Wednesday, December 23, 2009 0 comments

Mihun Lada Hitam

1 paket bihun - rendam

Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi:
1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus bersama 7 ulas bawang putih

Masukkan:
3 biji tomato didadu
1 batang carrot dipotong halus
1 biji cili hijau,didadu
1 biji cili merah, didadu
1 biji bawang besar, didadu

Gaul rata dan masukkan:
300 gram udang
200gram isi ayam - dipotong kecil
3 keping kek ikan - dihiris nipis
2 cawan air/stok
Garam dan gula secukup rasa

Pecahkan 2-3 biji telur. Gaul rata.

Masukkan bihun yang telah direndam tadi.
Masukkan kobis dan 1 sudu besar sos sotong/kicap cair.

Gaul sebati sehingga bihun lembut.

Masukkan 1/2 kati tauge. Gaul rata.

Hidangkan dengan cili jeruk.

Note:
Resepi daripada Majalah Saji.
0 comments

Spaghetti Goreng Basah

250gm spaghetti - rebus dan sejat
50 sen taugeh - dicelur
1 biji timun - diracik halus memanjang

Tumis:
5 ulas bawang putih cincang
2 labu bawang besar - didadu
1 biji cili merah
1 biji cili hijau - dihiris halus
1 biji tomato masak - didadu

Kacau sehingga layu.

Masukkan 3 sudu besar cili kering mesin.
Biar garing dan pecah minyak.

Masukkan 1 cawan isi ayam cincang dan 10 biji chicken ball.
Gaul rata dan biarkan sehingga ayam empuk.

Masukkan:
2 batang carrot - dihiris halus memanjang
15 ekor udang sederhana
5 ekor sotong - dipotong bulat

Gaul dan tambahkan:
2 sudu besar kacang tanah tumbuk
2 sudu besar sos cili

Masukkan spaghetti. Gaul sebati.
Sebelum diangkat, taburkan hirisan cili merah dan cili hijau.

Hidangkan dengan tauge dan timun.
0 comments

Nasi Goreng Nyonya

1 mangkuk nasi, digaul dengan:
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil kicap cair

Panaskan minyak.
Goreng 1 sudu kecil udang kering sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Masukkan 4 biji telur dan goreng sehingga masak.

Masukkan:
200gm udang - buang kulit
200gm isi ayam (dadu)
100gm carrot - didadu
1 sudu besar bawang merah cincang

Gaul rata dan masukkan nasi yang diperap rempah.
Masak sambil kacau sebati selama 15 minit.

Hidangkan panas-panas dengan cili potong dan salad.

Note:
Resepi asal daripada buku The Malaysian Cookbook. Usually, yang kita orang buat tak masuk udang kering. Sesuai untuk dihidangkan dalam sessi BBQ.
0 comments

Laksa Goreng

1 paket laksa - rendam sehingga kembang

Tumis sehingga layu:
5 ulas bawang putih, cincang halus
7 ulas bawang merah, cincang halus

Masukkan:
2/3 biji bawang besar
2/3 biji tomato masak
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
7 biji cili padi - diracik

Masukkan:
3 sudu besar cili kisar

Kacau rata dan masukkan 250gram isi daging yang dipotong kecil serta stok daging secukupnya

Biarkan sehingga daging masak.

Tambahkan:
1 paket fishball
1 paket fishcake
200gram udang
5 ekor sotong basah
2 batang karot - dihiris halus memanjang
sedikit kobis

Kacau dan tolak ke tepi.

Masukkan 3 biji telur yang telah dipukul. Biarkan masak.
Gaulkan sebati dengan bahan-bahan lain.

Tambahkan:
3 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap pekat
5-7 sudu besar perencah pasta Pak Teh (refer resipi)
2 sudu besar kuah rojak/kuah sate

Kacau rata.
Masukkan laksa. Gaul sehingga masak.
Akhirnya, masukkan taugeh dan angkat.
1 comments

Salad Ayam Buah-buahan




Dressings:

5 sudu besar mayonis
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar minyak zaitun
Garam, gula, lada secukup rasa

4-5 keping dada ayam - digoreng dan didadu kecil

Sayur pilihan: (semua didadu)
Epal hijau, epal merah
Jambu
Timun
Capsicum
Daun salad lettuce head
Bawang kuning
Cili hijau, cili merah
Tambah cili padi kalau nak pedas
Celery
Limau sunkist - didadu isinya

Gaulkan semuanya. Sejukkan sebelum dihidang.

Note:
Mak dapat resepi ni daripada Licence to Grill (AFC).
0 comments

Seafood HorFun

250gm horfun
20gm udang - buang kulit
20gm sotong - dipotong bulat
400ml stok ayam
1 biji telur - dipukul
1/2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes bawang merah
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
secukupnya sayur sawi
secukupnya fishcake/fishball
secukupnya crabstick
secukupnya larutan tepung jagung
secukupnya garam

  • Panaskan minyak. Masukkan horfun bersama kicap cair, sos tiram dan gaul rata. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah.
  • Masukkan sos tiram, sotong dan udang.
  • Masukkan stok ayam sehingga mendidih.
  • Masukkan sayur dan fishcake/fishball/crabstick. Kacau.
  • Masukkan telur sambil kacau.
  • Masukkan tepung jagung. Kacau rata.
  • Tuangkan atas horfun tadi.
0 comments

Puding Jagung


1 tin jagung
2 senduk tepung jagung
1 sudu besar mentega
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 1/2 tin susu air

  • Masukkan semua bahan ke dalam kuali. Kacau sehingga pekat.
  • Masukkkan ke dalam acuan kecil-kecil.
  • Boleh dihidangkan bersama buah-buahan atau sos kastad atau ais krim.
0 comments

Kuih Sejuk

6 sudu besar tepung jagung
1 tin jagung manis
5 camca besar gula
1/2 tin susu cair
1 biji telur
1 tin susu air

Kisar semua bahan biar sebati.
Kacau atas api sehingga pekat. Tuang ke dalam acuan kecil-kecil. Sejukkan.

Kuahnya:
3 camca besar tepung kastad
1/2 tin susu cair
1 biji telur
12-14 sudu besar gula
5-6 tin susu air

Kisar semua bahan hingga sebati. Kacau atas api sederhana hingga mendidih. Sejukkan dan masukkan ke dalam fridge.

