagi.  Nasib baik Bibik suka masak pergedil ni....

250 gramdaging
1 kilo kentang
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit buah pala
sedikit daun bawang dan daun sup
  • Daging dihiris nipis, goreng sekejap dan dikisar halus.
  • Kentang dipotong nipis, digoreng dan ditumbuk.
  • Bawang dan buah pala digoreng sebelem ditumbuk dengan lada dan buah pala.
  • Kemudian gaulkan semua bahan dengan daun bawang dan daun sup. Perisakan dengan garam secukupnya.
  • Bentuk bulat-bulat dan goreng sehingga kuning keemasan.
0 comments

Semur Daging

Ini pun resepi daripada Bibik.  Macam masak kicap kita, cuma Bibik masukkan buah pala.

1 kilo daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/4 biji buah pala
1 sudu kecil lada putih
Kicap pekat
2 biji tomato

  • Kisar bawang, buah pala dan lada
  • Tumis beserta dengan tomato sehingga wangi.
  • Masukkan daging.
  • Apabila daging telah empuk, masukkan kicap.  Perisakan dengan garam dan gula.
0 comments

Opor Ayam

Belajar resepi ni daripada Bibik Ati, our current maid.  Dia dah 58 tahun, so bab masakan, khususnya masakan Indonesia, dia memang terror.  Sedap masakannya. Banyak la yang saya boleh belajar.

1 ekor ayam
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh lada putih
7 biji buah keras
sedikit kunyit
Lengkuas
Halia
4 batang serai
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut
1 biji tomato
120gram santan

  • Kisar halus bawang, ketumbar, lada, buah keras, kunyit, halia dan lengkuas.  Tumiskan sehingga wangi.
  • Serai dititik.  Masukkan ayam dan masak sehingga empuk.
  • Masukkan daun salam, daun limau purut dan tomato.  Masukkan santan.
  • Renihkan sehingga kuah pekat.
Sunday, January 16, 2011 0 comments

White Sauce Seafood Spaghetti

Terjumpa resipi ni masa surfing the net - browsing recipes.


1 paket spagheti - dicelur.  Boleh jugak guna Fettucini sebagai alternatif.

Untuk kuahnya:

1/2 kilo udang besar
1/2 kilo sotong
400gram daging ayam dipotong dadu
350gm cendawan butang
Capsicum - campur kuning, merah dan hijau
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
250ml krim/susu segar

  • Panaskan butter.  Tumiskan bawang sampai kekuningan.
  • Masukkan ayam.  Bila ayam empuk, masukkan udang dan sotong.
  • Masukkan cendawan.
  • Seterusnya masukkan capsicum.
  • Bila telah layu, campurkan krim/susu segar.
  • Perisakan dengan garam, gula dan lada hitam.
  • Hidangkan dengan spagheti yang dicelur.
0 comments

Spaghetti Ohlio

Dish ni simple, mudah disediakan dan kiddos suka. 

250gm spaghetti - dicelur
10 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
20 ekor udang besar
350gm cendawan butang (me, hubby n kiddos - we simply love mushrooms)
250gm daging ayam (dipotong kiub - but ini optional)
5 biji cili kering -dipotong kasar-kasar
3 sudu besar butter

  • Panaskan butter.  Tumis dengan bawang putih yang didadu.  Bwg putih memang kena banyak.  Biar sampai kekuningan.
  • Masukkan bawang besar dan biar sehingga layu.
  • Udang - perap dengan garam, gula dan lada.  Masukkan ayam.  Bila ayam dah masak, masukkan udang, seterusnya cendawan.
  • Kemudian, masukkan spagheti. Gaul rata.
  • Seterusnya, masukkan cili kering.
  • Perisakan dengan garam dan gula.  
  • Hidangkan panas-panas.  Kalau nak lagi best, lengkapkan dengan Mushroom Soup.
2 comments

Pai Daging



Pie is one of my favorite dish.  Tapi tak pernah buat sendiri sebab bila study resipinya macam komplikated la.  One day, recently, hubby asked about pie.  So, cari resipi kat allrecipes.com for the pastry.  Dapat resipi ni, Never Fail Pastry.  Decided to try.  Inti - try an error laa.  Alhamdulilah, it turned out well.  So far baru 2 kali buat....

Untuk Pastri

2 1/2 cawan tepung
1 cawan butter
1/4 sudu kecil garam
1 biji  telur
1/4 cawan air sejuk
1 sudu teh cuka

