Wednesday, July 25, 2012 5 comments

Sayur Acar Jawa

Belajar dari Bibik.  Sedap....

Bahan-bahan yang dikisar halus:
Segenggam bawang merah (dalam 6 ulas kot)
3 ulas bawang putih
5 biji buah keras
Sedikit halia
3 hiris lengkuas
1/2 sudu teh lada putih
1cm kunyit hidup

Daun salam
Sedikit udang

10 ulas bawang merah - dikupas
10 tangkai cili padi
1 batang timun - potong macam untuk buat acar
1 batang carrot - potong macam untuk buat acar
sedikit bunga kobis.


  • Tumis bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan  udang.
  • Masukkan air secukupnya... (acar ni berkuah). Perisakan dengan garam, gula dan lada.
  • Masukkan sayur-sayuran dan daun salam.
1 comments

Kek Lobak Merah (Carrot Cake)

Resipi dari rakan sekerja Yong Sook Lu.  Mudah tapi sedap.

180gram tepung naik sendiri
350gram gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
3 biji telur
220gram karot mentah yang diparut
1/4 sudu teh garam
300ml minyak zaitun


  • Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius.
  • Pukul gula dengan minyak.  Masukkan telur.  
  • Masukkan tepung, serbuk kulit kayu manis, baking powder, garam dan lobak merah.
  • Gaul sebati.
  • Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 40 minit, kemudian rendahkan suhu oven kepada 175 darjah Celcius selama 20 minit.
3 comments

Laksa Johor

Resipi ni saya dapat dari Nenek (tak tau nama sebenar).  Panggil nenek aja.  She is my father in-law's cousin punya mother in-law. Orang selatan.  Jadi dalam berbual-bual, saya pun risik resipi Laksa Johor. Resipi main risik-risik ni,  sukatan lebih kurang la...yang penting menjadi.

Ikan tenggiri - direbus dan diambil isinya (lagi banyak lagi sedap)
Udang hidup - 1/2 kilo (direbus)

Dikisar halus:
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
 Seinci halia
Sedikit lengkuas
3 batang serai
Segenggam udang kering
2 keping isi ikan kurau kering

1 paket / 4 sudu besar rempah kari ikan
2 -3 sudu besar kerisik
Santan secukupnya

Daun kesum
Bunga kantan

Spaghetti
Timun
Taugeh
Sambal belacan


  • Tumis bahan yang dikisar halus.
  • Masukkan rempah kari dan kerisik, dan biarkan sehingga wangi.
  • Masukkan isi ikan dan udang (juga dikisar bersama).
  • Masukkan santan secukupnya.
  • Bila telah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan ke dalam kuah. Dan seperti biasa, perisakan dengan garam, gula dan lada secukup rasa.
  • Renih sehingga kuah agak pekat.
  • Hidangkan dengan spagehtti (dicelur), timun, taugeh (dicelur) dan sambal belacan.  Boleh tambah telur rebus.




0 comments

Paella Sepanyol

Dah lama cuba resipi ni.  Dah lama bercita-cita nak upload.  Hari ni baru sempat.  Ini request hubby.  Biasa la bila menonton Channel 703.  Nampak macam best.  Saya pun google resipi.  Cuma masalahnya, kebanyakan resipi Paella ni melibatkan wine.  Tapi alhamdulillah, saya jumpa satu resipi kat allrecipe.com. Menurut pemilik resipi, ini resipi Paella asli dari Sepanyol yang dia dapat dari neneknya.  Tak ada guna wine.  Saya pun cuba.  Menepati citarasa hubby and the kids.  Here is the recipe, saya ubahsuai sikit, saya tak masukkan segala isi ikan sekali.


5 cawan beras
6 cawan stok ayam
3 labu bawang putih (banyakkan...)
1 sudu kecil daun parsley (dicincang)
5 helai koma-koma
1 sudu teh serbuk kari
Garam dan lada hitam secukup rasa



1/4 cawan minyak zaitun
1 labu bawang besar

20 ekor udang besar
5 ekor ketam
4 ekor sotong
15 ekor mussels

350gram cendawan segar - dihiris
2 biji cili hijau
1 cawan green peas (sebenarnya, tak suka sangat green peas, tapi bila tengok resipi-resipi Paella, green peas ni macam syarat wajib)
  •  
  • Nota: resipi asal masukkan ayam...tapi saya decided untuk masak Paella yang ekslusif untuk seafood saja.  So, saya tambahkan ketam, buang ayam.  Resipi asal jugak gunakan Lobster - mana nak cari da.  Jadi saya gantikan dengan udang besar.

  • Basuh beras, keringkan.
  • Didihkan stok ayam, kemudian perlahankan api dan biarkan renih dengan api perlahan.
  • Kisar halus bwang putih, daun parsley, serbuk kari, koma-koma, garam, lada hitam dan 1/2 cawan stok ayam.
  • Panaskan minyak zaitun dalam periuk.  Tumiskan bawang besar dan cili hijau sehingga kekuningan.  Masukkan semua seafood (kecuali mussels) lebih kurang 10 minit.  Masukkan bahan yang dikisar.
  • Masukkan beras, stok ayam dan masak dengan api perlahan sehingga beras agak lembut (15 minit).
  • Masukkan cendawan dan mussels, biarkan mendidih lagi lebih kurang 10 minit.
  • Masak dengan api perlahan sehingga nasi masak.



0 comments

Serabai Kuah Durian

Lamanya tak update blog...bukan takat tak update, singgah pun tak.  Sibuk betul...kononla.  Hari ni pun kerja bersepah lagi.  To Do List masih panjang.  Kalau tunggu habis memang tak habis, selesai satu, tambahnya dua.  So, I decided to take a break - sekejap.  Nak rekodkan resipi yang dicuba dan didapati ada kemungkinan nak buat lagi.

Serabai ni makanan orang utara kot...sebab hari tu ada orang bawak ke office waktu meeting dan ramai orang yang tak tahu makan sebab tak tahu kewujudan kuih tu.  Authentic northern cake la kalau lagu tu.  Me and family memang suka sangat serabai ni...kalau balik kampung sanggup menyeberang laut yang memisahkan Pulau Pinang dan Butterworth sebab nak dapatkan serabai kat Taman Tun Saadon.  Kat sini mana nak cari, so cuba-cuba la sendiri...google resipi, jumpa kat blog Mamafami.  Antara blog resipi yang saya gunakan tanpa was-was.  Kebetulan hubby pun ada sebut kuah durian, saya jumpa pulak resipinya kat blog Mat Gebu, blog yang memang saya follow.

Serabai:
500gram tepung beras
300gram nasi
1 liter santan segar
1 1/2 sudu teh yis
garam secukup rasa


  • Kisar tepung beras dengan nasi.
  • Masak santan dan biarkan suam.
  • Gaulkan semua bahan.  Kepekatannya seperti bancuhan kuih cara.  Resipi tulis macam tu.  Nasib baik saya pernah buat kuih cara.  Nampak la jugak bayang-bayangnya.
  • Perapkan selama 2 - 3 jam.
  • Panaskan kuali (saya tak ada acuan serabai), tuangkan sesenduk adunan.  Tutup periuk.  Angkat bila atasnya pun dah masak.
Kuah Durian
1 biji durian - keluarkan isinya
700ml santan segar
500ml air (atau secukupnya)
2 ketul gula melaka (resipi asal 1 ketul gula melaka dan 1/2 cawan gula pasir)
1 helai daun pandan
2 cawan air (satukan dengan gula, masak hingga larut dan tapis)
1  camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam

  • Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masak sehingga mendidih. Tambahkan sedikit garam.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum.
  • Kacau rata dan masak sehingga pekat.
Thursday, August 4, 2011 0 comments

Seafood Medley Soup

Mula kenal dengan sup ni di salah sebuah restoran China Muslim di Shah Alam, tapi dah tutup restoran tu.  Masakannya serius sedap.  Saya dah lupa nama restorannya.  Hubby sukakan sup ni jadi saya pun balik dan cuba-cuba masak.  Yang pasti, hubby and kiddos memang suka sangat sup ni.  Cuma banyak kerja sikit aa..sebab semua nak kena dadu halus-halus.  Ting....boleh masak untuk berbuka hari ni, insya Allah.

300 gram udang
300 gram sotong
100 gram sotong kering yang dihiris halus
250gram cendawan segar (guna yang dalam tin pun boleh)
300 gram isi ketam (well, ini kalau ada aja saya letak)
1 ketul tahu Jepun
2 biji telur
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Hirisan daun bawang dan daun sup
2 sudu besar tepung jagung
Garam, gula dan lada secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
Stok ikan bilis (rebus ikan bilis.  Tapis, ambil airnya sahaja)
  • Udang, sotong, isi ketam, tahu Jepun,bawang besar, bawang putih - didadu kecil-kecil.
  • Sotong dan udang digaul dengan sos tiram, garam, gula dan lada.
  • Satukan semua bahan yang didadu dalam periuk.  Masukkan stok ikan bilis dan rebus sehingga masak.
  • Perisakan dengan garam, gula dan lada secukup rasa.
  • Masukkan telur (yang dipukul terlebih dahulu) dan kacau dengan cepat.
  • Kalau kuah tak terlalu cair, masukkan sedikit tepung jagung (bancuh dulu dengan air), untuk pekatkan sikit kuah.
  • Taburkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup semasa menghidang.
0 comments

Egg-Drop Soup

Nama orang putih.  Tapi saya belajar dari Bibik.  Mudah dan ringkas tapi sedap.

Rebuskan ikan bilis dengan tulang ayam untuk dijadikan stok.

5 ulas bawang putih
1-2 inci halia muda.
3 biji telur
Sedikit daun bawang dan daun sup.
  • Panaskan sedikit minyak.  Tumiskan bawang putih dan halia muda yang dihiris halus/ didadu kecil.
  • Masukkan stok ikan bilis-ayam tadi.
  • Bila dan mendidih, masukkan telur dan kacau segera.
  • Perisakan dengan garam dan lada secukupnya.
  • Taburkan dengan daun bawang dan daun sup yang dihiris halus.
1 comments

Daging Burger

Akibat suka menonton Channel 707 dan 703 di Astro, hubby mintak saya buatkan sendiri daging burger.  Macam yang Jimmy Oliver tunjuk.  Cari-cari kat internet, terjumpa dengan resipi ni....