Sedap dimakan bersama fruit cocktail/salad buah.

Note:
Ini resepi dari allahyarharmah Mak Kak Aishah. She was a good caterer...tapi biasa la resepi asal yang dia bagi semuanya dalam 50sen tepung kastad, 20 sen ....Jadi mak dah cuba dan cuba, adjust sukatan. Sedap dimakan untuk berbuka puasa.
0 comments

Ayam Cabai Hidup

1 ekor ayam

Dikisar halus:
5 batang serai
2 inci halia
3 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
10 biji cili hidup
1 inci kunyit hidup
2 labu bawang besar
3 biji tomato masak

3-4 cawan santan
2 camca cili sos
2 camca tomato sos
garam dan gula secukup rasa

  • Tumis bahan kisar sehingga garing.
  • Masukkan ayam sehingga empuk.
  • Masukkan santan, sos cili dan sos tomato. Tambahkan garam dan gula.
  • Masak sehingga kuah pekat.
  • Nak lagi sedap, masukkan cili hijau ke dalam kuah.
Note:
Ini sebenarnya kuah Daging Gulung...tapi nak buat daging gulung kerja renyah la..kena buat telur dadar nipis, ketuk daging, gulung daging dalam telur. Mak selalu gak buat dulu...Disebabkan kuahnya sedap, mak cuba masak jugak dengan ayam. Sedap jugak...dan tak serenyah masak daging gulung.
0 comments

Sambal Siam

Buat sambal belacan dengan:
9 biji cili hidup
40 biji cili padi
2 inci belacan
sedikit garam

200 gram ikan bilis halus - rendam dan toskan

Kisar halus:
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 labu bawang besar
5 biji tomato masak

7 biji limau kasturi - ambil airnya
Gula secukup rasa

  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga layu.
  • Masukkan sambal belacan. Masukkan bawang dan tomato kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
  • Tabur gula. Biarkan sebentar. Kacau.
  • Rasa garamnya. Tutup api. Tuangkan air limau dan kacau sebati.
Note:
Sambal Siam ni sedap dimakan dengan nasi atau bihun goreng. Mak juga gunakan untuk buat Nasi Goreng Seafood Sambal Siam - gunakan Sambal Siam ini dan serai.
0 comments

Ayam Cili Kering Ala India

1 kg isi ayam atau kepak ayam.
Perap dengan:
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh garamkunyit

Tumis:
1 camca teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - diracik
5 ulas bawang merah - dimayang halus
1 camca teh jintan manis biji
2 inci kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 bunga cengkih

Kacau sehingga wangi dan masukkan:
100gm gajus
15 biji cili kering - gunting 1cm panjang
ayam yang diperap tadi.

Kacau sehingga ayam empuk.

Masukkan:
2 camca besar kicap pekat
Kicap cair
Gula secukup rasa
10 tangkai daun kari
3-4 labu bawang besar - disubang.

Kacau sebentar sehingga layu. Serve hot.

Note:
Kami panggil masakan ni Ayam Masak India sebab mak dapat resepi ni daripada satu rancangan masak tamil (yg ada subtitle la). Tapi resepi ni simple dan sedap.
0 comments

Kuah Kacang Ngah Wan

1/2 kilo kacang - mesin
Dikisar halus:
secukupnya cili kering
bawang besar/merah
8 batang serai
1 inci halia
air asam jawa
garam dan gula

Tumis 2 batang serai (dititk).
Masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan kacang dan air secukupnya. Didihkan.

500gram daging - potong kecil-kecil dan perap dengan gula melaka.
Goreng sehingga empuk dan pecah minyak.
Tuangkan ke dalam kuah dan kacau sebati.
Perisakan dengan garam, gula dan lada.
0 comments

Biskut Coklat Chip

250gram butter
3 biji telur
2 1/4 cawan gula
1 1/2 sudu besar vanilla
3 cawan tepung serbaguna
3/4 sudu kecil baking soda
3/4 sudu kecil garam
1 cawan koko
1 1/2 cawan walnut cincang
3 cawan coklat chip

  • Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan vanila.
  • Masukkan tepung, baking soda, garam, koko, walnut dan coklat chips. Gaul rata.
  • Sudukan atas dulang pembakar - bakar pada 180 darjah celcius selama 25 minit.
Note:
Resepi from allrecipes.com. Tried...kids and hubby love the cookies.
1 comments

Nasi Beriani Kambing


1.5 kilo daging kambing
6 sudu besar minyak sapi
10 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - didadu
3 biji tomato - didadu
2 biji cili hijau - dihiris halus
3 helai daun pandan
2 bungkus rempah beriani
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang, buah pelaga
2 ketul kecil gula batu
2 sudu besar jus oren
1 tin susu cair
sedikit kacang gajus dan kismis

  • Panaskan minyak sapi. Tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan tomato dan cili yang dihiris nipis sehingga tomato hancur.
  • Masukkan rempah beriani dan masak sehingga garing.
  • Masukkan daging kambing dan air. Masak sehingga kambing empuk.
  • Masukkan susu cair, jus oren, garam, gula secukupnya.
5 cawan beras basmathi - basuh dan toskan.

Tuangkan kambing dengan kuahnya ke atas beras. Kacau rata.
Masukkan daun pandan.
Pastikan air cukup untuk memasak nasi.
Setelah nasi hampir masak, masukkan gajus dan kismis.
Masak sehingga nasi masak.

Taburkan dengan bawang goreng semasa menghidang.

Hidangkan dengan Dalca dan Salad Mayonis Tomato-Timun.
0 comments

Mee Kari Mak Ani





1 kilo mee/speghetti/keutiau
1 ekor sotong kembang
5 biji telur (direbus)
1/2 kilo udang
2 paket fishball/fishcakes
5 keping tahu
Taugeh 1/2 kilo
asam limau
bawang goreng

semua bahan di atas dicelur@digoreng dan dipotong kecil.
Hidang bersama kuah.