  • Campurkan tepung, baking powder, gula, garam.  Gaulkan dengan butter.
  • Masukkan air, merah telur dan cuka.  Gaul sebati.
  • Bungkus dengan plastik dan sejukkan selama 1/2 jam.
  • Kemudian, canai dan letakkan intinya.
Inti:
1/2 kilo daging- dicincang dan diperap dengan gula, garam dan lada hitam.
1 batang karot
350 gram cendawan butang
3 biji kentang
Sedikit daun bawang dan daun sup - dihiris halus
1 paket serbuk sup cendawan segera
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu teh mixed herbs
1 helai bayleaf
1 labu bawang besar - didadu
6 ulas bawang putih -didadu
6 biji telur - direbus dan di potong empat
  • Panaskan minyak zaitun.  Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan daging bersama bayleaf dan mixed herbs.  Masak sehingga empuk.
  • Masukkan kentang sehingga empuk.
  • Masukkan pula karot dan cendawan yang dipotong kiub.
  • Seterusnya, masukkan sos lada hitam dan serbuk sup cendawan segera yang telah dibancuh (tujuan ni nak pekatkan kuah, kalau tak ada, gunakan tepung jagung).
  • Perisakan dengan garam dan gula.
  • Gaulkan dengan daun bawang dan daun sup.
Dalam pie dish, lapiskan dengan pie crust pastry.  Masukkan inti.  Susun telur di atas inti.  Tutup dengan pie crust pastry.  Bakar pada suhu 175 darjah Celcius, selama 30-45 minit.
Saturday, January 15, 2011 1 comments

Sambal Udang Kering

Mak dapat resipi ni daripada Auntie Jamilah, kawan mak dari Myanmar.  Dulu mak selalu buat tapi guna udang geragau.  Sedap makan dengan nasi panas-panas. Cuma dulu, bila mak nak masak dish ni, susah hati sangat sebab nak kena tunggu masukkan air asam jawa satu sudu demi satu sudu sehingga habis.....lambat.  Standard la masa kecik dulu, mana suka masak.  Sorry ya mak...tapi nasib baik mak paksa duduk dapur dulu.  Kalau tak macamana la nak masak untuk hubby n kiddos sekarang nih.  Kena ajak Sara masuk dapur jugak nanti..

Sambal Udang Kering

1/2 kilo udang kering (atau udang geragau)
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
20 biji cili kering
5 biji cili merah
Sedikit belacan
2 sudubesar asam jawa - jadikan 1/2 cawan air asam jawa. Masukkan 2 sudu besar gula.

  • Kukus udang selama 20 minit.  Tumbuk halus.
  • Panaskan 3/4 cawan minyak. Tumsikan cili yang digiling sehingga garing.
  • Masukkan udang.  Kacau.
  • Masak selama 5 minit.  Masukkan air asam jawa satu sudu besar sekali.  Masak sehingga kering dan masukkan lagi sedikit-sedikit air asam jawa. Ulang sehingga habis air asam jawa.
  • Masak dengan api perlahan sehingga kering.
1 comments

Sotong Kering Goreng Bercili

Ini masakan kegemaran sekeluarga, me and my siblings.  Dulu, arwah ayah, kawan-kawan ayah, kawan-kawan mak semua pun suka.  Tapi tu lah...bila masak sendiri tak jadi macam mak masak walaupun dah ambik latihan praktikal dengan mak.

Sotong Kering Goreng Bercili

1/2 kilo sotong kering - dipotong halus dan perap dengan:
-garam kunyit
-sos tiram
-kicap pekat dan cair
-lada
-gula
-air asam jawa

300gm bawang besar - dimayang
20 biji ciki kering - potong kecil dan digoreng
Kacang tanah - digoreng

Suun - direndam
3-4 ulas bawang putih - didadu

  • Tumis bawang putih.  Masukkan bawang besar sampai layu.
  • Masukkan sotong dan tutup sotong dengan bawang tadi.
  • Masak sampai sotong empuk - 10-15 minit.
  • Masukkan suun.  Kacau rata.
  • Sesuaikan rasa.
  • Semasa menghidang, gaul dengan kacang dan cili kering.
0 comments

Mushroom Sauce

Untuk makan dengan barbecued lamb.

350gram button mushroom
1/2 botol sos lada hitam
12 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 sudu besar butter

  • Panaskan butter.  Tumiskan bawang putih yang didadu.
  • Masukkan bawang besar (potong bulat-bulat).
  • Masukkan cendawan.  Masak sampai cendawan layu.
  • Masukkan sos lada hitam.  Masukkan sedikit air.
  • Kalau kurang pekat, masukkan 1 sudu teh tepung jagung.
  • Perisakan dengan garam dan gula.
0 comments

Lamb BBQ Marinade

Hubby and kiddos love this...belajar dari Kak Yang (husband's aunt).

2 kilo lamb shoulder
1/2 botol 1.5 liter Coca-Cola
1 botol sos lada hitam
1 tin kecil marmalade
5 sudu besar madu

Gaulkan semua bahan dulu.  Then masukkan lamb.  Perap semalaman.
0 comments

Udang Butter

Masakan ni makan kat Umbai, Melaka.  It is not the kind of udang butter yang dihidangkan kat Chinese Restaurant tuh. Hubby loves this dish.

1 kilo udang - bersihkan, gaul dengan garam dan gula
5 sudu besar butter

1 batang carrot - potong ikut suka
350gm cendawan butang
200gm bunga kobis - dihiris halus
Capsicum - campur merah, hijau dan kuning (the more the merrier)
5 biji telur
5 sudu besar oat
5 biji cili padi
2 tangkai daun kari -dihiris halus


  • Panaskan minyak.  Goreng udang sampai golden brown. Ketepikan.
  • Panaskan butter.  Tumiskan dengan daun kari dan cili padi.  Masukkan semua sayur-sayuran tu.  Bila dah layu, tuangkan telur.
  • Bila telur separuh masak, masukkan udang dan oats.
  • Kacau sebentar.  Angkat.
  • Hidangkan panas-panas.
0 comments

Sotong Sumbat

Wooo...this is really my favorite dish.  Cuma nak menyediakannya melibatkan kerja yang banyak.  Over the weekend boleh la masak, balik kerja kalau nak masak, tak sempat kot.