1 kilo daging
- kisar dalam food processor.  Saya gunakan daging batang pinang.

1 labu bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih - didadu
1 biji tomato - didadu (resipi asal gunakan tomato paste, tapi sebab tak ada kat rumah masa tu dan malas nak pergi kedai, saya gunakan tomato segar)
2 sudu besar serbuk roti
1 biji telur
Sedikit lada hitam yang dikisar (Jimmy Oliver kata, "freshly grounded")
Sedikit garam dan gula
3-4 sudu besar minyak zaitun

Gaulkan semua bahan di atas dengan daging kisar tadi.
Bentukkan macam daging burger (saya gunakan acuan untuk buat telur goreng mata kerbau)
Bekukan dalam peti sejuk.
0 comments

Udang Telur Asin

10 ekor udang besar
- digoreng garing dan ketepikan (goreng guna butter)

4 biji telur asin (ambil kuningnya sahaja)
4 sudu besar mentega
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar stok ayam (pilihan)

  • Panaskan mentega, masukkan telur dan gula.
  • Kemudian masukkan udang yang digoreng dan kacau rata.
0 comments

Nasi Kabsah

Sekarang ni kan musim angin Nasi Arab bertiup kencang.  Saya dan hubby pun sukakan nasi arab...Nasi Kabsah lah, Nasi Mandi lah.  De Arab Cafelah tempat kita orang selalu makan, sekali sekala jengah Ar-Rawsya.  Mula-mula makan Nasi Arab (Nasi Lahm Mandi), masa kat Mekah dulu.  Masya Allah.....sedapnya. 
Resipi ni dapat dari internet, dah tak ingat blog mana.  Carikan untuk mak dan mak dah cuba. 

1 ekor ayam - potong 4
3 cawan berasmathi - rendam selama 30 minit

Panaskan 1 sudu besar butter dan 2 sudu besar minyak zaitun

Tumis sehingga wangi:
1 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar (dadu)
5 ulas bawang putih (dadu)

Kemudian, masukkan:
2 biji tomato (yang dicincang)
1 sudu besar rempah Kabsah
2 sudu besar hirisan lemon
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil saffron (koma-koma)

Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa.
Masak ayam sehingga empuk.

Masukkan:
1 batang karot (parut)
1/4 cawan kismis
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 capsicum merah (didadu)
Beras basmathi

Kacau seketika.  Masukkan 4 1/2 cawan air panas.
Kacau rata dan biarkan sehingga nasi masak.

Sosnya:
Kisar tomato, capsicum hijau, mangga, batang ketumbar, jus lemon.
Perisakan dengan garam dan gula.
1 comments

Acar Buah-Buahan Kering

Ini resipi tok.  Yang saya tahu, ramai orang sukakan acar ni.  Tapi mungkin sebab masa tu saya masih kecil, jadi saya tak reti nak appreciate acar ni.  Sampai sekarang pun saya tak berapa sangat dengan acar buah.  Makan...bukan tak makan, tapi macam ada makan, tak ada pun tak kisah.  Inisiatif nak masak sendiri, lagilah jauh sekali kemungkinannya.  Apalagi hubby pun tak berapa makan sangat.  Budak-budak lagilah....cuma bila belek-belek kotak resipi mak dan jumpa resipinya, saya ingat saya simpan ajalah dalam blog.  Kot-kot in future teringin nak cuba...

1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk cili
  • Goreng tanpa minyak sehingga garing.
10 ulas bawang putih
20 ulas bwang merah
2 inci halia
10 biji kurma
  • Giling halus (err...resipi tok ni, tak habis-habis dengan giling.  Kira kisar dengan blender jer la zaman sekarang ni kot), dan gaul dengan rempah yang digoreng di atas.
  • Gaulkan dengan 3/4 cawan cuka.

1 1/2 cawan minyak
Garam dan gula secukup rasa.
Buah-buahan kering secukupnya.  Sekarang kan banyak pilihan buah-buahan kering ni.
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1' halia

  • Mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Panaskan minyak.  Tumis sehingga garing.
  • Masukkan bancuhan rempah-rempah dan cuka tadi.
  • Bila garing, masukkan 2-3 cawan air, garam dan gula.
  • Kacau sebati dan masukkan buah-buahan kering tadi.
  • Gaul rata, reneh sehingga kuah pekat.
  • Angkat dan sejukkan.
0 comments

Acar Daging dan Rebung

Rebung - hubby's favorite dish.  Pajeri rebung, acar rebung, kari rebung.  This is another variation of masakan rebung....

1 kati daging
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam

  • Daging dipotong nipis dan diperap dengan bahan-bahan di atas (yang dikisar halus, resipi mak kata tumbuk.  Cara orang sekarang, main masuk blender jer...), goreng sehingga garing.
10 biji cili kering
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil ketumbar
  • Goreng tanpa minyak dan digiling halus.
2 sudu besar cuka
Gula dan garam secukup rasa
3 tangkai cili merah - dibelah 2 dan dibuang biji
3 tangkai cili hijau - dibelah 2 dan dibuang biji
10 cili padi
300 gram rebung - dihiris halus dan dicelur
  • Tumis bahan giling (blend pun boleh) sehingga naik minyak.
  • Masukkan cuka, garam dan gula sehingga naik minyak.
  • Bila mendidih, masukkan daging dan rebung.  Kacau rata.
  • Masukkan cili-cili tadi.
  • Reneh sehingga kuah pekat.
0 comments

Trifle

Memandangkan sekarang bulan Ramadhan, teringat dekat Trifle yang selalu Mak Su buat.  Yummy....

1 biji kek swiss roll (dipotong bulat)

Kuah kastad:
1 cawan tepung kastad
1 tin susu cair
2 1/2 tin susu air
3/4 sudu besar gula
air dari  tin fruit cocktail

Semua bahan di atas dimasak sehingga pekat.  Sejukkan.

1 tin fruit cocktail

1 paket jelly (bancuh mengikut arahan)

Susunkan swiss roll dalam acuan.
Tuangkan kuah selapis.
Susun lagi dengan kek.
Tuangkan kuah di atasnya, sehingga habis.
Tuangkan bancuhan jelly.
Taburkan buah di atasnya.  Sejukkan.

Nota:  Saya tak suka buah dalam puding.  Jadi, selalunya apa yang saya buat, separuh letak buah, yang separuh lagi tanpa buah.
Wednesday, July 6, 2011 1 comments

Mee Hokkien

Resipi ni Mak dapat dari kawan mak, Auntie Ah Heok.  Mak kepada Auntie ni  dulu merupakan penjaja Mee Hokkien. Cuma, banyaknya kerja-kerja yang terlibat dalam proses penyediaannya.

Sediakan dulu stok ayam.
  • Rebus tulang ayam sehingga tulang mudah lerai.
  • Tambahkan garam, lada serbuk dan gula batu.
Rebuskan isi ayam dengan stok ayam di atas.  Kemudian carikkan isi ayam dan ketepikan.

Sediakan stok udang
  • Goreng kulit udang tanpa minyak, dengan sedikit garam.
  • Kisar halus kulit dan rebus dengan air.
Rebus udang dalam stok udang selama 5 minit.  Angkat.

Satukan stok ayam dan stok udang.  Renihkan dengan api perlahan.

Panaskan minyak.  Goreng bawang merah sehingga garing.  Buat bawang goreng la ni.
Simpan separuh untuk hidangan nanti.
Tambahkan bahan berikut yang dikisar halus:  12 tangkai cili kering, belacan dan 6 ulas bawang putih; ke dalam gorengan bawang tadi.
Goreng sehingga wangi dan tuangkan ke dalam stok yang direnih.

Isi udang tadi digoreng dalam minyak cili yang telah dituang ke dalam stok.  Tambahkan sedikit kicap.

Hidangkan mee dengan telur rebus, taugeh, fishball, fish cake, kangkung dan bawang goreng.
0 comments

Acar Ikan Kering

Lama tak update.  Hari ni dapat acar ikan kering.  Mak kirim dari kampung.  Alhamdulillah. Resipi ikan kering mak yang diubahsuai dari Rancangan Ala-ala Kampung.

1kg ikan masin - potong 1/2" X 2". (Mak gunakan ikan kurau).
Goreng garing dan ketepikan.

Tumiskan daun kari (lebih kurang 7 tangkai) ke dalam minyak gorengan ikan.

Tambahkan bahan berikut yang dimayang halus:
  • 3 inci halia muda
  • 3-4 bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering (dipotong lebih kurang 1 inci)
  • 2 sudu besar biji sawi
Kisar halus bahan berikut:
  • 30 tangkai cili kering
  • 20 ulas bawang merah
  • 10 biji kurma
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 2 kiub ikan bilis
  • 2-3 sudu besar udang kering
Masukkan ke dalam bahan yang telah ditumis garing tadi.
Masak sehingga pecah minyak.
Tambahkan 2-3 sudu kecil serbuk kunyit, 1/2 - 1 cawab gula, 1 cawan cuka.

Perisakan dengan garam secukup rasa.
Masukkan ikan dan kacau sebati.
Tambahkan bijan sekiranya suka.
Tuesday, May 24, 2011 0 comments

Butter Cake

Dapat resipi ni daripada rakan sekerja, Sook Lu.  Mudah dan bahan pun yang memang selalu tersedia ada di dapur.

250gm butter (kata Sook Lu, gunakan butter yang baik seperti "LURPAK", tapi saya gunakan Golden Churn
210 gram gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
200gram tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
4 sudu besar susu segar

  • Pukul butter dengan gula sampai kembang.
  • Masukkan telur satu persatu, bersama esen vanilla.
  • Ayak tepung bersama garam.  Masukkan ke dalam adunan butter tadi.  Gaul rata.
  • Masukkan susu segar.
  • Bakar pada suhu 170 darjah Celcius, selama 55-60 minit.
Saturday, April 23, 2011 0 comments

Rendang Kering Ayam Berkicap

Salah satu cara nak memvariasikan masakan ayam....