A. Kuah Lemak
1 ekor ayam - potong kecil, gaul dengan sedikit gula dan lada serbuk
4 sudu besar rempah kari daging
4cm lengkuas
7 batang serai
150gm bawang merah
3 sudu besar udang kering
2 cawan pati santan
1 bawang besar - didadu

  • Lengkuas, serai, bwg merah dan udang kering dikisar halus, digaul dengan rempah kari.
  • Tumis bwg besar sehingga layu.
  • Masukkan campuran rempah sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan ayam dan kacau rata.
  • Bila ayam empuk, masukkan santan. Biar sehingga mendidih.
  • Perisakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuahnya pekat.
B. Kuah Cair
2 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu besar cili mesin
150gm bawang merah-dikisar halus
5 batang serai - dititik
secukupnya santan cair
1 biji bawang besar

  • Bawang besar ditumis sehingga layu.
  • Masukkan cili mesin, bawang merah kisar, ketumbar sehingga garing.
  • Masukkan serai dan santan cair.
  • Perisakan dengan garam dan gula.
  • Biarkan sehingga mendidih.
Sambal Cili Tumis

Kisar dan tumis sehingga garing:
3 sudu besar cili giling kisar
2 sudu besar cili serbuk
5 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering

Tambahkan air asam jawa, garam dan gula.

Masak sehingga pekat.

Note:
Resipi ni mak dapat daripada Mrs Chan, rakan sekerjanya. My favorite dish.
0 comments

Mee Rebus Mak





Kuahnya:
1 kilo daging - potong kecil-kecil dan perap dengan:
20 biji cili kering
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
10 biji kurma
sedikit bijan goreng
200gm kacang tanah
(semua bahan di atas dikisar halus dan diperap dengan daging)
gula dan air asam jawa secukupnya

Tumis 2 biji bawang besar didadu
Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.

Masukkan 1/2 kati udang (tumbuk pecah-pecah)
1 kati ubi keledek - direbus dan dilecek.
Jika perlu tambahkan air.

Bila telah masak, masukkan serbuk roti/ tepung jagung untuk pekatkan kuah serta 3 sudu besar tomato sos.
Kacau sebentar sebelum diangkat.

Hidangkan dengan:
2 kilo spaghetti/mee
1 kati tauge, dicelur
5 keping taukua goreng
5 biji telur, direbus
Tomato
Daun bawang
Daun sup

Note:
Try this. Mak dah gunakan resepi ni sejak tahun 70an. Hidangan favorite not only us, her children tapi jugak my mom's mak dan bapa mertua (my atuk and nenek la...).
0 comments

Mee Bandung Ngah Tam


1 paket mee - basuh dan toskan

Tumis 3 ulas bawang putih cincang
Masukkan 3 sudu besar cili kering mesin sehingga garing.
Masukkan 2 biji telur yang dipukul sehingga hancur.
Masukkan 4-5 cawan stok daging. (Daging yang direbus dihiris nipis).
Masukkan 3 sudu besar cili sos, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan 250gm daging yang dihiris tadi, 3 ekor sotong, 2 tangkai batang sawi, 15 ekor udang, 10 fishball dan 2 keping fishcake. Biarkan sehingga mendidih.
Bila mendidih, masukkan 3 keping tahu (dipotong kecil), 2-3 biji tomato dipotong, kobis, daun sawi dan 1 batang carrot (dipotong bulat).

Angkat dan hidang dengan mee tadi.

Note:
Resepi ini daripada Ngah Tam, sepupu mak dari kampung Alor Siam. Mee Bandung masakan Ngah Tam sedap. Ngah Tam biasanya sajikan Mee ni tiap kali hari raya. Pernah try...tapi tak jadi sesedap masakan Ngah Tam...well masak ni air tangan counts. Memang kena balik Alor Siam baru boleh dapat Mee Bandung kegemaran sekampung ni!!
0 comments

Spaghetti Teluk Molek





500gm spaghetti - dicelur.

Panaskan 3 sudu besar minyak zaitun dan tumis:
4 ulas bawang putih (dicincang)
10 biji cili padi (dicincang)
1 biji bawang besar (didadu)
2-3 helai daun bay
3 biji cili merah (didadu)
3 biji cili hijau (didadu)
2-3 biji tomato masak (didadu)

Setelah layu, masukkan:
7 ketul chicken wings yang telah diperap dengan:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos abalone

Bila ayam masak, masukkan:
1 sudu kecil mixed herbs
1 sudu kecil mixed spice
1/2 sudu kecil parsley flakes
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar chicken granules
2 cawan air rebusan tulang
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
garam dan gula secukup rasa

Kacau rata sehingga mendidih.

Setelah mendidih, masukkan:
20 biji chicken ball (belah 2)
3 keping fishcake (potong kecil)
secukupnya: cendawan tiram, carrot, capsicum, cauliflower

Bila sayur layu, masukkan:
200gm udang
3 ekor sotong
Kacau sebati.

Akhir sekali, masukkan sedikit larutan tepung jagung untuk pekatkan kuah (dalam 2 sudu besar). Kacau sebentar.
Hidangkan bersama spaghetti.

Note:
Asalnya, mak tengok rancangan masak Chef Wan (tahun 1997). Then, mak terus try and we loved it! So, mak modified sikit-sikit this recipe and ever since, hidangan ni dah jadi kegemaran sekeluarga. Hehehe...Pani hampir setiap kali balik, mintak mak masakkan this spaghetti. My sister in law pun dah pandai masak spaghetti versi mak ni.
0 comments

Kuah Pedas Rojak

Dikisar halus:
20 biji cili kering
6 biji cili merah
15 ulas bawang merah

8 cawan air asam jawa
3 cawan kacang tanah tumbuk
3 cawan ubi keledek (rebus dan lecel)
1 cawan gula
3/4 cawan minyak
garam secukup rasa.

Panaskan minyak dan tumis bahan giling.
Masukkan 1 cawan air asam jawa sehingga mendidih.
Masukkan kacang sedikit demi sedikit.
Selang seli dengan air asam jawa sehingga kuah pekat.
Masukkan ubi keledek. Kacau sehingga sebati.
Masukkan garam dan gula. Renehkan hingga pecah minyak.