Sotong Sumbat

Intinya:
1-2 kilo sotong yang agak besar.  Bersihkan.

Hiris halus:
2 tangkai daun bawang
2 labu bawang besar
2 biji cili muda dan cili merah

Pukul 4 biji telur.  Campurkan dengan bahan di atas.

 isi ayam/isi udang yang dicincang.

  • Tumis sedikit bawang putih, masukkan isi ayam/udang tadi.  Perasakan dengan garam,gula dan lada.
  • Kemudian masukkan telur tadi.  Masak seperti scramble egg.
  • Isikan ke dalam sotong 3/4 penuh.  Sematkan kat janggut sotong dengan lidi.
Kuahnya:
  • Pijarkan minyak.  Tumis bahan-bahan berikut yang digiling halus: halia, 1/2 sudu teh lada hitam, 5 biji cili kering, 1 sudu teh jintan manis, 5 ulas bawang merah.
  • Masukkan santan dan atur sotong ke dalam periuk.
  • Masak sampai kuah pekat.
  • Bila mendidih, kelarkan sotong supaya kuah dapat meresap masuk ke dalam intinya.
0 comments

Cucur Jagung Surabaya

Ni masakan Indonesia.  Pembantu rumah yang dulu, Mia yang perkenalkan makanan ni.  Sedap.

Cucur Jagung Surabaya

4 batang jagung, sagat halus dan tumbuk; dan gaul dengan bahan berikut yang ditumbuk kasar:
2 ulas bawang putih
1 cili merah
3 ulas bawang merah
3 biji cili padi
2 ketul cekur
1" belacan
1 sudu kecil ketumbar biji
2 helai daun limau purut
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa

Bancuh macam nak buat cucur udang.

Sebelum goreng, tambahkan dengan daun bawang dan daun sup yang dimayang halus.

Gaul rata dan goreng garing.
0 comments

Udang Goreng Daun Kari

Ni pun resipi dari mak.  Yummy.

Gaul udang dengan halia dan bawang besar yang digiling halus, rempah kari daging, telur, gula dan garam serta daun kari yang dirincik halus.

Goreng "deep fry".  Ketepikan.

Menggunakan minyak goreng udang, tumis bawang besar (dipotong subang) dan hirisan cili merah dan hijau.  Tuangkan ke atas udang.
0 comments

Cucur Udang Teluk Molek

Ramai orang yang suka makan cucur udang yang mak buat.  Mak belajar dari kak ipar mak, Mak Cik Yam.  Mak kata, nak sedap cucur udang ni mesti ada kucai and taugeh.  Apa-apapun, masak ni air tangan main peranan.  Selalu jugak buat sendiri tapi tak pernah jadi sedap macam mak buat........

Cucur Udang Teluk Molek

1/2 kilo tepung gandum
1/2 kilo udang - kalau lagi banyak lagi sedap.  Jenis udang yang nak guna ikut suka, hubby suka udang besar.  I prefer udang sayur kulit putih yang sederhana tu. Selalunya, I will just mix the two.   Fair and square.
1 labu bawang besar - didadu
1 biji cili merah-didadu
1 biji cili hijau-didadu
1 tangkai daun bawang -dihiris halus
50 sen taugeh
4-5 tangkai kucai - dihiris kasar-kasar
Garam, gula dan lada hitam

  • Gaul udang dengan gula, garam dan lada.
  • Masukkan bawang-bawang dan cili. Separuh dari taugeh diramas dan dimasukkan sekali.
  • Masukkan tepung gandum.  Gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan kucai dan separuh daripada taugeh.  Gaul rata.
  • Goreng terendam sampai kekuningan.
1 comments

Kek Sarawak Batik

Resipi ni sebenarnya ada di mana-mana.  Macam-macam style orang buat.  But nak cari resipi yang jadi sedap rasanya, cantik teksturnya yang susah.  Dapat resipi ni daripada Mak Su, adik mak.  Yang selalu buat kek ni di rumah Mak Su adalah Amjad, anak lelaki sulong Mak Su yang sekarang belajar kat UMT.  Kuah kacang dia pun sedap....belum dapat resipi lagi.

KEK SARAWAK BATIK

1 kilo biskut Marie
3 biji telur
1 bar butter
2 cawan milo
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (kalau nak manis, boleh guna 1 tin)

  • Satukan butter, telur (pukul dulu), milo, susu pekat dan susu cair.  Masak atas api sehingga pekat.
  • Lepas tu, masukkan biskut Marie dalam adunan.
  • Gaul rata dan masukkan dalam acuan/bekas yang sesuai.  Tekan betul-betul sehingga padat.
  • Sejukkan dalam fridge at least 4 jam.
  • Kalau nak lagi sedap, lepas tu, parutkan coklat kat atasnya.
  • Ringkas dan mudah kan....
0 comments

Dal Telur

Ni masakan orang Penang.  Masa sebelum kahwin, mak pernah masak tapi no takers.  Me and my siblings tak berapa suka.  Tapi lepas kahwin sebab hubby likes this dish, kena la belajar masak jugak.  But then it is ok since budak-budak pun suka.  Nak lagi sedap, lengkapkan dish ni dengan ayam goreng rempah, sambal belacan dan ulam-ulam yang digemari....