1 ekor ayam dipotong kecil

Kisar halus:
  • 10 tangkai lada kering
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 cawan kicap manis
  • garam secukup rasa
Perapkan ayam dengan bahan-bahan di atas.

Panaskan 4 sudu besar mentega.
Tumis 4 labu bawang besar yang dimayang halus sehingga garing.
Masukkan ayam dan air asam jawa secukupnya.
Tutup periuk rapat-rapat.
Bila ayam dah empuk dan kuahnya pekat, angkat.
Semasa menghidang, taburkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang dan sup serta hirisan cili merah dan hijau.
1 comments

Mint Sauce

Saya tak minat mint sauce.  Tapi satu hari, saya hadiri kenduri kat rumah adik saya.  Antara menunya, kambing panggang.  Mint sauce yang dihidangkan sedap la pulak.  Bila interview penjualnya, dia kata, mint sauce yang dia buat campur epal.  Mak pun balik dan jalankan edisi siasat...tak tau kat mana mak jumpa, yang pasti mesti daripada sumber orang putih sebab mak catitkan dalam bahasa orang putih jugak...bahasa Inggeris mak jauh lebih baik dari bahasa Inggeris saya.  Tapi ni resipinya....

4 sudu besar gula dan 4 sudu besar air.  Masak dalam kuali dengan api perlahan sehingga gula larut.  (Hihihi...bahasa asal yang mak tulis: Stir over low heat in a pan until dissolved..)

Biarkan sehingga mendidih, kecilkan lagi api.  Renihkan selama 3 minit,  without stirring.

Masukkan:
  • 4 sudu besar cuka atau jus daripada sebiji lemon dan 1 sudu besar cuka
  • 2 biji epal hijau - dikisar halus
  • 1 gugus daun pudina - dikisar halus
  • 1 sudu kecil garam - dikisar halus
Kacau sebati.  Tutupkan dan sejukkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.

Hidangkan dengan ayam atau daging panggang.
1 comments

Kek Prune 2



Saya memang hantu prune.  Prune juice ker, buah prune ker, daging masak prune ker atau kak prune..semuanya saya suka.  Jadi bila saya ternampak kawan saya, Shikin poskan dalam blognya resipi Kek Prune dan kebetulan semua bahan dah tersedia di dapur saya, saya pun mencubanya tanpa berlengah-lengah lagi.  Sebab nak mintak kat Shikin tak boleh, rumah dia jauh sangat.  Cut and paste dari blog Shikin:

Bahan-bahan:


250 gram butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan susu pekat
20 biji prune
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovalete

Cara-caranya:

1. Panaskan kukusan dulu...
2. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
3. Pukul telur + esen vanila hingga kembang dan masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan butter sambil dipukul..(my senior masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul...)
4.Masukkan ovalete pukul dan masukkan susu pekat, kacau
5. Prune boleh dikisar tapi aku cincang-cincang aje kemudian masukkan dalam adunan dan pukul seketika.
6. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau rata.
7. Masukkan dalam loyang dan kukus dalam 1 hingga 1 1/2 jam (hingga masak ler...)



p/s: tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukusan jatuh dalam kek anda...
1 comments

Puding Roti

Ini satu lagi hidangan kegemaran saya.  Kuih ni simple and easy sebenarnya.  Boleh aja main baling-baling bahan tanpa sukatan.  Tapi sebab saya budak baru belajar, saya lebih suka ikut sukatan supaya lebih terjamin outputnya.

1 buku roti gardenia (kecil) - kalau dapat croissant lagi sedap
Rendam sehingga kembang dan toskan

4-5 biji telur
1/2 tin susu gula
secubit garam
1 tin susu cair
1/2 tin susu air
2 sudu besar butter - didadu

Buah pilihan - secukupnya, contoh: peach, strawberry, nenas
Badam rincik

  • Pukul telur dengan gula dan garam sehingga kembang.
  • Gaulkan sebati adunan telur dengan susu dan roti dan separuh dari badam.
  • Sapukan loyang dengan mentega.  Susunkan buah dan taburkan badam rincik di lapisan bawah.
  • Tuangkan adunan roti ke dalam loyang.
  • Taburkan mentega ke atasnya.
  • Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 30-40 minit.
1 comments

Egg Fu Yong

Egg Fu Yong ni lauk kegemaran saya.  Resipi ni mak dapat daripada TV2, tak pasti rancangan apa.  Eh..silap, rancangan Eat Your Heart Out.

5 biji telur - dipukul
1/2 sudu kecil garam
2 susu besar udang kering - direndam air panas dan ditumbuk kasar
2 biji sengkuang cina - dirincik halus
sedikit hirisan daun bawang
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil gula
2 sudu besar carrot yang dirincik halus, memanjang
1 labu bawang besar didadu
2 sudu besar isi ketam

  • Panaskan 5 sudu besar minyak (rule of thumb: 1 sudu besar minyak untuk 1 biji telur).
  • Campurkan semua bahan dengan adunan telur.
  • Tuangkan adunan telur dan kacau perlahan-lahan sehingga kering.  Angkat dan hidangkan panas-panas.
0 comments

Rendang Pedas Ayam (Itik)

Resipi ni daripada Mak Ngah Munah.  Mak Ngah Munah pun pandai masak.  Tugasan tetap untuk Mak Ngah Munah setiap kali kenduri kat kampung adalah menggoreng bihun.  Saya masih ingat makan goreng bihun dia...lama dulu sebab saya pun dah lama jugak tak dapat balik kenduri kat kampung, (selalulah saya miss masakan-masakan mak-mak sedara saya)...sangat sedap.  Bihunnya tak pun banyak aksesori, tapi sedap.  Tak tau apa rahsia dia.  Nanti saya cuba risik-risik...kali ni dapat resipi Rendang Pedas, applicable untuk ayam dan jugak itik.

1 ekor ayam atau itik
Kisar dan tumis sehingga garing bahan-bahan berikut:
  • 15 tangkai cili kering
  • 3-5 labu bawang besar
  • 12 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 ketul lengkuas
Masukkan ayam/itik.  Kacau rata dan biarkan sehingga masak.
Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan 3 keping asam gelugor, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan juga 2-3 sudu besar kerisik dan renihkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
0 comments

Ayam Cili Padi

Resipi ni mak belajar dari Tok Tam Nah, salah seorang tukang masak handalan dalam family.  Selalu jadi consultant chef sessi kenduri kahwin, kenduri arwah dan apa saja majlis makan-makan kat kampung.

1 ekor ayam - dipotong kecil.

Dikisar halus dan ditumis sehingga pecah minyak bahan-bahan berikut:
  • 15-20 tangkai cili padi hijau
  • 5 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3-5 biji belimbing buluh (optional)
Kemudian, masukkan gula dan garam lebih kurang 1 sudu kecil.  Kacau rata.
Kemudian, masukkan ayam dengan 2-3 asam keping, jika perlu (kalau tak masukkan belimbing buluh).
Renehkan sehingga kuah pekat.
Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
0 comments

Ayam Goreng Lengkuas

Ini pun versi Mak.  Tak pasti mana mak dapat resipi ni.

1 ekor ayam - dipotong 12.
Perapkan dengan:
2 sudu besar lengkuas, 1 sudu besar bawang putih, 2 sudu besar serai dan 1 sudu besar halia yang dikisar halus.
7 biji cili padi dicincang
2 labu bawang besar yang dimayang
2-3 sudu besar kicap cair
gula dan lada hitam secukup rasa

Panaskan 2-3 sudu besar minyak masak.
Tumiskan 7 ulas bawang merah yang dimayang sehingga garing.
Masukkan ayam yang diperap tadi dan reneh sehingga ayam empuk.

Tambahkan 7 buji cili kering yang di potong kasar.
Masukkan 3 sudu besar santan pekat.

Kacau rata dan reneh lagi sehingga kuahnya hampir pekat.
0 comments

Agar-agar Serikaya

Sebulan dah tak update blog ni.  Mulakan dengan resipi pencuci mulut...resipi tok.

10gram agar-agar
6 sudu besar gula
Masakkan dengan 2 gelas air sehingga hancur dan tapiskan.

1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar santan
Air daun pandan
Pukul bersama sehingga kembang

Masakkan semula agar-agar tadi ke atas api dan masukkan adunan gula-telur.  Kacau selama 10 minit. 

Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.  Sejukkan.
Thursday, March 24, 2011 0 comments

Hati Masak Lada

Hati tu hati lembu.  Boleh jugak gantikan dengan pedal ayam.

15 biji cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
sedikit kunyit hidup
air asam jawa
1 cawan santan pekat
1 kilo hati lembu - dicelur sebentar, dan dipotong kecil-kecil
Daun kunyit - dihiris halus

  • Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih, lada hitam, jintan dan kunyit hidup.
  • Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Masukkan santan pekat.  Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan hati lembu.
  • Kacau sebati dan biar sehingga pecah minyak.
  • Sebelum diangkat, tabur daun kunyit yang dihiris halus.
0 comments

Ikan Keli Masak Belanda

Resipi dari sepupu mak.  Keluarga mak kat kampung memang suka masak Belanda ni.

20 biji cili kering
1 sudu besar jintan putih
1 1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
2 inci halia
3 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit

  • Rebus cili kering, jintan manis, jintan putih dan lada hitam.
  • Kisar bahan yang direbus bersama dengan halia, bawang besar dan separuh daripada bawang merah dan bawang putih.
  • Panaskan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang tidak dikisar halus. (bawang-bawang tu ditumbuk kasar).
  • Kemudian, tumiskan bahan kisar dan serbuk kunyit.
  • Masukkan air asam jawa secukupnya.
  • Bila mendidih, masukkan ikan keli (goreng dulu).
  • Reneh sehingga kuahnya pekat.
0 comments

Sambal Lengkuas

Sambal lengkuas ni pun sedap.  Lagi sedap kalau dapat makan dengan nasi panas-panas.  Kawankan dengan ikan kering goreng...yummy!!!