Sajikan dengan timun, telur, tahu, ubi sengkuang, ubi kentang, tauge dll...
0 comments

Sambal Ikan Bakar Mak

7 labu bawang besar
11 batang serai
2 inci halia
5 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 biji cili merah
15 biji cili padi
1 labu bawang putih
25 ulas bawang merah
1 inci belacan (bakar)
10 biji buah keras
7 helai daun limau purut
3-5 helai daun kunyit

Semua bahan di atas dikisar halus, ditumis sehingga garing.
Bila garing, masukkan 4 sudu besar cili kering mesin dan 4 sudu besar cili serbuk
Lepas tu masukkan garam, gula, air asam jawa dan 4 keping asam gelugor.
Kacau dan renihkan sehingga pecah minyak.
0 comments

Sambal Tumis Udang Tok Wan

1 kati udang hidup

Dikisar halus:
10 biji cili kering
7 biji cili merah
2-3 inci halia
10-15 bawang merah
4 biji bawang besar
1 inci belacan

2-3 sudu besar serbuk cili
2-3 batang serai (dititik)

  • Tumis bahan yang dimesin. Masukkan serai.
  • Bila garing dan pecah minyak - masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa.
  • Kacau rata dan masukkan udang.
  • Biar atas api sederhana sehingga masak.
Note:
Ini resepi Tok Wan. Yang paling best, mak selalu masak pes sambal udang ini banyak-banyak. Kemudian, pack dalam bekas kecil untuk lebih kurang 1 kati udang dan sejukbekukan untuk kami. So, senang la kita orang nak masak.....leburkan kuah dan masukkan udang jer...thanks mak. Buatla selalu............
0 comments

Kuah Goreng Pasta Pak Teh

Bahan A:

20 biji cili kering
15 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 bawang besar
1 inci belacan
6 sudu besar gula merah
2 genggam udang kepal
air asam jawa - secukup rasa

garam dan gula secukup rasa

Kacang tanah - goreng dan tumbuk
sedikit bijan goreng

Kisar bahan A sehingga halus.

Jerang ke atas api sehingga mendidih. Masukkan gula dan garam.

Masukkan kacang dan bijan. Kacau rata.

Sejukkan dan simpan.
Gunakan untuk menggoreng bihun, kuetiau atau pasta. (1 bungkus bihun - 5 sudu besar).


Note:
Kuah ni biasanya digunakan oleh Pak Teh untuk menggoreng keutiau. Kuetiau goreng Pak Teh digemari semua - selalu waktu kenduri atau family gathering, Pak Teh akan diarahkan untuk menyediakan sajian ini. Kadang-kadang Mak suruh Pak Teh buatkan kuah untuk dia. Selalu jugak Mak buatkan kuah ini banyak-banyak, bekukan dan bagi kita orang bawak balik KL. Jadi, balik kerja senangla nak goreng bihun atau pasta....
0 comments

Sambal Cili Padi Goreng

40 biji cili padi
1 sudu kecil penuh belacan
2 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula merah
2 biji limau kasturi - ambil jusnya

  • Goreng cili padi, bawang putih dan belacan.
  • Kisar halus dengan garam, gula dan jus limau kasturi.
  • Angkat dan gaul sebati.
0 comments

Kerabu Tomato

3 biji tomato (dadu)
2 cili merah (tumbuk)
2 biji telur - didadar dan hiris halus
sedikit belacan bakar (hancurkan)
gula dan garam secukup rasa.
40gram ikan bilis (goreng dan tumbuk)
4 ulas bawang merah (mayang)

Gaul bahan-bahan sehingga sebati.
0 comments

Kerabu Tomato Muda

6 biji tomato muda - dihiris nipis
2 biji bawang besar - dimayang halus
2 biji cili merah - dihiris halus
1 biji cili hijau - dihiris halus
3 ekor ikan kembong - digoreng dan diambil isinya. Kemudian isinya ditumbuk kasar-kasar.

3 biji limau kasturi - diambil jusnya.
Garam dan gula secukup rasa.
100 gram santan.
7 biji cili api - dihiris halus.

Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.

Note:
Ini resepi mak. Kalau dapat tomato muda, mesti buat kerabu ni.
0 comments

Acar Mempelam

20 biji mempelam telur, dibelah 2, rendam dengan air garam dan kapur sebentar, sejat dan gaul dengan gula.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dimayang.
Tambahkan 2 sudu besar jintan manis, 2 sudu besar jintan putih dan 3 sudu besar cili mesin.
Setelah garing, tambahkan sedikit air, lebih kurang 1/2 cawan.
Tambahkan bawang merah (belah 4), bawang putih (belah 2), kurma dan mempelam.
Apabila mempelam telah empuk, masukkan lobak masin dan kismis (goreng dulu).
Tabur bijan sebelum diangkat.

Note:
Acar mempelam ini adalah signature dish Mak Chak, adik ipar mak. Sedap...
0 comments

Kerabu Mangga

Dikisar halus:
5 biji cili hidup
15 biji cili padi
2 inci belacan bakar
7 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia

Bahan-bahan kisar digaul sehingga sebati dengan:
4 biji bawang besar - mayang halus
6 biji mangga - diparut halus
1 kilo perut - rebus dan hiris nipis
180gm santan
250gm kerisik
1/2 kilo tauge dicelur
garam dan gula secukup rasa
5 biji limau kasturi - jus

Sejukkan sebelum dihidang.
Perut boleh diganti dengan udang/kerang/sotong.
Untuk lebih sedap, tabur dengan kacang tanah tumbuk.
0 comments

Kerabu Kaki Ayam

1.5 kati kaki ayam (dicelur dan dirincik)
1 biji timun (potong bulat memanjang - macam laksa Johor)
2-3 biji tomato - dihiris nipis

Bahan C:
5 helai daun salad kobis (lettuce) - rincik halus
1 ranting daun pudina
5 helai daun limau purut
3 sudu besar jus limau
5-6 biji limau kasturi - dihiris nipis

Bahan B:
2 biji cili merah/hijau
5-7 biji cili padi - dirincik
1 labu bawang besar - dimayang

Bahan A:
garam, gula dan serbuk lada
1 sudu besar sos ikan

Dalam satu bekas besar, masukkan air asam, kulit limau serta bahan A.
Masukkan bahan B dan tomato serta kaki ayam.
Masukkan timun dan Bahan C apabila hendak makan. Boleh juga tambahkan bunga kantan dan serai. Gaul rata.

