1 ekor ayam
4cm halia - disumbat ke dalam ayam
1 tangkai daun bawang - disumbat ke dalam ayam
1 sudu kecil minyak bijan dan garam dilumur pada ayam
- Jerang air sehingga mendidih. Masukkan ayam, biarkan mendidih selama 10 minit.
- Padam api, tutup periuk. Biarkan ayam terendam selama 10 minit lagi.
- Keluarkan ayam. Siram dengan air sejuk dan toskan.
- Semasa menghidang, potong ayam dan siram dengan 1sudu besar sos tiram dan 2sudu besar madu. Atau lumurkan ayam dengan jus limau nipis, madu dan garam, goreng sehingga garing.
Kisar halus dengan air rebusan ayam:
7 biji cili merah
20 biji cili padi
2 inci halia muda
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak bijan
garam dan gula secukup rasa
Masukkan semua bahan ke dalam periuk, jerang di atas api dan biar mendidih selama 2-3 minit.
Angkat dan sejukkan.
Sos Kicap
1/2 cawan kicap cair
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil minyak masak
gula secukup rasa
Campur semua bahan, masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
Angkat dan sejukkan.
Nasi
3 cawan beras
2 sudu besar mentega
1 sudu besar bawang merah, dicincang
1 sudu besar bawang putih, dicincang
1 sudu kecil halia, dicincang
750ml air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa
- Panaskan mentega. Tumis bawang-bawang dan halia sehingga wangi.
- Masukkan beras dan pati ayam. Kacau rata.
- Tuang ke dalam rice cooker. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Kacau rata.
- Tutup periuk dan biar nasi masak.
Mak dapat resepi ni daripada salah satu keratan resepi majalah lama. Kata Ah Heok, kawan mak, ini memang resepi asli nasi ayam hainan. My little brother, Taufik loves this nasi ayam so much. Dia suka ayam yang direbus sahaja, tak perlu goreng.
0 comments:
Post a Comment