2 cawan lengkuas - kisar, rebus dan tapis airnya.
300gram bawang besar - dimayang
10 batang serai
30 biji cili kering
5cm belacan
5cm halia
300gram ikan bilis - tumbuk pecah-pecah
300gram bawang besar - dimayang
kerisik daripada sebiji kelapa
air asam jawa secukupnya
garam dan gula


  • Kisar halus serai, cili kering, belacan dan halia
  • Panaskan minyak.  Tumiskan bawang besar yang dimayang sehingga garing dan wangi.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kisar, lengkuas tadi, ikan bilis, bawang besar, kerisik, air asam jawa.  Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Kacau rata dan masak di atas api sederhana selama 1 jam atau sehingga betul-betul kering dan garing.
0 comments

Sambal Serai

Hari ni, nak kongsi beberapa resipi sambal yang selalu mak buat.  Bukan saya buat...

10 ulas bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 paket (25gm) rempah kurma
5 labu bawang besar - dikisar
1 cawan santan
1 cawan udang geragau
21 batang serai - dihiris nipis-nipis (ni sebab saya tak nak buat sendiri, mak aja buat, saya makan)
21 biji belimbing buluh - dihiris nipis memanjang
3 biji cili merah-dihiris nipis
3 biji cili hijau-dihiris nipis
10 biji cili padi
2 labu bawang besar - dimayang
300 gram udang hidup (lagi banyak, lagi sedap)

  • Tumis bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan rempah kurma dan bawang besar yang dikisar halus.
  • Apabila telah pecah minyak, masukkan santan, udang geragau, serai dan belimbing buluh.
  • Kacau sehingga pekat dan serai betul-betul masak.
  • Masukkan cili, bawang besar yang dimayang serta udang.
  • Kacau sebati dan biarkan sehingga udang masak.
Tuesday, March 22, 2011 1 comments

Chicken Chop

Chicken chop ni versi SBC Butterworth.  Uniknya, ayamnya dipotong kecil-kecil, dicampurkan sekali dengan kentang goreng, carrot, tomato, bawang besar, greenpeas dan baked beans dan dimakan dengan kuah yang banyak....

5 keping dada ayam
Diketuk sehingga leper, gaulkan dengan garam dan lada hitam.
Celupkan dengan telur yang dipukul, gaulkan dengan oat/nestum/serbuk roti.
Goreng sehingga kekuningan.

Untuk kuahnya:
1 tin tomato sup
1 tin kecil green peas
1 tin kecil kacang panggang
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar - dibelah 8
1 batang carrot - dipotong bulat
2 biji tomato - dibelah 4

  • Panaskan minyak.  Tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan tomato sup dan sedikit air.
  • Masukkan kacang panggang, green peas dan carrot.
  • Bila carrot dah masak, masukkan tomato dan bawang.
  • Perisakan dengan garam, gula dan lada.
Goreng kentang atau fries.
Goreng telur mata lembu.

Masukkan ayam dan kentang dalam mangkuk.  Tuangkan kuah ke atas ayam dan kentang.  Hidangkan sekali dengan telur goreng.  Kalau chicken chop versi SBC yang ori, ayamnya dipotong memanjang, macam fries jugak.
Monday, March 21, 2011 0 comments

Sup Wantan

1 bungkus kulit wantan
1/2 biji sengkuang atau 15 biji sengkuang Cina
1 batang carrot
Sedikit tepung gandum
Udang - lagi banyak lagi sedap
1/2 ekor ayam
sedikit daun bawang
12 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

  • 7-8 biji sengkuang Cina, carrot dipotong dadu, kecil-kecil.
  • Udang dicincang halus.
  • Gaulkan udang, carrot dan sengkuang Cina dengan tepung gandum dan sedikit air serta garam dan lada hitam.
  • Gaulkan sehingga sebati.
  • Masukkan dalam kulit wantan, lebih kurang sesudu untuk setiap wantan.
  • Sebelum menyediakan wantan, rebus ayam yang dipotong kecil-kecil, lebihan sengkuang Cina serta ikan bilis.  Masukkan juga bawang putih.
  • Rebus sehingga airnya jernih.
  • Perisakan sup dengan garam dan lada secukupnya.
  • Biarkan sup mendidih, masukkan wantan ke dalam sup.
  • Jangan biarkan wantan terlalu lama.
  • Angkat dan taburkan daun bawang ke dalam sup semasa menghidang.
Tuesday, March 1, 2011 0 comments

Jelly Buah Tropicana Kastad



Buah-buahan tropika kegemaran:
4 biji mangga, potong kiub
1/2 biji nenas - potong kiub
Longan
Rambutan
Nangka

2 kotak Jelly segera - perisa raspberry

Masukkan semua buah dalam mangkuk.  Gaul rata.
Bancuh jelly ikut arahan.  Tuangkan ke atas buah-buahan tadi.  Masukkan dalam peti sejuk.

Kuah Kastard:

1 tin susu cair
2 1/2 tin susu air
1 biji telur - dipukul
2 sudu teh vanilla
6 sudu besar tepung kastard
9 sudu besar gula

Satukan semua bahan.  Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat.
Sejukkan sebelum dihidangkan dengan jelly buah tadi.
Monday, February 21, 2011 0 comments

Belotok Ubi

Ohh...teringat kat kuih belotok ni.  Mak Chak, adik ipar mak yang pandai buat kuih ni.  Sedap sangat.  Bila dah biasa makan yang sedap, malas nak buat sendiri sebab takut tak sedap.

1 kati ubi keledek - direbus
1 biji telur
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Lenyek ubi dan gaul sebati dengan telur, lada dan garam.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai dapat konsistensi yang elok.  Err..ni antara sebab saya malas nak buat sendiri.  Tak pandai agak...
Isi inti dan bujurkan.  Golek atas tepung, celup telur dan golek atas serbuk roti.  Goreng.

Intinya:
Tumis bawang putih yang dicincang.
Masukkan inti ayam/daging/udang yang dicincang.
Masukkan bawang besar (dadu), cili merah, cili hijau, carrot, daun bawang, daun sup )diracik halus).
Perisakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
Masak sehingga kering.
0 comments

Ayam Kung Pao

  Resepi ni daripada sepupu, Rihana.  Dia pun rajin jugak try resipi-resipi baru.

600 gram isi ayam - gaul dengan tepung jagung dan garam.  Goreng garing.
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 labu bawang besar
1 biji capsicum
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos abalone
1/4 cawan air
10 tangkai cili kering - dipotong kecil dan digoreng garing.
100gm gajus.

Tumbuk halus bawang putih dan halia.  Tumiskan.
Masukkan bawang besar dan capsicum yang didadu.
Masukkan semua sos berserta air.  Kacau sebati.  Biarkan sehingga mendidih.  Reneh sehingga kuah pekat.
Tuang kuah ke atas isi ayam yang digoreng.  Taburkan dengan gajus dan  cili kering.  Gaul rata.
0 comments

Udang Masala

Satu lagi resipi daripada Auntie Fishah, kawan mak.

I kilo udang - gaul dengan garam kunyit dan goreng sehingga masak.

Tumis segenggam daun kari.

Kisar halus bahan-bahan berikut:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada putih
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil kas kas
1 sudu besar kelapa parut
3 biji badam
3 biji gajus
3 ulas bawang putih

Tumis sehingga wangi.

Masukkan 2/3 batang serai yang dititik.  Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tambahkan 3-4 labu bawang besar - dipotong subang dan 3-5 biji cili hijau yang dihiris nipis.

Kacau dan bila bawang dan cili agak layu, masukkan udang yang digoreng.  Kacau sebati dan angkat.
0 comments

Ayam Goreng 13 Perencah

Ini masakan pertama yang saya hidangkan kepada hubby.  Lebih  kurang first time suami makan air tangan isteri.  And he loved it...sebab betul-betul sedap ker sebab baru kahwin, apa yang wife masak semua sedap.  Entah.  Tapi ini hidangan kegemaran kawan-kawan mak dan ayah kalau usrah kat rumah.

1 ekor ayam - potong 16

Bahan-bahan berikut digiling halus dan perap dengan ayam sekurang-kurangnya 5 jam:
10 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar garam
2 sudu besar madu
2 sude besar kicap pekat
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
2 sudu besar air asam limau
1 sudu kecil serbuk kas-kas

Goreng sehingga garing.
Wednesday, February 16, 2011 0 comments

Ayam Ungkep Pedas

Mak dapat resipi ni daripada Rancangan Aroma.  Rasanya rancangan masak dari Indonesia.  Dan mak dah sesuaikannya dengan citarasa kami sekeluarga.

1 ekor ayam
5 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang putih
9 ulas bawang merah
2 inci ubi cekur
3 cm halia - diketuk
3 cm lengkuas - diketuk
3 helai daun limau purut - dimayang halus
3 sudu besar sos tomato
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada
3 sudu besar air asam jawa
10 sudu besar kicap manis

  • Ayam dibelah 4 dan dilumur dengan 2 sude besar air limau nipis.
  • Pijarkan minyak. Tumis cili merah, cili padi, bawang dan ubi cekur yang dikisar halus sehingga wangi.
  • Masukkan halia, lengkuas, daun limau, sos tomato.
  • Perisakan dengan garam dan gula dan lada.
  • Masukkan ayam dan masukkan air asam jawa dan kicap.
  • Tambah 250ml air, kacau rata dan masak sehingga ayam empuk dan kuah pekat dan kering.
  • Angkat ayam dan panggang seketika.
  • Hidangkan bersama kuahnya, timun, keropok dan salad.
0 comments

Daging Masak Kicap

Ini resipi Tok Tam Nah.  Mak saudara kepada mak.  Tok Tam memang terkenal dengan masakannya.  Cuma standard la....orang tua-tua masaknya main sesedap rasa.  Tak ada sukatan spesifik, dan memang betul-betul sedap.  Kalau orang macam saya main masak sesedap rasa...hihihihi...

Daging, diperap dengan rempah kari daging, bawang putih dan halia yang dikisar halus, bawang besar dimayang halus, dan kicap pekat.

Tumis rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga), serai dititik, bawang merah yang dimayang dan daun kari.

Bila garing, masukkan daging dan air.
Masak sehingga daging empuk.

Tambahkan secukupnya air asam jawa, gula merah, gula batu dan daun kari.