Note:
Ini merupakan satu lagi hidangan kegemaran famili, especially Pani. Cuma kerjanya renyah sikit sebab kena perisi kaki ayam. Selalunya, bile berkumpul ramai-ramai, kerja perisi kaki ayam akan diserahkan kepada Pani. Satu-satunya kerja dapur yang sanggup Pani buat.........
Tuesday, December 22, 2009 1 comments

Nasi Ayam

1 ekor ayam - direbus dengan halia, bawang besar dan bawang putih.

Untuk Nasi:
5 cawan nasi
3 sudu besar butter

Dikisar halus:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Panaskan butter. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan garing.
Masukkan air rebusan ayam (5 cawan).
Masukkan satu kiub pati ayam.
Perisakan dengan garam dan lada.
Masukkan beras. Kacau rata.
Tutup periuk sehingga nasi masak.

Ayam:
Ayam yang direbus dipotong 12 dan diperap dengan:
7 ulas bawang merah, dikisar
4 ulas bawang putih, dikisar
2 cm halia, dikisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
5 sudu besar kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa

Goreng ayam sehingga garing.

Rempah perapan ayam campurkan dengan sedikit air rebusan ayam, renehkan atas api sederhana untuk membuat kicap nasi ayam.

Sos Cili

5 biji cili mera, dikisar halus
10 ulas bawang putih, dikisar halus
4 biji limau kasturi, diambil jusnya
gula dan garam sedikit rasa

satukan semua bahan. Masak sehingga mendidih.

Note:
Resepi Nasi Ayam ni daripada Hanira, kawan kat office. Thanks Nira for the recipe.
0 comments

Nasi Ayam Hainan

Ayam

1 ekor ayam
4cm halia - disumbat ke dalam ayam
1 tangkai daun bawang - disumbat ke dalam ayam
1 sudu kecil minyak bijan dan garam dilumur pada ayam

  • Jerang air sehingga mendidih. Masukkan ayam, biarkan mendidih selama 10 minit.
  • Padam api, tutup periuk. Biarkan ayam terendam selama 10 minit lagi.
  • Keluarkan ayam. Siram dengan air sejuk dan toskan.
  • Semasa menghidang, potong ayam dan siram dengan 1sudu besar sos tiram dan 2sudu besar madu. Atau lumurkan ayam dengan jus limau nipis, madu dan garam, goreng sehingga garing.
Sos Cili

Kisar halus dengan air rebusan ayam:
7 biji cili merah
20 biji cili padi
2 inci halia muda

2 sudu besar jus limau
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak bijan
garam dan gula secukup rasa

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, jerang di atas api dan biar mendidih selama 2-3 minit.
Angkat dan sejukkan.

Sos Kicap

1/2 cawan kicap cair
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil minyak masak
gula secukup rasa

Campur semua bahan, masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
Angkat dan sejukkan.

Nasi

3 cawan beras
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang merah, dicincang
1 sudu besar bawang putih, dicincang
1 sudu kecil halia, dicincang
750ml air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

  • Panaskan mentega. Tumis bawang-bawang dan halia sehingga wangi.
  • Masukkan beras dan pati ayam. Kacau rata.
  • Tuang ke dalam rice cooker. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Kacau rata.
  • Tutup periuk dan biar nasi masak.
Note:
Mak dapat resepi ni daripada salah satu keratan resepi majalah lama. Kata Ah Heok, kawan mak, ini memang resepi asli nasi ayam hainan. My little brother, Taufik loves this nasi ayam so much. Dia suka ayam yang direbus sahaja, tak perlu goreng.
0 comments

Bubur Ayam

5 cawan (rice cooker) beras - basuh dan toskan
1 kiub pati ayam
1 ekor ayam - digoreng sehingga masak dan disiat-siat

Digoreng dan dikisar halus:
3cm halia
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah

1 tangkai daun bawang dan daun sup
garam dan lada secukup rasa

bawang goreng

  • Rebus beras dengan pati ayam sehingga kembang.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
  • Tuang ke dalam periuk bubur.
  • Masukkan isi ayam. Perisakan dengan garam dan lada hitam.
  • Semasa menghidang, taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Note:
Resepi ni mula-mula dicuba oleh Mia, our maid. Dia dapat resepi ni daripada salah satu majalah, either RASA or SAJI. My kids love this dish.
0 comments

Bubur Nasi (Kanji)

1 cawan beras
200gm daging
3 cawan air

Direbus bersama:
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
2 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih, dimayang
2 ulas bawang merah, dimayang
1 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk kas-kas
1@2 biji cili hijau (dipatah-patahkan)
1@2 batang serai - dititik.

Bila beras telah kembang, masukkan 1 cawan pati santan.

Tumis darat - tumis bawang sehingga kuning. Masukkan udang dan goreng dalam bawang tadi. Tuangkan ke dalam bubur.

Taburkan dengan daun bawang dan daun sup.

Note:
Ini pun kegemaran famili, especially sebagai juadah berbuka puasa.
0 comments

Nasi Bawang

Panaskan butter.

Tumis bawang putih cincang, halia yang diracik serta bawang besar yang didadu. (Sukatan untuk bawang besar - 1 kilo beras = 1 kilo bawang besar).

Bila wangi, masukkan beras dan kacau rata.

Masukkan dalam periuk elektrik, masukkan air secukupnya ( 1 cawan beras - 1 cawan air). Perisakan dengan garam dan gula. Kacau sebati. Biarkan sehingga nasi masak.

Masukkan kismis dan gajus.

Note:
Resepi Nasi Bawang mak dapat daripada Dee dalam salah satu rancangan masak kat TV. Biasa la...mak dah modified ikut selera famili.
0 comments

Udang Masak Lemak Cili Merah ala Tok Wan

1 kilo udang (boleh jugak masak lala atau siput)

300 gram cili merah
5 biji cili hijau
2 labu bawang besar

300gm santan

Hiris nipis cili-cili dan bawang.
Masukkan udang dalam periuk. Masukkan cili dan bawang yang dihiris.
Tuangkan santan.

Masak sehingga mendidih.
Perisakan dengan garam dan gula.

Note:
Ini resepi Tok Wan. Simple dan sedap. Balik kerja pun sempat lagi masak untuk anak-anak.
0 comments

Udang Masak Nasi Kandar

1 kilo udang besar

1 labu bawang besar
5 sudu besar tomato sos
3 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari daging.

