Untuk Lapisan Bawah:
1 cawan (200ml) tepung beras
2 1/4 cawan air sejuk
1/2 keping gula melaka (rebus dengan air)
sedikit air kapur (1/2 sudu teh)
Semua bahan disatukan, panaskan dalam loyang, kacau perlahan sehingga agak-agak beku.
Kukus seketika.
Untuk lapisan atas:
1 1/2 cawan santan (lebih kurang 180gram)
2 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung ubi
1/4 sudu teh garam
Satukan bahan di atas. Tuangkan di atas lapisan bawah yang telah masak.
Kacau perlahan-lahan hingga pekat. Kukus sehingga masak.
Nota:
Ini resepi tok. Resipi orang tua-tua asalnya main agak-agak aja. Nasib baik mak dah sukat-sukat lepas belajar dengan tok. Mak kata orang yang boleh buat tepung talam rasa paling dekat dengan tepung talam tok adalah Mak Chak, adik ipar mak. Mak Chak pulak pesan, nak buat tepung talam supaya cantik, gula merah kena elok. Tepung talam dalam foto tu pun dimasak menggunakan gula merah cap bintang yang Mak Chak supply daripada Parit Buntar. Tapi ya la...baru cantik lapisan bawahnya. Dulu pernah dah sekali try buat tepung talam, guna gula merah yang main beli aja....memang pucat la kaki dia...
Kita lebih pentingkan diri seorang budak merokok
9 years ago
1 comments:
roza post la gambor bungkusan gula merah tu...nampak sedapnyer....
Post a Comment