Kacau sebati dan angkat.
0 comments

Pajeri Jantung Pisang

Pajeri ni sebenarnya versatile - boleh dimasakkan dengan nanas, terung, jantung pisang, rebung atau kegemaran anak-anak saya: telur rebus yang digoreng.  Kuah asas pajeri ni pun saya belajar dengan mak.

2-3 sudu besar serbuk kari daging
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam udang kering/udang segar
sedikit halia
Rempah tumis - bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkeh, buah pelaga
3-5 biji cili api
120gram santan
1 biji jantung pisang - dibelah dua dan direbus
sedikit asam gelugor kering
  • Panaskan minyak.  Tumis dengan rempah tumis dan bawang, halia serta cili api.
  • Setelah bawang garing, masukkan rempah kari.  Biarkan sehingga rempah masak atau pecah minyak.
  • Masukkan udang/udang kering dan sedikit air.
  • Masukkan santan, asam gelugor dan perisakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan jantung pisang.  Masak sehingga jantung pisang empuk.
0 comments

Masak Lemak Pisang Muda

Pisang Muda - my favorite.  Susah dah sekarang ni nak dapat hidangan yang macam ni.

1 sikat pisang muda
9 biji cili padi
7 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis
Garam, gula, lada dan asam secukup rasa
100gram santan pekat
180gram santan cair

  • Tumbuk halus cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.
  • Ikan bilis ditumbuk kasar-kasar.
  • Rebus pisang dengan bahan-bahan yang dikisar bersama santan cair sehingga empuk.
  • Perisakan dengan garam, gula dan lada serta asam secukupnya.
  • Tuang santan pekat dan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan angkat.
0 comments

Sotong Bakar Air Asam Kerisik

5 ekor sotong -dibersihkan dan dikelar-kelar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh serbuk cili

Gaulkan sotong dengan semua bahan di atas.
Bakar.

Pencicahnya:

1 biji tomato
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
2 sudu besar kerisik
sedikit belacan

  • Tomato, bawang dan cili dihiris nipis.
  • Larutkan belacan, kerisik dan bawang, gula dan garam dengan sedikit air panas.
  • Gaul rata.  Masukkan tomato dan cili.  Gaul sebati.
0 comments

Daging Gulung

Resipi ni mak dapat daripada kawan mak, Auntie Kartini.  Kat mana auntie sekarang ya?  Dulu masa kecik-kecik ingat lagi, auntie ni kalau bagi coklat semua yang kelas punya...Apapun, Daging Gulung ni saya kategorikan sebagai masakan yang "sedap dimakan, renyah disediakan".  Sedap memang sedap, tapi banyaknya kerja....kalau mak masak, baru makan.

600 gram daging (sebab resipi lama, 1 kati) - potong nipis dan lebar, ketuk dan perap dengan garam, gula dan serbuk lada.
6 biji telur - dadarkan 3 keping - besar dan lebar
Lapiskan daging di atas telur, gulung dan ikat dengan benang.  Kan saya dah kata - renyah dan banyak kerja...belum kuahnya lagi...

5 batang serai
2 inci halia
5 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
3 ulas bawang besar
9 biji cili hidup
5 biji cili api (kalau suka pedas, lebihkan)
3 biji tomato masak
2 inci kunyit hidup

Semua bahan di atas dikisar halus.
Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan daging tadi (atur) dan masak sehingga empuk.
Masukkan:
3 cawan santan
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
Garam dan gula secukup rasa

Bila kuah pekat, angkat daging dan potong serong.  Susunkan atas pinggan.
Tambahkan 3 labu bawang besar (disubang) dan 10 biji cili hijau yang dibelah dua ke dalam kuah.  Tuangkan ke atas daging.

Hihihi...versi saya, buat kuahnya, potong daging macam nak masak kicap.  Masukkan daging dalam kuah.  Masak sehingga daging empuk.  Kalau nak telur, rebus dan masukkan dalam kuah.  Settle.....
Tuesday, February 1, 2011 0 comments

Nasi Carrot

Mula-mula belajar makan Nasi Carrot ni zaman muda-muda dulu, waktu pergi rumah Mak Su di Batu Gajah.  Belajar dari Mak Su lah ni...Hidangkan dengan Salad Mayonis dan Ayam Masak Merah.

5 cawan beras Basmathi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit halia
Rempah tumis - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang
1 sudu besar jintan manis
3 batang carrot - diparut halus
1 tin susu cair
Gula, garam dan lada secukup rasa
Kismis dan gajus
3 sudu besar minyak sapi/mentega
1 biji cili hijau
5 cawan air

  • Panaskan minyak sapi/mentega.
  • Tumis bawang-bawang (didadu), halia, rempah tumis dan cili hijau.
  • Bila bawang garing, masukkan jintan manis.  Kacau sehingga wangi.
  • Masukkan carrot yang diparut.  Kacau rata.
  • Masukkan air.  Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan susu cair.  Perisakan dengan garam, gula dan lada.
  • Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan.  Masak dengan rice cooker.
  • Bila nasi hampir kering, masukkan kismis dan gajus.  The more, the merrier.
0 comments

Ayam Gulai Padang

Resepi ini daripada Majalah Saji Mei 2008.  Kalau orang utara, gulai tu maksudnya, kari. Tapi, gulai ni tak guna rempah kari. Ala-ala gulai ayam yang dijual di Restoran Masakan Padang. 

2 ekor ayam
1 liter santan
400 gm cili giling
500gm bawang merah
100gm bawang putih
100gm kunyit hidup
50gm halia
8 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
3 batang serai
100gm gula melaka
Garam secukup rasa

  • Bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia dikisar.
  • Tumis sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili giiling, gula melaka dan serai.
  • Masukkan ayam dan perasakan dengan garam.
  • Tuangkan santan dan masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
  • Renih sehingga mendidih.
0 comments

Kuih Cara

2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 cawan santan
1 sudu kecil garam
4 helai daun pandan ditumbuk untuk jusnya
Gula dan minyak secukupnya

  • Pukul telur, masukkan santan (perah dengan air daun pandan) dan tepung.  Kacau rata.
  • Masukkan garam.  Kacau sebati.  Tapis adunan.
  • Panaskan acuan kuih cara yang telah disapu dengan minyak.
  • Sudukan adunan ke dalam acuan.
  • Masukkan sedikit gula di tengah-tengah kuih.
  • Tutup acuan selama 2-3 minit, kemudian diangkat satu persatu.
0 comments

Pulut Serimuka

Ini resipi tok yang Mak dah formalizekan.  Sebab resipi orang tua-tua, semua main agak-agak.  Mana mungkin orang macam saya yang tak pandai masak ni, nak cuba.

1 1/2 cawan beras pulut
2 cawan santan
4 biji telur
1 cawan gula
sedikit kulit kayu manis - ditumbuk halus
1/2 cawan pati santan - diperah dengan air daun pandan

  • Masak pulut dengan 2 cawan santan dan sedikit garam dalam loyang sehingga masak.
  • Sementara itu, pukul telur, gula, santan dan air daun pandan serta serbuk kulit kayu manis sehingga sebati.
  • Tapiskan.
  • Bila pulut masak, tekan supaya kejap dengan daun pisang.
  • Tuang adunan telur dan santan ke atasnya dan kukus sehingga masak.
0 comments

Lompang

Resepi ni mak dapat daripada kawan mak, Auntie Faizah.

1/2 biji kelapa - diparut (sah resipi orang lama, orang sekarang beli aja kelapa parut)
Gaul dengan 1 sudu teh garam

17 oz air sejuk
10oz gula merah - masak dengan air tadi

10 oz tepung beras
16oz air panas -gaulkan dengan tepung

1 sudu teh air kapur
1/2 oz tepung sagu/ tepung kacang hijau

  • Bancuh adunan dan tapis dengan kain putih.
  • Panaskan air dalam kukusan, biar sehingga air mendidih dan acuan panas.
  • Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus elama 20-3- minit.
  • Angkat dan hidangkan dengan kelapa parut.
Saturday, January 29, 2011 0 comments

Ayam Goreng Berempah

Ini pun signature dish Bibik.  Kegemaran kami sekeluarga.  Nak lagi sedap, lengkapkan dengan Sambal Tomat Indonesia.


1 ekor ayam - dipotong 16
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh lada putih
Kunyit hidup
Halia
Lengkuas
5 biji buah keras
Kelapa parut - kalau nak banyak rencahnya nanti, gunakan lebih banyak kelapa parut
2 batang serai
2-3 helai daun limau purut

  • Bawang merah, bawang putih, ketumbar, lada, kunyit, halis, lengkuas dan buah keras ditumbuk halus.
  • Serai dititik.
  • Gaulkan semua bahan dengan ayam. Tambahkan sedikit air.  Rebus ayam dengan rempah tadi sehingga kering.
  • Goreng ayam sehingga kuning keemasan.  Semasa menggoreng, asingkan kelapa parut daripada ayam.  Kelapa parut digoreng asing untuk dijadikan rencahnya.
Tuesday, January 25, 2011 0 comments

Daging Masak Rempah

Satu lagi resepi kegemaran famili yang mak masak.  Nama sebenar resipi ni, Daging Masak Mamak - tapi nota Taufik menyebabkan saya ubah namanya.  Tak apalah kan.  Resipinya masih sama.  Tak ingat pulak Mak cerita dapat dari mana resipi ni, rasanya daripada Cikgu Fuziah, kawan mak jugak merangkap cikgu saya dulu. Apapun, ni satu lagi resipi yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan masakan daging.  Lagipun, caranya mudah - blend semua bahan.  Lepas tu, masakkan dengan daging.



1 kg daging - potong lebar

Utk kisaran:(halus)
20 biji cili kering
5 labu bawang besar
5 biji buah tomato masak
1 labu bawang putih
1 Genggam kismis
2 Genggam bawang goreng
1 cawan kicap manis

1. Awas (lumur) daing dengan kisaran halus bahan yang disenaraikan
2. Tumis 2 - 3 helai daun pandan.
3. Bila naik wangi, masukkan daging yang telah diawas. Renehkan sehingga daging empuk dan kuahnya pekat.
4. Tambahkan asam gelugor @ air asam jawa / garam / gula secukup rasa jika perlu
5. Kacau sebati dan angkat.