1 sudu besar serbuk kunyit
Garam, gula dan lada secukup rasa

Perap udang dengan serbuk kunyit, garam, gula dan lada.
Goreng seketika sehingga kering air udang. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis daun kari dan bawang besar sehingga wangi.
Masukkan rempah kari dan tomato sos. Kacau rata.
Perisakan dengan garam dan gula dan masak sehingga kuah pekat.
Masukkan udang.
Hidang panas bersama nasi.

Note:
Masakan ni mudah dan ringkas, boleh dimasak selepas balik kerja. Boleh juga gunakan sotong instead of udang. My kids like it. Mak dapat resepi ni pun daripada Auntie Fishah. Auntie Fishah ni orangnya ramah. Kat mana dia makan sedap, dia tanya resepi. Dan dia akan pass around the recipes.
1 comments

Ketam Telur Masin

1 kilo ketam
1 cawan tepung ubi
minyak untuk menggoreng
3 biji telur asin (merah)
5 biji cili padi, dicincang
2 tangkai daun kari
3 sudu besar mentega
1/2 sudu besar garam /secukup rasa
1/2 sudu teh lada
gula secukup rasa
3 sudu besar susu cair

Ketam dibelah 4.
Kukus telur masin (bhgn merahnya) selama 3-4 minit.
Lumurkan ketam dengan tepung ubi. Goreng dalam minyak (deep fry) sehingga garing.
Cairkan mentega dalam kuali, masukkan daun kari dan cili api sehingga wangi. Tambahkan telur merah, kacau sehingga telur berpalut dengan mentega.
Tambahkan lada, gula dan garam secukup rasa. Masukkan susu cair dan masukkan ketam.
Hidangkan segera.

Note:
Resepi ini mak dapat daripada akhbar the Star, 4 November 2008. Kami mula makan masakan ni di Restoran Amy Search, Pani belanja. (Thanks Pani, sedap betul...bila nak belanja lagi?). Macam biasa, mak akan cari resepi dan masakkan kat rumah.
Monday, December 21, 2009 0 comments

Dalca Daging

300gm daging atau ayam - dipotong kecil

Tumis sehingga garing:
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 inci halia (dimayang)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Masukkan 1 paket rempah kari daging
Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
Rebus dan lecek 600gm ubi keledek. Masukkan ke dalam dalca.
Masukkan 2 cawan santan pekat dan air secukupnya.

Masukkan sayur-sayuran:
3 biji ubi kentang
3 biji pisang muda
2-3 biji mempelam muda
3 batang carrot
3 biji terung
3 biji tomato muda
5 biji cili merah dan hijau

Tambahkan garam. Kacau rata dan angkat.
Tabur bawang goreng semasa menghidang.

Note:
Dalca ni resepi arwah tok. My late father's favorite Dalca. But then once again, mak yang came out with this recipe sebab tok kalau masak tak pakai resepi. Semua main agak-agak saja tapi menjadi.
0 comments

Daging Masak Landak

1 kg daging

Dikisar halus:
secukupnya cili kering
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

3 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugor
100gm santan pekat

  • Tumis bahan kisar. Masukkan serai. Kacau dan renihkan sehinga pecah minyak. Masukkan asam gelugor.
  • Masukkan daging dan kacau sebati. Renih atas api perlahan sehingga daging masak.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan 100gm santan pekat.
  • Reneh lagi dan kacau selalu sehingga kering dan kuah pekat.
Note:
Resepi ni mak dapat daripada Auntie Fishah. Dia orang suka bertukar-tukar resepi yang dah dicuba (tested recipes).
0 comments

Sambal Goreng Pengantin

300gram paru
300gm hati - diramas dengan tepung, rendam dgn air mendidih sampai sejuk. Bersihkan dan potong kecil-kecil.
300 gram udang - dibuang kulit
150gram cili merah
150gram cili hijau
2 inci lengkuas - dititik
2 inci belacan
300gm bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
Asam jawa - sebesar guli diambil airnya
2 mangkuk santan pekat
sedikit tahu kering - patahkan dan rendam sehingga lembut

  • Goreng bahan 1 -8 satu persatu. Mulakan dengan bawang dahulu dan asingkan bawang daripada bahan lain.
  • Belacan dibancuh bersama sedikit air dan goreng bersama cili.
  • Satukan semua bahan (kecuali bawang) bersama lengkuas, santan dan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak.
  • Tabur bawang goreng.
Note:
Resepi ni biasanya mak masak sama ada untuk wedding ataupun semasa hari raya korban. Banyak sikit kerja sebab kena potong kecil-kecil dan kena goreng satu persatu. Tapi mak kata kalau nak masak sedap - tak boleh malas dan tak boleh kedekut bahan.
1 comments

Rendang Minang Mak


2 kilo daging - potong nipis
Rebus bersama 1 ketul gula melaka

Kisar halus:
60 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
8 batang serai
40 ulas bawang merah
6 biji bawang besar
12 ulas bawang putih
4 inci halia
4 inci lengkuas
4 daun limau purut
2 helai daunkunyit
10 biji buah keras

Rebus dan mesin halus:
20 cili kering
10 biji kurma
segenggam kismis hitam

Bila gula melaka hancur, masukkan semua bahan kisar ke dalam daging.

Masukkan 10 keping asam gelugor dan garam secukup rasa.

Bila mendidih, tambahkan 1 cawan santan dan 2 senduk kerisik.

Kacau sehingga kering. Tambah hirisan daun kunyit dan daun limau purut.

Note:
Kami mula-mula makan Rendang Minang sewaktu my wedding. Salah satu hidangan yang disajikan oleh the caterer. Lepas tu, mak cari few recipes rendang minang. Then, as usual she combined and improvised the recipe. Rendang Minang mak ni dah jadi favorites among us, friends and relatives. Well....takat ni tak pernah lagi try sendiri...kalau nak makan hihihi...mintak mak masakkan aja.
Nak lagi sedap, gunakan perut, paru dan jantung. Boleh makan dengan nasi atau ketupat atau lemang atau roti...tapi ratah pun sodap...
0 comments

Rendang Pedas Daging Tok

1 kilo daging - potong 2 inci lebar dan 1/2 inci tebal

Dikisar halus:
1 genggam cili kering (goreng dengan minyak dulu)
7 ulas bawang besar
2 ini halia
5 ulas bawang putih

1/2 cawan cuka
Gula dan garam secukup rasa

  • Tumis 7 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan bahan kisar. Biar garing dan wangi.
  • Masukkan daging, cuka dan sedikit air.
  • Masak sehingga daging empuk.
  • Tabur gula, tutup periuk sekejap (2-3 minit)
  • Bila gula telah hancur, kacau sebati.
  • Perisakan dengan garam. Renih sehingga kuah pekat.