PARPU TELUR

6 biji telur
1 genggam kacang dal - rendam dulu dalam 2-3 jam
2 sudu besar rempah kari daging
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit halia
2-3 tangkai daun kari
2-3 biji cili kering
100gram santan
2-3 biji cili padi
sedikit udang kering/udang segar

  • Tumbuk halus/Blend 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih.  Gaulkan dengan rempah kari daging.  Campur dengan udang dan cili api. 
  • Masak bahan-bahan sehingga rempah betul-betul masak.
  • Masukkan kacang dal dan masak sampai empuk.
  • Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
  • Then, masukkan telur satu persatu.  Biarkan sampai telur masak.
  • Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak.  Tumis darat - 3 ulas bawang merah, halia, 2 ulas bawang putih, daun kari -err..bawang2 tu dimayang. Bairkan bawang betul-betul garing.
  • Lepas tu masukkan tumisan darat ke dalam periuk telur tadi  Masukkan jugak cili kering yang dipotong 2 atau 3.  Kacau sebati dan perisakan dengan garam secukup rasa.  Renih seketika.
  • Hidangkan panas-panas.
0 comments

Masak Lemak Ketam Nenas

Ini favorite anak-anak.  Mungkin sebab main itemnya, "ketam".  Belajar dengan Kak Lily, my hubby's cousin. 

Bahan-bahannya:

2 kilo ketam
1 biji nenas
2 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4-5 sudu besar rempah masak lemak (atau guna aja rempah kari ADABI utk ketam)
180gram santan
Bahan tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dan daun kari.
  • Panaskan minyak.  Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.  Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih dan separuh daripada nenas.  Tumiskan.
  • Kemudian, masukkan rempah dan biar sehingga rempah garing.
  • Then masukkan santan. Kalau suka kuah, tambah sedikit air. 
  • Bila dan mendidih, masukkan ketam dan biarkan sehingga ketam masak.
  • Lepas tu masukkan nenas yang selebihnya.
  • Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam.
0 comments

Fruit Salad

Dah lama sangat tak update blog ni.  Nak kata tak ada masa pun tak jugak, tapi lebih kepada persoalan penyusunan keutamaan mungkin.  Apapun, azam untuk cuba update blog ni sekurang-kurangnya seminggu sekali, insya Allah. 

Starting with Fruit Salad, belajar dari Kak Roslina.  Dia dan suami sebulan sekali hoskan majlis usrah.  Kak Roslina memang pandai masak.  Macam-macam yang dihidangkan untuk tetamu dan ada aja kelainan pada hidangan setiap usrah.  This month's usrah, dia hidangkan fruit salad.  Sangat mudah. Yang penting when it is salad, buah-buahnya kena fresh.

FRUIT SALAD

Buah-buahan kegemaran keluarga anda, misalnya:
seedless red grape
seedless green grape
green pears - potong kiub
Fuji apples - potong kiub
strawberry - potong 4

Yang wajib ada:
Gajus - dibakar
Badam
Kismis

Sos:
Gaulkan mayonis dan susu pekat dalam nisbah 2 mayonis: 1 susu pekat.

Gaulkan sebati.  Hidangkan.
Wednesday, March 24, 2010 2 comments

Mushroom Soup



300gm cendawan butang - campur white and brown - dihiris
12 ulas bawang putih - didadu
1 labu bawang besar - didadu
2 sudu besar mentega
250ml krim
Garam, gula dan lada secukup rasa.

Panaskan mentega.  Masukkan bawang putih dan bawang merah sehingga biarkan sehingga kuning.
Masukkan cendawan dan masak sehingga layu.
Sejukkan seketika.  Kisar halus cendawan tadi.
Masak bahan kisar.  Masukkan krim.
Perisakan dengan garam, gula dan lada.
Renihkan sehingga pekat.

Kalau nak lagi sedap, lebihkan cendawan sebanyak 100gram.  Hiris dan goreng tetapi ketepikan sedikit untuk dimasukkan ke dalam sup tanpa dikisar.

Nota:
Tried this since the kids and hubby love Mushroom Soup so much...the one at Dome and Marche.  Got this recipe from the net, modified it a bit and it turned out delicious....according to my food taster.
Monday, March 22, 2010 0 comments

Apple Crumble


3 biji epal merah
175g butter
8 sudu besar tepung gandum
100gram badam cincang
4 sudu besar gula perang
sedikit serbuk kulit kayu manis

Epal dikupas kulit dan dipotong dadu.
Susun di dalam pie dish.
Potong butter (150gram), susun di atas epal tadi.
Taburkan gula dan serbuk kulit kayu manis.
Gaulkan butter (25g) dengan tepung sehingga sebati.
Taburkan di atas epal.
Taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis.
Bakar selama 30 minit, pada suhu 150 darjah Celcius.
Sajikan sewaktu panas dengan ais krim vanilla.