Untuk tujuan hiasan/ulaman - taburkan cili merah / cili hijau
Monday, January 24, 2011 0 comments

Roti Jala

Roti jala adalah makanan kegemaran sekeluarga yang saya jarang-jarang buat sendiri.  Saya tak pandai menjala.  Pernah dulu beberapa kali aja buat sendiri.  Tapi baru-baru ini, saya dapat resipi daripada kawan sepengajian di UM dulu, Lin.  Ramai orang lain bagi feedback positive, so saya pun cuba.  Seperti biasa, saya sesuaikan dengan apa yang ada kat dapur - misalnya, sebab tak ada fresh milk dalam fridge, hari masih pagi dan saya malas nak ke kedai, saya gunakan aja susu cair.  Untuk itu, saya terpaksa tambah lots and lots of water sebab susu cair lebih pekat daripada susu segar.  Apapun, rasanya sedap, teksturnya cantik.  Hubby and anak-anak betul-betul enjoy roti jala dengan kari ayam.  Bibik pun cakap, nanti buat lagi ya....

Cut and Paste dari Resepi Lin (Thanks Lin)
  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar(saya gunakan 1 tin susu cair)
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air - saya tambahkan banyak air sebab susu cair lebih pekat dari susu segar )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
0 comments

Kek Kukus Prune

Saya sangat sukakan Kek Prune.  First time saya makan Kek Prune, MIL buat.  Sedap.  Bila saya tengok resepinya, saya terfikir dua kali nak buat sendiri sebab telur putih dan merah perlu diasingkan.  Then, telur putih perlu dipukul sehingga keras.  Dulu tengok mak buat kek buah, macam tu.  Saya sukakan yang ringkas dan mudah.  Bila saya search kat internet, saya tengok resepi Kek Kukus Prune ni mendapat komen positif dari banyak pihak.  Lagipun, nampak mudah sebab tak payah asingkan telur (nampak sangat malas.....).  Saya modified sikit - saya tak blend prune tapi saya rebus, lenyekkan dan tambahkan bikarbonate soda.  Teringat dulu tengok mak buat kek buah - prunenya direbus dan dilecek.  Dan saya tambah serbuk koko supaya warna kek jadi lebih cantik - ini saya adaptasikan daripada resipi MIL, yang saya tengok masukkan serbuk koko.  Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.  Even Harriz dan Ezham kata best!!

250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan gula kaster
1/4 tin susu pekat manis
5 biji telur
20 biji buah prune
5 biji buah prune - dihiris kasar

  • Didihkan air dalam pengukus.
  • Prunes - direbus dengan 100ml air, dilecekkan dan campurkan dengan 1 sudu teh bikarbonat soda
  • Putar butter, gula dan susu pekat sehingga sebati.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan prune yang dilecek.
  • Masukkan tepung dan serbuk koko.
  • Masukkan prune yang dihiris kasar.
  • Tuangkan dalam acuan.  Kukus selama 1 1/2 jam.
Saturday, January 22, 2011 0 comments

Carrot Cake

Dah lama cari resepi Carrot Cake yang sedap.  Decided to try this one, got it from allrecipes.com:  Sam"s Famous Carrot Cake.  Hihi...nama dia pun macam sedap, lagipun ikut notenya,  Sam ni grandpa orang yang bagi resipi.  Selalu resipi orang tua-tua kan sedap.  And, alhamdulillah, hubby and even the kids suka.  Little Furqan likes the cake too.

3 biji telur
3/4 cawan minyak masak
3/4 cawan "buttermilk" - saya gunakan susu cair
2 sudu kecil vanilla
1 1/2 cawan gula
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking soda (saya gunakan saja 2 cawan tepung berserbuk penaik)
2 cawan carrot yang diparut halus
1 cawan kelapa parut kering
1 cawan walnut cincang
1 cawan kismis
8 ounz nenas dalam tin - dipotong kiub
  • Ayak tepung, garam dan serbuk kulit kayu manis.
  • Satukan minyak, susu, gula. telur dan vanilla.  Gaul rata. Masukkan campuran tepung tadi.
  • Satukan carrot, nenas, kismis, walnut dan kelapa.  Campurkan dalam adunan tadi dan gaul rata.
  • Bakar pada suhu 175 darjah Celcius, selama 1 jam.
  • Sejukkan selama 20 minit sebelum dipotong.
0 comments

Rempeyek Kacang

Ini satu lagi resepi daripada Bibik.  Kalau ada masa lapang, Bibik akan buat rempeyek ni sebab saya dan family suka.  Buat kudap-kudapan sambil minum kopi.  Cuma, bibik kena buat duat versi sebab saya sukakan rempeyek ikan bilis, tanpa kacang.  Hubby sukakan yang ada banyak kacang, tanpa ikan bilis.

1 kilo tepung beras
1 1/2 sudu besar ketumbar
3 ulas bawang putih
8 biji buah keras
sedikit kunyit
sedikit cekur
5 helai daun limau purut (potong halus-halus)
Kacang/ikan bilis
  • Semua bahan di atas, kecuali tepung, ditumbuk halus.
  • Bancuh dengan tepung.
  • Masukkan kacang atau ikan bilis.
  • Goreng.
0 comments

Cucur Jagung Jawa Tengah

Cucur jagung ini versi Bibik Ati.  Maid yang dulu, buat ikut versi lain.  Dua-dua pun sedap.  Yang ini, jagungnya tak ditumbuk dan gunakan udang.

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit lada
3 batang jagung - dihiris isinya
udang - nak sedap, letak lah banyak.
4 sudu besar tepung gandum

Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan lada.
Gaulkan bahan tumbuk dengan tepung dan jagung serta udang.
Perisakan dengan garam dan gula.
Goreng sehingga kuning keemasan.
0 comments

Pergedil Daging Kentang

Saya suka pergedil daging kentang. Tapi nak buatnya melibatkan kerja yang banyak - semua bahan perlu digoreng, ditumbuk dan digoreng lagi.  Nasib baik Bibik suka masak pergedil ni....

250 gramdaging
1 kilo kentang
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit buah pala
sedikit daun bawang dan daun sup
  • Daging dihiris nipis, goreng sekejap dan dikisar halus.
  • Kentang dipotong nipis, digoreng dan ditumbuk.
  • Bawang dan buah pala digoreng sebelem ditumbuk dengan lada dan buah pala.
  • Kemudian gaulkan semua bahan dengan daun bawang dan daun sup. Perisakan dengan garam secukupnya.
  • Bentuk bulat-bulat dan goreng sehingga kuning keemasan.
0 comments

Semur Daging

Ini pun resepi daripada Bibik.  Macam masak kicap kita, cuma Bibik masukkan buah pala.

1 kilo daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/4 biji buah pala
1 sudu kecil lada putih
Kicap pekat
2 biji tomato

  • Kisar bawang, buah pala dan lada
  • Tumis beserta dengan tomato sehingga wangi.
  • Masukkan daging.
  • Apabila daging telah empuk, masukkan kicap.  Perisakan dengan garam dan gula.
0 comments

Opor Ayam

Belajar resepi ni daripada Bibik Ati, our current maid.  Dia dah 58 tahun, so bab masakan, khususnya masakan Indonesia, dia memang terror.  Sedap masakannya. Banyak la yang saya boleh belajar.

1 ekor ayam
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh lada putih
7 biji buah keras
sedikit kunyit
Lengkuas
Halia
4 batang serai
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut
1 biji tomato
120gram santan

  • Kisar halus bawang, ketumbar, lada, buah keras, kunyit, halia dan lengkuas.  Tumiskan sehingga wangi.
  • Serai dititik.  Masukkan ayam dan masak sehingga empuk.
  • Masukkan daun salam, daun limau purut dan tomato.  Masukkan santan.
  • Renihkan sehingga kuah pekat.
Sunday, January 16, 2011 0 comments

White Sauce Seafood Spaghetti

Terjumpa resipi ni masa surfing the net - browsing recipes.


1 paket spagheti - dicelur.  Boleh jugak guna Fettucini sebagai alternatif.

Untuk kuahnya:

1/2 kilo udang besar
1/2 kilo sotong
400gram daging ayam dipotong dadu
350gm cendawan butang
Capsicum - campur kuning, merah dan hijau
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
250ml krim/susu segar

  • Panaskan butter.  Tumiskan bawang sampai kekuningan.
  • Masukkan ayam.  Bila ayam empuk, masukkan udang dan sotong.
  • Masukkan cendawan.
  • Seterusnya masukkan capsicum.
  • Bila telah layu, campurkan krim/susu segar.
  • Perisakan dengan garam, gula dan lada hitam.
  • Hidangkan dengan spagheti yang dicelur.
0 comments

Spaghetti Ohlio

Dish ni simple, mudah disediakan dan kiddos suka. 

250gm spaghetti - dicelur
10 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
20 ekor udang besar
350gm cendawan butang (me, hubby n kiddos - we simply love mushrooms)
250gm daging ayam (dipotong kiub - but ini optional)
5 biji cili kering -dipotong kasar-kasar
3 sudu besar butter

  • Panaskan butter.  Tumis dengan bawang putih yang didadu.  Bwg putih memang kena banyak.  Biar sampai kekuningan.
  • Masukkan bawang besar dan biar sehingga layu.
  • Udang - perap dengan garam, gula dan lada.  Masukkan ayam.  Bila ayam dah masak, masukkan udang, seterusnya cendawan.
  • Kemudian, masukkan spagheti. Gaul rata.
  • Seterusnya, masukkan cili kering.
  • Perisakan dengan garam dan gula.  
  • Hidangkan panas-panas.  Kalau nak lagi best, lengkapkan dengan Mushroom Soup.
2 comments

Pai Daging



Pie is one of my favorite dish.  Tapi tak pernah buat sendiri sebab bila study resipinya macam komplikated la.  One day, recently, hubby asked about pie.  So, cari resipi kat allrecipes.com for the pastry.  Dapat resipi ni, Never Fail Pastry.  Decided to try.  Inti - try an error laa.  Alhamdulilah, it turned out well.  So far baru 2 kali buat....