Note:
Ini sebenarnya masakan arwah tok yang diminati bukan setakat anak cucunya tapi juga anak-anak saudaranya. Cuma, resepi ni walaupun nampak macam senang tapi makan masa sikit nak masak. The dish - kalau nak jadi macam tok buat, hehehe kena renih dengan api sederhana sampai warna cilinya bertukar jadi merah kehitaman. Kalau tak, rasanya pun out....
Hari ni, dalam family, masakan ni dikenali dengan nama Daging Tok Teh sebab Tok Teh (adik arwah tok) yang kalau masak masakan ni, menghasilkan rasa yang paling mirip dengan masakan arwah tok.
0 comments

Ayam Masak Merah Tok Melah

1 ekor ayam - belah 4, lumur garam kunyit dan goreng separuh masak

600gm tomato, dihiris nipis
600gm bawang besar, dihiris nipis

1 biji asam limau
2 tangkai daun pudina
1 bungkus rempah kari daging (lebih kurang 3 sudu besar)
1 tin susu cair
secukupnya garam dan gula
Tomato Puri secukupnya

  • Goreng bawang besar. Angkat separuh untuk hiasan.
  • Tambahkan rempah kari, air limua dan daun pudina. Kacau rata.
  • Bila rempah garing, masukkan ayam dan sedikit air.
  • Masukkan tomato, sus cair, garam, gula dan tomato puri.
  • Renihkan sehingga tomato hancur dan kuah pekat.
  • Hidang - taburkan dengan bawang goreng dan kacang peas.
Note:
Ayam masak merah ni adalah hidangan wajib kenduri-kenduri di kampung mak dulu. Sedap, sayangnya tukang masaknya dah lama meninggal. Tukang masak dulu biasa la...bukan ada resepi betul-betul. Main agak-agak aja. So, ini yang mak dapat daripada pemerhatiannya (curi-curi la) bagaimana masakan ini dimasak. Taklah jadi exactly, mirip-mirip tu adalah....
0 comments

Ayam Pop

1 ekor ayam - belah 4
2 biji limau kasturi (diambil jusnya)

Bahan A
250 ml air kelapa
2 sudu besar mentega

Kisar:
4 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada sulah
1 cm halia

  • Perap ayam dengan air limau dan bumbu yang dikisar.
  • Rebus dengan Bahan A dan 2 batang serai sehingga empuk.
  • Tambahkan garam secukup rasa.
  • Simpankan sedikit air rebusan ayam untuk sambal.
Sambal:

5 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato

Rebus bahan-bahan di atas dan kisar bersama:

2 helai daun limau purut
1 batang serai
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam

Masak sebentar.

Hidangkan bersama ayam.

Note:
Resepi Ayam Pop ni mak gabungkan daripada beberapa resepi yang mak dapat dari internet. Biasala... mak akan modified ikut citaras famili.
0 comments

Ayam Masak Merah Famili

1 ekor ayam - digoreng separuh masak

Tumis:
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkeh
1 inci halia - didadu
4 ulas bawang putih - didadu
6 ulas bawang merah - dimayang
1 biji bawang besar - didadu
3 batang serai - dititik
2 helai daun pandan
1 tangkai batang daun sup

Bila wangi, masukkan 2 biji tomato yang didadu, kacau sehingga hancur.

Masukkan 4 sudu besar cili kering giling, 1 sudu teh serbuk jintan manis, 1 sudu kecil serbuk ketumbar dan 2 sudu besar madu.

Masukkan ayam, kacau rata dan renihkan sehingga pekat kuahnya.

Masukkan 2 biji bawang besar (disubang) dan 2 biji tomato (disubang), Masak sehingga layu.

Taburkan sedikit bwg goreng dan daun bwg daun sup semasa menghidang.

Note:
Ayam Merah kegemaran famili.
0 comments

Ayam Masak Kicap Mak Chak

1 ekor ayam - gaul garam kunyit dan goreng hingga masak.

Kisar dan tumis sehingga pecah minyak:
3 biji bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
15 biji cili kering

Tambahkan air asam jawa, gula, garam, kicap manis dan bawang goreng secukup rasa.

Kacau rata. Masukkan ayam.

Bila kuah telah pekat, masukkan bawang besar yang disubang serta sedikit daun kari.

Serve hot.

Note:
Resepi ni daripada dapur Mak Chak, adik ipar mak dari Parit Buntar.
0 comments

Ayam Masak Lada

1 ekor ayam

Kisar dan tumis:
1 sudu besar lada hitam
2 inci halia
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
1 sudu kecil jintan manis
1 inci kunyit hidup

Bila garing, masukkan ayam. Masak sehingga empuk.
Setelah ayam empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan air asam jawa secukupnya.
Sebelum angkat, taburkan bawang besar, cili merah dan cili hijau.

Note:
Ini satu lagi resepi daripada sepupu mak, Ngah Wan.
0 comments

Ayam Masak Merah Kak Milah

1 ekor ayam - potong 4. Lumur garam kunyit dan goreng separuh masak.

Dikisar halus:
20 biji cili kering
12 ulas bawang merah (goreng)
5 ulas bawang putih
1.5 inci halia

6 biji tomato masak (subang)
1/2 botol tomato sos
3 batang serai dititik

Rebus rempah yang dikisar dengan buah tomato, tomato sos dan serai sehingga separuh kering.
Masukkan 1-2 helai daun pandan.
Masukkan ayam, perisakan dengan garam dan gula.
Masak sehingga kuah pekat.

Taburkan bawang goreng semasa menghidang.

Note:
Masakan ni mak belajar tahun 70an daripada Allahyarhamah Mak Cik Milah (STC).
0 comments

Ayam Goreng Berlada

1 ekor ayam - potong 8 atau 12
Perapkan dengan:
2 inci halia (tumbuk kasar)
3 batang serai diketuk
garam
kunyit

Ayam direbus sehingga kering airnya.
Goreng sehingga garing.