Nota:
Another recipe from Auntie Zainun.  The best part of this recipe is...it is easy but yummy.  Can prepare this even after office.
Sunday, January 24, 2010 1 comments

Ayam Panggang Maghribi


1 ekor ayam


Semua bahan dikisar halus:
3 tangkai cili merah
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar paprika
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh jintan putih serbuk
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
30gm hirisan daun ketumbar
60 ml minyak zaitun
air perahan 1 biji oren sunkist
1 sudu besar rempah kari daging

Lumur ayam dengan garam dan bahan yang dikisar.  Perap ayam selama 4 jam dalam peti sejuk.

Keluarkan ayam, lumur ayam dengan 3 sudu besar jam marmalade dan 3 sudu besar madu.

Bakar pada suhu 180 djh celcius selama 45 minit.

Ayam boleh disajikan dengan kentang bakar dan salad.

Nota:
Asalnya resepi ni juga daripada buku Chef Wan, Sedapnya.... Tapi versi yang ni was already modified by my hubby by adding the marmalade and honey before roasting...gara-gara tengok Nigella did the same thing before roasting her chicken.  My hubby's favorite dish...
0 comments

Ketam Bercili

Minyak untuk menggoreng ketam
1.5 kilogram ketam, dibersihkan dan dipotong dua

2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air
1 biji telur


Dikisar halus:
1 1/2 sudu besar cili serbuk
6 tangkai cili merah
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1cm halia

Sos (dibancuh):
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
250ml/ 1 cawan sos tomato
garam

- Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga kunig keemasan.  Tuskan dan ketepikan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.  Masukkan bahan sos dan kacau rata sehingga mendidih.  Renihkan selama 10 minit.
- Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit.  Kacau rata.  Campurkan telur yang telah dipukul.
- Masukkan ketam goreng dan kacau perlahan sehingga masak.

Nota:

Gara-gara tengok Phua Chu Kang makan Chili Crab yang dimasak oleh mak mertuanya, Harriz dan Ezham pun mintak mummy masak Chili Crab.  Teringat pulak resipi Chef Wan ni (drpd buku Sedapnya...).  Resipi ni pernah dimasak oleh Pani (kalau tak salah dalam tahun 2001 dulu) di Oasis, gara-gara dicabar oleh Ana dan allahyarham Munirah.  Sedap la jadinya masakan si Pani tu.  So I followed the recipe and cooked for the boys.  Rasanya sos ni boleh jugak digunakan utk udang kot...
Wednesday, January 20, 2010 0 comments

Daging Masak Hitam Simple

1 kilo daging
5 sudu besar cili giling
Kismis/buah prune

Semua bahan-bahan ni direbus bersama sehingga daging masak. 

2 labu bawang besar
4 tangkai daun kari

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumiskan bawang dan daun kari.  Goreng bawang sehingga kekuningan (macam nak buat bawang goreng).  Then tuangkan ke atas daging tadi.  Perisakan dengan garam dan gula.

Note:
Another resipi from Auntie Fishah, kawan mak kat Alor Setar.  Yang best resipi dari Auntie Fishah ni, resipi dia semuanya simple tapi sedap.  Semuanya yang boleh masak after office.
0 comments

Missisippi Mud Cake


Masak atas api 1 1/4 cawan kopi dengan 1/4 cawan susu segar.
Masukkan 1 ketul butter (250gram). Resepi asalnya 240gram tapi sebab nak senang, masukkan terus 1 ketul.
Masukkan juga 1 bar cooking chocolate (resepinya 155gram) but I used 200gm.
Setelah semuanya sebati, masukkan 2 cawan tepung dan 1 sudu teh bikarbonat soda serta 1/8 sudu teh garam.
Masukkan sedikit demi sedikit (ikut resepi - in 4 batches).
Lepas tu masukkan telur yang telah dipukul (2 biji plus sedikit esen vanilla).

Masukkan ke dalam loyang.  Gris loyang dengan butter dan juga serbuk koko.  Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama (ikut resipi - 90 minit but then after 45 minutes, dah masak, so I baked only for 45 minutes).

Note:
Resipi ni daripada buku Sweet Treats Chef Wan.  This cake turned out to be ala-ala brownie....chocolaty, chewy and gooey...ooolalala...
1 comments

Tepung Talam Tok


Untuk Lapisan Bawah:
1 cawan (200ml) tepung beras
2 1/4 cawan air sejuk
1/2 keping gula melaka (rebus dengan air)
sedikit air kapur (1/2 sudu teh)

Semua bahan disatukan, panaskan dalam loyang, kacau perlahan sehingga agak-agak beku.
Kukus seketika.

Untuk lapisan atas:
1 1/2 cawan santan (lebih kurang 180gram)
2 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung ubi
1/4 sudu teh garam

Satukan bahan di atas.  Tuangkan di atas lapisan bawah yang telah masak.
Kacau perlahan-lahan hingga pekat.  Kukus sehingga masak.