Untuk Pastri

2 1/2 cawan tepung
1 cawan butter
1/4 sudu kecil garam
1 biji  telur
1/4 cawan air sejuk
1 sudu teh cuka

  • Campurkan tepung, baking powder, gula, garam.  Gaulkan dengan butter.
  • Masukkan air, merah telur dan cuka.  Gaul sebati.
  • Bungkus dengan plastik dan sejukkan selama 1/2 jam.
  • Kemudian, canai dan letakkan intinya.
Inti:
1/2 kilo daging- dicincang dan diperap dengan gula, garam dan lada hitam.
1 batang karot
350 gram cendawan butang
3 biji kentang
Sedikit daun bawang dan daun sup - dihiris halus
1 paket serbuk sup cendawan segera
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu teh mixed herbs
1 helai bayleaf
1 labu bawang besar - didadu
6 ulas bawang putih -didadu
6 biji telur - direbus dan di potong empat
  • Panaskan minyak zaitun.  Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan daging bersama bayleaf dan mixed herbs.  Masak sehingga empuk.
  • Masukkan kentang sehingga empuk.
  • Masukkan pula karot dan cendawan yang dipotong kiub.
  • Seterusnya, masukkan sos lada hitam dan serbuk sup cendawan segera yang telah dibancuh (tujuan ni nak pekatkan kuah, kalau tak ada, gunakan tepung jagung).
  • Perisakan dengan garam dan gula.
  • Gaulkan dengan daun bawang dan daun sup.
Dalam pie dish, lapiskan dengan pie crust pastry.  Masukkan inti.  Susun telur di atas inti.  Tutup dengan pie crust pastry.  Bakar pada suhu 175 darjah Celcius, selama 30-45 minit.
Saturday, January 15, 2011 1 comments

Sambal Udang Kering

Mak dapat resipi ni daripada Auntie Jamilah, kawan mak dari Myanmar.  Dulu mak selalu buat tapi guna udang geragau.  Sedap makan dengan nasi panas-panas. Cuma dulu, bila mak nak masak dish ni, susah hati sangat sebab nak kena tunggu masukkan air asam jawa satu sudu demi satu sudu sehingga habis.....lambat.  Standard la masa kecik dulu, mana suka masak.  Sorry ya mak...tapi nasib baik mak paksa duduk dapur dulu.  Kalau tak macamana la nak masak untuk hubby n kiddos sekarang nih.  Kena ajak Sara masuk dapur jugak nanti..

Sambal Udang Kering

1/2 kilo udang kering (atau udang geragau)
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
20 biji cili kering
5 biji cili merah
Sedikit belacan
2 sudubesar asam jawa - jadikan 1/2 cawan air asam jawa. Masukkan 2 sudu besar gula.

  • Kukus udang selama 20 minit.  Tumbuk halus.
  • Panaskan 3/4 cawan minyak. Tumsikan cili yang digiling sehingga garing.
  • Masukkan udang.  Kacau.
  • Masak selama 5 minit.  Masukkan air asam jawa satu sudu besar sekali.  Masak sehingga kering dan masukkan lagi sedikit-sedikit air asam jawa. Ulang sehingga habis air asam jawa.
  • Masak dengan api perlahan sehingga kering.
1 comments

Sotong Kering Goreng Bercili

Ini masakan kegemaran sekeluarga, me and my siblings.  Dulu, arwah ayah, kawan-kawan ayah, kawan-kawan mak semua pun suka.  Tapi tu lah...bila masak sendiri tak jadi macam mak masak walaupun dah ambik latihan praktikal dengan mak.

Sotong Kering Goreng Bercili

1/2 kilo sotong kering - dipotong halus dan perap dengan:
-garam kunyit
-sos tiram
-kicap pekat dan cair
-lada
-gula
-air asam jawa

300gm bawang besar - dimayang
20 biji ciki kering - potong kecil dan digoreng
Kacang tanah - digoreng

Suun - direndam
3-4 ulas bawang putih - didadu

  • Tumis bawang putih.  Masukkan bawang besar sampai layu.
  • Masukkan sotong dan tutup sotong dengan bawang tadi.
  • Masak sampai sotong empuk - 10-15 minit.
  • Masukkan suun.  Kacau rata.
  • Sesuaikan rasa.
  • Semasa menghidang, gaul dengan kacang dan cili kering.
0 comments

Mushroom Sauce

Untuk makan dengan barbecued lamb.

350gram button mushroom
1/2 botol sos lada hitam
12 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 sudu besar butter

  • Panaskan butter.  Tumiskan bawang putih yang didadu.
  • Masukkan bawang besar (potong bulat-bulat).
  • Masukkan cendawan.  Masak sampai cendawan layu.
  • Masukkan sos lada hitam.  Masukkan sedikit air.
  • Kalau kurang pekat, masukkan 1 sudu teh tepung jagung.
  • Perisakan dengan garam dan gula.
0 comments

Lamb BBQ Marinade

Hubby and kiddos love this...belajar dari Kak Yang (husband's aunt).

2 kilo lamb shoulder
1/2 botol 1.5 liter Coca-Cola
1 botol sos lada hitam
1 tin kecil marmalade
5 sudu besar madu

Gaulkan semua bahan dulu.  Then masukkan lamb.  Perap semalaman.
0 comments

Udang Butter

Masakan ni makan kat Umbai, Melaka.  It is not the kind of udang butter yang dihidangkan kat Chinese Restaurant tuh. Hubby loves this dish.

1 kilo udang - bersihkan, gaul dengan garam dan gula
5 sudu besar butter

1 batang carrot - potong ikut suka
350gm cendawan butang
200gm bunga kobis - dihiris halus
Capsicum - campur merah, hijau dan kuning (the more the merrier)
5 biji telur
5 sudu besar oat
5 biji cili padi
2 tangkai daun kari -dihiris halus


  • Panaskan minyak.  Goreng udang sampai golden brown. Ketepikan.
  • Panaskan butter.  Tumiskan dengan daun kari dan cili padi.  Masukkan semua sayur-sayuran tu.  Bila dah layu, tuangkan telur.
  • Bila telur separuh masak, masukkan udang dan oats.
  • Kacau sebentar.  Angkat.
  • Hidangkan panas-panas.
0 comments

Sotong Sumbat

Wooo...this is really my favorite dish.  Cuma nak menyediakannya melibatkan kerja yang banyak.  Over the weekend boleh la masak, balik kerja kalau nak masak, tak sempat kot.

Sotong Sumbat

Intinya:
1-2 kilo sotong yang agak besar.  Bersihkan.

Hiris halus:
2 tangkai daun bawang
2 labu bawang besar
2 biji cili muda dan cili merah

Pukul 4 biji telur.  Campurkan dengan bahan di atas.

 isi ayam/isi udang yang dicincang.

  • Tumis sedikit bawang putih, masukkan isi ayam/udang tadi.  Perasakan dengan garam,gula dan lada.
  • Kemudian masukkan telur tadi.  Masak seperti scramble egg.
  • Isikan ke dalam sotong 3/4 penuh.  Sematkan kat janggut sotong dengan lidi.
Kuahnya:
  • Pijarkan minyak.  Tumis bahan-bahan berikut yang digiling halus: halia, 1/2 sudu teh lada hitam, 5 biji cili kering, 1 sudu teh jintan manis, 5 ulas bawang merah.
  • Masukkan santan dan atur sotong ke dalam periuk.
  • Masak sampai kuah pekat.
  • Bila mendidih, kelarkan sotong supaya kuah dapat meresap masuk ke dalam intinya.
0 comments

Cucur Jagung Surabaya

Ni masakan Indonesia.  Pembantu rumah yang dulu, Mia yang perkenalkan makanan ni.  Sedap.

Cucur Jagung Surabaya

4 batang jagung, sagat halus dan tumbuk; dan gaul dengan bahan berikut yang ditumbuk kasar:
2 ulas bawang putih
1 cili merah
3 ulas bawang merah
3 biji cili padi
2 ketul cekur
1" belacan
1 sudu kecil ketumbar biji
2 helai daun limau purut
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa

Bancuh macam nak buat cucur udang.

Sebelum goreng, tambahkan dengan daun bawang dan daun sup yang dimayang halus.

Gaul rata dan goreng garing.
0 comments

Udang Goreng Daun Kari

Ni pun resipi dari mak.  Yummy.

Gaul udang dengan halia dan bawang besar yang digiling halus, rempah kari daging, telur, gula dan garam serta daun kari yang dirincik halus.

Goreng "deep fry".  Ketepikan.

Menggunakan minyak goreng udang, tumis bawang besar (dipotong subang) dan hirisan cili merah dan hijau.  Tuangkan ke atas udang.
0 comments

Cucur Udang Teluk Molek

Ramai orang yang suka makan cucur udang yang mak buat.  Mak belajar dari kak ipar mak, Mak Cik Yam.  Mak kata, nak sedap cucur udang ni mesti ada kucai and taugeh.  Apa-apapun, masak ni air tangan main peranan.  Selalu jugak buat sendiri tapi tak pernah jadi sedap macam mak buat........

Cucur Udang Teluk Molek

1/2 kilo tepung gandum
1/2 kilo udang - kalau lagi banyak lagi sedap.  Jenis udang yang nak guna ikut suka, hubby suka udang besar.  I prefer udang sayur kulit putih yang sederhana tu. Selalunya, I will just mix the two.   Fair and square.
1 labu bawang besar - didadu
1 biji cili merah-didadu
1 biji cili hijau-didadu
1 tangkai daun bawang -dihiris halus
50 sen taugeh
4-5 tangkai kucai - dihiris kasar-kasar
Garam, gula dan lada hitam

  • Gaul udang dengan gula, garam dan lada.
  • Masukkan bawang-bawang dan cili. Separuh dari taugeh diramas dan dimasukkan sekali.
  • Masukkan tepung gandum.  Gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan kucai dan separuh daripada taugeh.  Gaul rata.
  • Goreng terendam sampai kekuningan.
1 comments

Kek Sarawak Batik

Resipi ni sebenarnya ada di mana-mana.  Macam-macam style orang buat.  But nak cari resipi yang jadi sedap rasanya, cantik teksturnya yang susah.  Dapat resipi ni daripada Mak Su, adik mak.  Yang selalu buat kek ni di rumah Mak Su adalah Amjad, anak lelaki sulong Mak Su yang sekarang belajar kat UMT.  Kuah kacang dia pun sedap....belum dapat resipi lagi.