Kisar halus:
10 biji cili merah
20 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
15 biji tomato (dibuang biji)
5 ulas bawang putih

Tumis sehingga mendidih.
Bila kuah pekat, masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul sebati.

Semasa menghidang, taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Note:
Resepi ini peninggalan arwah Cikgu Ida. Istimewanya resipi ni menggunakan 15 biji tomato untuk seekor ayam. Dah tu kena buang biji pulak. Banyak hal jugaklah nak masak....but then, no pain, no gain. Nak makan sedap cam tu la....
0 comments

Ayam Goreng Mak Cik Pah

1 ekor ayam, direbus dengan:
cili padi dan cili merah
bawang merah
bawang putih
halia
kicap
(semua bahan di atas dikisar halus terlebih dahulu)

Sejat ayam, goreng.

Ambil sedikit minyak gorengan ayam. Tumiskan daun kari.

Tambahkan air rebusan ayam serta sedikit tomato sos dan cili sos.

Masak sehingga kuah pekat.

Tambahkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata.

Note:
Resepi ni mak dapat daripada Mak Cik Pah. Sedap dimakan dengan Nasi Butter.
0 comments

Ayam Masak Ros Ngah Wan

1 ekor ayam (boleh juga guna itik)

Dikisar halus dan tumis sehingga wangi:
20 biji cili kering
10 biji cili merah
15 biji cili padi
3 cm halia
3 batang serai
5 cm lengkuas
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 biji bawang besar

Kemudian masukkan:
santan pekat (100gram)
3-5 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa
lada hitam
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos

Masukkan ayam dan daun limau purut, sehingga ayam empuk.

Note:
Resepi ni daripada Ngah Wan, sepupu mak.
1 comments

Ayam Bumbu Bali

1.5 ekor ayam - lumurkan garam dan goreng setengah masak.

Dikisar dan tumis sehingga wangi:
12 biji cili merah (dibuang biji)
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1 inci halia
8 - 10 biji buah keras
1 sudu kecil lada putih
2 helai daun limau purut

Apabila rempah garing dan wangi, masukkan ayam yang digoreng tadi.
Kacau sebati dan terus masak sehingga ayam empuk.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Rebus 5 biji telur, goreng sehingga kekuningan. Masukkan dalam ayam, kacau sebati.

Note:
Resepi ini merupakan masakan tradisi Jawa (Surabaya). Belajar masakan ni daripada pembantu rumah, Mia. Emak dan sepupu dah pernah cuba tapi saya tak pernah masak sendiri masakan ni. Kalau nak makan, Mia yang akan masak.
0 comments

Ayam Panggang Asam

(Untuk 1 ekor ayam)

Dikisar halus:
7 batang serai
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar jintan manis

9 biji cili merah (tambah cili padi jika suka pedas)

  • Gaulkan bahan kisar dengan ayam (potong 8 atau 10).
  • Tambahkan garam, gula dan lada secukupnya.
  • Masak atas api.
  • Tambah air asam jawa secukupnya. Kacau.
  • Masukkan santan (100gram). Kacau atas api sederhana sehingga masak.
  • Bila masak, tabur bawang besar yang dipotong subang dan kacang tanah yang digoreng di atasnya.
  • Tutup sebentar sehingga bawang layu. Angkat.
Note:
Resepi ni mak dapat daripada Auntie Fishah (Alor Setar).
Sunday, December 20, 2009 0 comments

Rendang Ayam Auntie Ida

2 ekor ayam - potong 12

Bahan A: Dimayang/Dihiris halus
20 batang serai
40 biji cili kering
4 inci halia
450 gm bawang merah

Bahan B:
7 keping asam gelugor
3 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
4 sudu kecil gula (atau secukup rasa)

5 - 6 cawan santan

Beberapa helai daun limau purut dan daun kunyit

  • Rebus bahan A bersama santan sehingga layu.
  • Masukkan ayam dan bahan B, kacau dan didihkan sehingga ayam empuk.
  • Reneh lagi sehingga kuah pekat.
  • Masukkan limau purut dan daun kunyit, kacau sebati.
Note:
Resepi ni daripada kawan mak, Auntie Ida Sulaiman. Sejak dapat resepi, hampir setiap tahun di hari raya, my mom akan masak rendang ni. Dalam keluarga, rendang ini dikenali sebagai Ayam Masak Sikit sebab pernah satu tahun tu, rendang ni habis awal pagi raya. Bila kami tanya, mak kata kali ni mak masak sikit aja, sebab ada rendang minang itik dan rendang pedas daging. Sejak hari tu, kami panggil masakan ni Ayam Masak Sikit.
5 comments

Kek Keju Mudah





1 bar krim keju Philadelphia
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
12 keping biskut Cream Crackers
4 sudu besar butter
1 tin blueberry (S&W) atau jam blueberry

  • Haluskan biskut dan gaulkan sebati dengan butter.
  • Ratakan ke dalam tin pembakar. Tekan supaya kejap. Sejukkan dalam peti sejuk buat seketika.
  • Pukul krim keju dengan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan esen vanilla.
  • Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar tadi.
  • Bakar pada suhu 200 darjah Celcius, 45-50 minit.
  • Setelah siap dibakar, ratakan blueberry ke atas kek.
Note:
Resepi kek keju ini daripada rakan sepengajian di UKM, Radziah Adam. Thanks Radz. My hubby and kids love this cake so much.
0 comments

Krim Puff






KRIM PUFF

Untuk Puff:
250gm butter
4 1/2 cawan air
12 auns tepung gandum
4 biji telur (Gred A)

Untuk Kastad:
1 biji telur
1 tin susu cair
6 sudu besar gula
1 tin air
6 sudu besar tepung kastad

Puff:
  • Masak butter dengan air sehingga butter cair.
  • Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi doh atau tepung tidak melekat pada periuk.
  • Sejukkan seketika, kemudian masukkan telur satu persatu. Kacau rata.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celcius, selama 30 minit.
Kastad:
  • Satukan semua bahan, masak dengan api sederhana sehingga pekat.
  • Potong puff dan isikan kastad ke dalam puff.
 
;