Nota:
Ini resepi tok.  Resipi orang tua-tua asalnya main agak-agak aja.  Nasib baik mak dah sukat-sukat lepas belajar dengan tok.  Mak kata orang yang boleh buat tepung talam rasa paling dekat dengan tepung talam tok adalah Mak Chak, adik ipar mak.  Mak Chak pulak pesan, nak buat tepung talam supaya cantik, gula merah kena elok.  Tepung talam dalam foto tu pun dimasak menggunakan gula merah cap bintang yang Mak Chak supply daripada Parit Buntar.  Tapi ya la...baru cantik lapisan bawahnya.  Dulu pernah dah sekali try buat tepung talam, guna gula merah yang main beli aja....memang pucat la kaki dia...
Saturday, January 16, 2010 0 comments

Moist Chocolate Cake




8oz tepung naik sendiri
4oz serbuk koko
12 biji telur
24oz gula pasir
16oz butter

- Pukul gula dengan mentega sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu.
- Ayak tepung dengan koko 3 kali.  Masukkan dalam adunan gula dan mentega sedikit demi sedikit.  Gaul sebati.
- Bakar pada suhu 170 djh Celcius, selama 50 minit.

Toppings:
1 tin susu cair
1/2 cawan koko
1/2 cawan minyak
1 cawan gula halus

-Gaulkan semua bahan di atas.  Masak secara double boiler sehingga pekat.
- Tuangkan ke atas kek.

Nota:
I got this recipe from Auntie Zainun.  It was very nice of her to share this recipe with me, since we just met.  Nice one, especially the toppings.  Thank you Auntie.


Thursday, January 14, 2010 2 comments

Bengkang Gandum Inderawasih


 


1 cawan gula
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
7 cawan bancuhan santan dengan air daun pandan (santan lebih kurang 180gm)
sedikit serbuk jintan manis (masukkan dalam bancuhan air daun pandan)
4 sudu besar butter


Satukan gula dengan butter.
Masukkan telur yang dipukul.
Masukkan tepung dan santan serta daun pandan.
Kacau rata.
Tapiskan ke dalam acuan.
Bakar pada suhu 180 djh Celcius, selama 120 minit.

Nota:
Got this recipe from my mom-in-law.  Yummy.
Wednesday, December 23, 2009 0 comments

Mihun Lada Hitam

1 paket bihun - rendam

Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi:
1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus bersama 7 ulas bawang putih

Masukkan:
3 biji tomato didadu
1 batang carrot dipotong halus
1 biji cili hijau,didadu
1 biji cili merah, didadu
1 biji bawang besar, didadu

Gaul rata dan masukkan:
300 gram udang
200gram isi ayam - dipotong kecil
3 keping kek ikan - dihiris nipis
2 cawan air/stok
Garam dan gula secukup rasa

Pecahkan 2-3 biji telur. Gaul rata.

Masukkan bihun yang telah direndam tadi.
Masukkan kobis dan 1 sudu besar sos sotong/kicap cair.

Gaul sebati sehingga bihun lembut.

Masukkan 1/2 kati tauge. Gaul rata.

Hidangkan dengan cili jeruk.

Note:
Resepi daripada Majalah Saji.
0 comments

Spaghetti Goreng Basah

250gm spaghetti - rebus dan sejat
50 sen taugeh - dicelur
1 biji timun - diracik halus memanjang

Tumis:
5 ulas bawang putih cincang
2 labu bawang besar - didadu
1 biji cili merah
1 biji cili hijau - dihiris halus
1 biji tomato masak - didadu

Kacau sehingga layu.

Masukkan 3 sudu besar cili kering mesin.
Biar garing dan pecah minyak.

Masukkan 1 cawan isi ayam cincang dan 10 biji chicken ball.
Gaul rata dan biarkan sehingga ayam empuk.

Masukkan:
2 batang carrot - dihiris halus memanjang
15 ekor udang sederhana
5 ekor sotong - dipotong bulat

Gaul dan tambahkan:
2 sudu besar kacang tanah tumbuk
2 sudu besar sos cili

Masukkan spaghetti. Gaul sebati.
Sebelum diangkat, taburkan hirisan cili merah dan cili hijau.

Hidangkan dengan tauge dan timun.
0 comments

Nasi Goreng Nyonya

1 mangkuk nasi, digaul dengan:
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil kicap cair

Panaskan minyak.
Goreng 1 sudu kecil udang kering sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Masukkan 4 biji telur dan goreng sehingga masak.

Masukkan:
200gm udang - buang kulit
200gm isi ayam (dadu)
100gm carrot - didadu
1 sudu besar bawang merah cincang

Gaul rata dan masukkan nasi yang diperap rempah.
Masak sambil kacau sebati selama 15 minit.

Hidangkan panas-panas dengan cili potong dan salad.

Note:
Resepi asal daripada buku The Malaysian Cookbook. Usually, yang kita orang buat tak masuk udang kering. Sesuai untuk dihidangkan dalam sessi BBQ.
0 comments

Laksa Goreng

1 paket laksa - rendam sehingga kembang

Tumis sehingga layu:
5 ulas bawang putih, cincang halus
7 ulas bawang merah, cincang halus

Masukkan:
2/3 biji bawang besar
2/3 biji tomato masak
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
7 biji cili padi - diracik

Masukkan:
3 sudu besar cili kisar

Kacau rata dan masukkan 250gram isi daging yang dipotong kecil serta stok daging secukupnya

Biarkan sehingga daging masak.