KEK SARAWAK BATIK

1 kilo biskut Marie
3 biji telur
1 bar butter
2 cawan milo
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (kalau nak manis, boleh guna 1 tin)

  • Satukan butter, telur (pukul dulu), milo, susu pekat dan susu cair.  Masak atas api sehingga pekat.
  • Lepas tu, masukkan biskut Marie dalam adunan.
  • Gaul rata dan masukkan dalam acuan/bekas yang sesuai.  Tekan betul-betul sehingga padat.
  • Sejukkan dalam fridge at least 4 jam.
  • Kalau nak lagi sedap, lepas tu, parutkan coklat kat atasnya.
  • Ringkas dan mudah kan....
0 comments

Dal Telur

Ni masakan orang Penang.  Masa sebelum kahwin, mak pernah masak tapi no takers.  Me and my siblings tak berapa suka.  Tapi lepas kahwin sebab hubby likes this dish, kena la belajar masak jugak.  But then it is ok since budak-budak pun suka.  Nak lagi sedap, lengkapkan dish ni dengan ayam goreng rempah, sambal belacan dan ulam-ulam yang digemari....

PARPU TELUR

6 biji telur
1 genggam kacang dal - rendam dulu dalam 2-3 jam
2 sudu besar rempah kari daging
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit halia
2-3 tangkai daun kari
2-3 biji cili kering
100gram santan
2-3 biji cili padi
sedikit udang kering/udang segar

  • Tumbuk halus/Blend 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih.  Gaulkan dengan rempah kari daging.  Campur dengan udang dan cili api. 
  • Masak bahan-bahan sehingga rempah betul-betul masak.
  • Masukkan kacang dal dan masak sampai empuk.
  • Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
  • Then, masukkan telur satu persatu.  Biarkan sampai telur masak.
  • Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak.  Tumis darat - 3 ulas bawang merah, halia, 2 ulas bawang putih, daun kari -err..bawang2 tu dimayang. Bairkan bawang betul-betul garing.
  • Lepas tu masukkan tumisan darat ke dalam periuk telur tadi  Masukkan jugak cili kering yang dipotong 2 atau 3.  Kacau sebati dan perisakan dengan garam secukup rasa.  Renih seketika.
  • Hidangkan panas-panas.
0 comments

Masak Lemak Ketam Nenas

Ini favorite anak-anak.  Mungkin sebab main itemnya, "ketam".  Belajar dengan Kak Lily, my hubby's cousin. 

Bahan-bahannya:

2 kilo ketam
1 biji nenas
2 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4-5 sudu besar rempah masak lemak (atau guna aja rempah kari ADABI utk ketam)
180gram santan
Bahan tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dan daun kari.
  • Panaskan minyak.  Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.  Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih dan separuh daripada nenas.  Tumiskan.
  • Kemudian, masukkan rempah dan biar sehingga rempah garing.
  • Then masukkan santan. Kalau suka kuah, tambah sedikit air. 
  • Bila dan mendidih, masukkan ketam dan biarkan sehingga ketam masak.
  • Lepas tu masukkan nenas yang selebihnya.
  • Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam.
0 comments

Fruit Salad

Dah lama sangat tak update blog ni.  Nak kata tak ada masa pun tak jugak, tapi lebih kepada persoalan penyusunan keutamaan mungkin.  Apapun, azam untuk cuba update blog ni sekurang-kurangnya seminggu sekali, insya Allah. 

Starting with Fruit Salad, belajar dari Kak Roslina.  Dia dan suami sebulan sekali hoskan majlis usrah.  Kak Roslina memang pandai masak.  Macam-macam yang dihidangkan untuk tetamu dan ada aja kelainan pada hidangan setiap usrah.  This month's usrah, dia hidangkan fruit salad.  Sangat mudah. Yang penting when it is salad, buah-buahnya kena fresh.

FRUIT SALAD

Buah-buahan kegemaran keluarga anda, misalnya:
seedless red grape
seedless green grape
green pears - potong kiub
Fuji apples - potong kiub
strawberry - potong 4

Yang wajib ada:
Gajus - dibakar
Badam
Kismis

Sos:
Gaulkan mayonis dan susu pekat dalam nisbah 2 mayonis: 1 susu pekat.

Gaulkan sebati.  Hidangkan.
Wednesday, March 24, 2010 2 comments

Mushroom Soup



300gm cendawan butang - campur white and brown - dihiris
12 ulas bawang putih - didadu
1 labu bawang besar - didadu
2 sudu besar mentega
250ml krim
Garam, gula dan lada secukup rasa.

Panaskan mentega.  Masukkan bawang putih dan bawang merah sehingga biarkan sehingga kuning.
Masukkan cendawan dan masak sehingga layu.
Sejukkan seketika.  Kisar halus cendawan tadi.
Masak bahan kisar.  Masukkan krim.
Perisakan dengan garam, gula dan lada.
Renihkan sehingga pekat.

Kalau nak lagi sedap, lebihkan cendawan sebanyak 100gram.  Hiris dan goreng tetapi ketepikan sedikit untuk dimasukkan ke dalam sup tanpa dikisar.

Nota:
Tried this since the kids and hubby love Mushroom Soup so much...the one at Dome and Marche.  Got this recipe from the net, modified it a bit and it turned out delicious....according to my food taster.
Monday, March 22, 2010 0 comments

Apple Crumble


3 biji epal merah
175g butter
8 sudu besar tepung gandum
100gram badam cincang
4 sudu besar gula perang
sedikit serbuk kulit kayu manis

Epal dikupas kulit dan dipotong dadu.
Susun di dalam pie dish.
Potong butter (150gram), susun di atas epal tadi.
Taburkan gula dan serbuk kulit kayu manis.
Gaulkan butter (25g) dengan tepung sehingga sebati.
Taburkan di atas epal.
Taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis.
Bakar selama 30 minit, pada suhu 150 darjah Celcius.
Sajikan sewaktu panas dengan ais krim vanilla.

Nota:
Another recipe from Auntie Zainun.  The best part of this recipe is...it is easy but yummy.  Can prepare this even after office.
Sunday, January 24, 2010 1 comments

Ayam Panggang Maghribi


1 ekor ayam


Semua bahan dikisar halus:
3 tangkai cili merah
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar paprika
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh jintan putih serbuk
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
30gm hirisan daun ketumbar
60 ml minyak zaitun
air perahan 1 biji oren sunkist
1 sudu besar rempah kari daging

Lumur ayam dengan garam dan bahan yang dikisar.  Perap ayam selama 4 jam dalam peti sejuk.

Keluarkan ayam, lumur ayam dengan 3 sudu besar jam marmalade dan 3 sudu besar madu.

Bakar pada suhu 180 djh celcius selama 45 minit.

Ayam boleh disajikan dengan kentang bakar dan salad.

Nota:
Asalnya resepi ni juga daripada buku Chef Wan, Sedapnya.... Tapi versi yang ni was already modified by my hubby by adding the marmalade and honey before roasting...gara-gara tengok Nigella did the same thing before roasting her chicken.  My hubby's favorite dish...
0 comments

Ketam Bercili

Minyak untuk menggoreng ketam
1.5 kilogram ketam, dibersihkan dan dipotong dua

2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air
1 biji telur


Dikisar halus:
1 1/2 sudu besar cili serbuk
6 tangkai cili merah
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1cm halia

Sos (dibancuh):
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
250ml/ 1 cawan sos tomato
garam

- Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga kunig keemasan.  Tuskan dan ketepikan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.  Masukkan bahan sos dan kacau rata sehingga mendidih.  Renihkan selama 10 minit.
- Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit.  Kacau rata.  Campurkan telur yang telah dipukul.
- Masukkan ketam goreng dan kacau perlahan sehingga masak.

Nota:

Gara-gara tengok Phua Chu Kang makan Chili Crab yang dimasak oleh mak mertuanya, Harriz dan Ezham pun mintak mummy masak Chili Crab.  Teringat pulak resipi Chef Wan ni (drpd buku Sedapnya...).  Resipi ni pernah dimasak oleh Pani (kalau tak salah dalam tahun 2001 dulu) di Oasis, gara-gara dicabar oleh Ana dan allahyarham Munirah.  Sedap la jadinya masakan si Pani tu.  So I followed the recipe and cooked for the boys.  Rasanya sos ni boleh jugak digunakan utk udang kot...
Wednesday, January 20, 2010 0 comments

Daging Masak Hitam Simple

1 kilo daging
5 sudu besar cili giling
Kismis/buah prune

Semua bahan-bahan ni direbus bersama sehingga daging masak. 

2 labu bawang besar
4 tangkai daun kari

Panaskan minyak dalam kuali.  Tumiskan bawang dan daun kari.  Goreng bawang sehingga kekuningan (macam nak buat bawang goreng).  Then tuangkan ke atas daging tadi.  Perisakan dengan garam dan gula.

Note:
Another resipi from Auntie Fishah, kawan mak kat Alor Setar.  Yang best resipi dari Auntie Fishah ni, resipi dia semuanya simple tapi sedap.  Semuanya yang boleh masak after office.
0 comments

Missisippi Mud Cake


Masak atas api 1 1/4 cawan kopi dengan 1/4 cawan susu segar.
Masukkan 1 ketul butter (250gram). Resepi asalnya 240gram tapi sebab nak senang, masukkan terus 1 ketul.
Masukkan juga 1 bar cooking chocolate (resepinya 155gram) but I used 200gm.
Setelah semuanya sebati, masukkan 2 cawan tepung dan 1 sudu teh bikarbonat soda serta 1/8 sudu teh garam.
Masukkan sedikit demi sedikit (ikut resepi - in 4 batches).
Lepas tu masukkan telur yang telah dipukul (2 biji plus sedikit esen vanilla).

Masukkan ke dalam loyang.  Gris loyang dengan butter dan juga serbuk koko.  Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama (ikut resipi - 90 minit but then after 45 minutes, dah masak, so I baked only for 45 minutes).

Note:
Resipi ni daripada buku Sweet Treats Chef Wan.  This cake turned out to be ala-ala brownie....chocolaty, chewy and gooey...ooolalala...
 
;