Saturday, January 15, 2011

Sotong Sumbat

Wooo...this is really my favorite dish.  Cuma nak menyediakannya melibatkan kerja yang banyak.  Over the weekend boleh la masak, balik kerja kalau nak masak, tak sempat kot.

Sotong Sumbat

Intinya:
1-2 kilo sotong yang agak besar.  Bersihkan.

Hiris halus:
2 tangkai daun bawang
2 labu bawang besar
2 biji cili muda dan cili merah

Pukul 4 biji telur.  Campurkan dengan bahan di atas.

 isi ayam/isi udang yang dicincang.

  • Tumis sedikit bawang putih, masukkan isi ayam/udang tadi.  Perasakan dengan garam,gula dan lada.
  • Kemudian masukkan telur tadi.  Masak seperti scramble egg.
  • Isikan ke dalam sotong 3/4 penuh.  Sematkan kat janggut sotong dengan lidi.
Kuahnya:
  • Pijarkan minyak.  Tumis bahan-bahan berikut yang digiling halus: halia, 1/2 sudu teh lada hitam, 5 biji cili kering, 1 sudu teh jintan manis, 5 ulas bawang merah.
  • Masukkan santan dan atur sotong ke dalam periuk.
  • Masak sampai kuah pekat.
  • Bila mendidih, kelarkan sotong supaya kuah dapat meresap masuk ke dalam intinya.

1 comments:

Fazliana Jamil said...

Fuhhh, terliurr rasanya. Nak jadikan resepi untuk tengah hari kang rasanya. Oh ye boleh lawat blog saya kalau ada masa http://www.mamafisya.com/

Post a Comment

 
;