Tambahkan:
1 paket fishball
1 paket fishcake
200gram udang
5 ekor sotong basah
2 batang karot - dihiris halus memanjang
sedikit kobis

Kacau dan tolak ke tepi.

Masukkan 3 biji telur yang telah dipukul. Biarkan masak.
Gaulkan sebati dengan bahan-bahan lain.

Tambahkan:
3 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap pekat
5-7 sudu besar perencah pasta Pak Teh (refer resipi)
2 sudu besar kuah rojak/kuah sate

Kacau rata.
Masukkan laksa. Gaul sehingga masak.
Akhirnya, masukkan taugeh dan angkat.
1 comments

Salad Ayam Buah-buahan




Dressings:

5 sudu besar mayonis
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar minyak zaitun
Garam, gula, lada secukup rasa

4-5 keping dada ayam - digoreng dan didadu kecil

Sayur pilihan: (semua didadu)
Epal hijau, epal merah
Jambu
Timun
Capsicum
Daun salad lettuce head
Bawang kuning
Cili hijau, cili merah
Tambah cili padi kalau nak pedas
Celery
Limau sunkist - didadu isinya

Gaulkan semuanya. Sejukkan sebelum dihidang.

Note:
Mak dapat resepi ni daripada Licence to Grill (AFC).
1 comments

Seafood HorFun

250gm horfun
20gm udang - buang kulit
20gm sotong - dipotong bulat
400ml stok ayam
1 biji telur - dipukul
1/2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes bawang merah
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
secukupnya sayur sawi
secukupnya fishcake/fishball
secukupnya crabstick
secukupnya larutan tepung jagung
secukupnya garam

  • Panaskan minyak. Masukkan horfun bersama kicap cair, sos tiram dan gaul rata. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah.
  • Masukkan sos tiram, sotong dan udang.
  • Masukkan stok ayam sehingga mendidih.
  • Masukkan sayur dan fishcake/fishball/crabstick. Kacau.
  • Masukkan telur sambil kacau.
  • Masukkan tepung jagung. Kacau rata.
  • Tuangkan atas horfun tadi.
0 comments

Puding Jagung


1 tin jagung
2 senduk tepung jagung
1 sudu besar mentega
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 1/2 tin susu air

  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali. Kacau sehingga pekat.
  • Masukkkan ke dalam acuan kecil-kecil.
  • Boleh dihidangkan bersama buah-buahan atau sos kastad atau ais krim.
0 comments

Kuih Sejuk

6 sudu besar tepung jagung
1 tin jagung manis
5 camca besar gula
1/2 tin susu cair
1 biji telur
1 tin susu air

Kisar semua bahan biar sebati.
Kacau atas api sehingga pekat. Tuang ke dalam acuan kecil-kecil. Sejukkan.

Kuahnya:
3 camca besar tepung kastad
1/2 tin susu cair
1 biji telur
12-14 sudu besar gula
5-6 tin susu air

Kisar semua bahan hingga sebati. Kacau atas api sederhana hingga mendidih. Sejukkan dan masukkan ke dalam fridge.

Sedap dimakan bersama fruit cocktail/salad buah.

Note:
Ini resepi dari allahyarharmah Mak Kak Aishah. She was a good caterer...tapi biasa la resepi asal yang dia bagi semuanya dalam 50sen tepung kastad, 20 sen ....Jadi mak dah cuba dan cuba, adjust sukatan. Sedap dimakan untuk berbuka puasa.
0 comments

Ayam Cabai Hidup

1 ekor ayam

Dikisar halus:
5 batang serai
2 inci halia
3 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
10 biji cili hidup
1 inci kunyit hidup
2 labu bawang besar
3 biji tomato masak

3-4 cawan santan
2 camca cili sos
2 camca tomato sos
garam dan gula secukup rasa

  • Tumis bahan kisar sehingga garing.
  • Masukkan ayam sehingga empuk.
  • Masukkan santan, sos cili dan sos tomato. Tambahkan garam dan gula.
  • Masak sehingga kuah pekat.
  • Nak lagi sedap, masukkan cili hijau ke dalam kuah.
Note:
Ini sebenarnya kuah Daging Gulung...tapi nak buat daging gulung kerja renyah la..kena buat telur dadar nipis, ketuk daging, gulung daging dalam telur. Mak selalu gak buat dulu...Disebabkan kuahnya sedap, mak cuba masak jugak dengan ayam. Sedap jugak...dan tak serenyah masak daging gulung.
0 comments

Sambal Siam

Buat sambal belacan dengan:
9 biji cili hidup
40 biji cili padi
2 inci belacan
sedikit garam

200 gram ikan bilis halus - rendam dan toskan

Kisar halus:
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 labu bawang besar
5 biji tomato masak

7 biji limau kasturi - ambil airnya
Gula secukup rasa

  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga layu.
  • Masukkan sambal belacan. Masukkan bawang dan tomato kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
  • Tabur gula. Biarkan sebentar. Kacau.
  • Rasa garamnya. Tutup api. Tuangkan air limau dan kacau sebati.
Note:
Sambal Siam ni sedap dimakan dengan nasi atau bihun goreng. Mak juga gunakan untuk buat Nasi Goreng Seafood Sambal Siam - gunakan Sambal Siam ini dan serai.
1 comments

Ayam Cili Kering Ala India

1 kg isi ayam atau kepak ayam.
Perap dengan:
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh garamkunyit

Tumis:
1 camca teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - diracik
5 ulas bawang merah - dimayang halus
1 camca teh jintan manis biji
2 inci kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 bunga cengkih

Kacau sehingga wangi dan masukkan:
100gm gajus
15 biji cili kering - gunting 1cm panjang
ayam yang diperap tadi.

Kacau sehingga ayam empuk.

Masukkan:
2 camca besar kicap pekat
Kicap cair
Gula secukup rasa
10 tangkai daun kari
3-4 labu bawang besar - disubang.

Kacau sebentar sehingga layu. Serve hot.

Note:
Kami panggil masakan ni Ayam Masak India sebab mak dapat resepi ni daripada satu rancangan masak tamil (yg ada subtitle la). Tapi resepi ni simple dan sedap.
0 comments

Kuah Kacang Ngah Wan

1/2 kilo kacang - mesin
Dikisar halus:
secukupnya cili kering
bawang besar/merah
8 batang serai
1 inci halia
air asam jawa
garam dan gula

Tumis 2 batang serai (dititk).
Masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan kacang dan air secukupnya. Didihkan.

500gram daging - potong kecil-kecil dan perap dengan gula melaka.
Goreng sehingga empuk dan pecah minyak.
Tuangkan ke dalam kuah dan kacau sebati.
Perisakan dengan garam, gula dan lada.
0 comments

Biskut Coklat Chip

250gram butter
3 biji telur
2 1/4 cawan gula
1 1/2 sudu besar vanilla
3 cawan tepung serbaguna
3/4 sudu kecil baking soda
3/4 sudu kecil garam
1 cawan koko
1 1/2 cawan walnut cincang
3 cawan coklat chip

  • Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan vanila.
  • Masukkan tepung, baking soda, garam, koko, walnut dan coklat chips. Gaul rata.
  • Sudukan atas dulang pembakar - bakar pada 180 darjah celcius selama 25 minit.
Note:
Resepi from allrecipes.com. Tried...kids and hubby love the cookies.
2 comments

Nasi Beriani Kambing


1.5 kilo daging kambing
6 sudu besar minyak sapi
10 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - didadu
3 biji tomato - didadu
2 biji cili hijau - dihiris halus
3 helai daun pandan
2 bungkus rempah beriani
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang, buah pelaga
2 ketul kecil gula batu
2 sudu besar jus oren
1 tin susu cair
sedikit kacang gajus dan kismis

  • Panaskan minyak sapi. Tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan tomato dan cili yang dihiris nipis sehingga tomato hancur.
  • Masukkan rempah beriani dan masak sehingga garing.
  • Masukkan daging kambing dan air. Masak sehingga kambing empuk.
  • Masukkan susu cair, jus oren, garam, gula secukupnya.
5 cawan beras basmathi - basuh dan toskan.

Tuangkan kambing dengan kuahnya ke atas beras. Kacau rata.
Masukkan daun pandan.
Pastikan air cukup untuk memasak nasi.
Setelah nasi hampir masak, masukkan gajus dan kismis.
Masak sehingga nasi masak.

Taburkan dengan bawang goreng semasa menghidang.

Hidangkan dengan Dalca dan Salad Mayonis Tomato-Timun.
1 comments

Mee Kari Mak Ani





1 kilo mee/speghetti/keutiau
1 ekor sotong kembang
5 biji telur (direbus)
1/2 kilo udang
2 paket fishball/fishcakes
5 keping tahu
Taugeh 1/2 kilo
asam limau
bawang goreng

semua bahan di atas dicelur@digoreng dan dipotong kecil.
Hidang bersama kuah.

A. Kuah Lemak
1 ekor ayam - potong kecil, gaul dengan sedikit gula dan lada serbuk
4 sudu besar rempah kari daging
4cm lengkuas
7 batang serai
150gm bawang merah
3 sudu besar udang kering
2 cawan pati santan
1 bawang besar - didadu

  • Lengkuas, serai, bwg merah dan udang kering dikisar halus, digaul dengan rempah kari.
  • Tumis bwg besar sehingga layu.
  • Masukkan campuran rempah sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan ayam dan kacau rata.
  • Bila ayam empuk, masukkan santan. Biar sehingga mendidih.
  • Perisakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuahnya pekat.
B. Kuah Cair
2 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar cili mesin
150gm bawang merah-dikisar halus
5 batang serai - dititik
secukupnya santan cair
1 biji bawang besar

  • Bawang besar ditumis sehingga layu.
  • Masukkan cili mesin, bawang merah kisar, ketumbar sehingga garing.
  • Masukkan serai dan santan cair.
  • Perisakan dengan garam dan gula.
  • Biarkan sehingga mendidih.
Sambal Cili Tumis

Kisar dan tumis sehingga garing:
3 sudu besar cili giling kisar
2 sudu besar cili serbuk
5 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering

Tambahkan air asam jawa, garam dan gula.

Masak sehingga pekat.

Note:
Resipi ni mak dapat daripada Mrs Chan, rakan sekerjanya. My favorite dish.
 
;