Saturday, January 15, 2011

Sotong Kering Goreng Bercili

Ini masakan kegemaran sekeluarga, me and my siblings.  Dulu, arwah ayah, kawan-kawan ayah, kawan-kawan mak semua pun suka.  Tapi tu lah...bila masak sendiri tak jadi macam mak masak walaupun dah ambik latihan praktikal dengan mak.

Sotong Kering Goreng Bercili

1/2 kilo sotong kering - dipotong halus dan perap dengan:
-garam kunyit
-sos tiram
-kicap pekat dan cair
-lada
-gula
-air asam jawa

300gm bawang besar - dimayang
20 biji ciki kering - potong kecil dan digoreng
Kacang tanah - digoreng

Suun - direndam
3-4 ulas bawang putih - didadu

  • Tumis bawang putih.  Masukkan bawang besar sampai layu.
  • Masukkan sotong dan tutup sotong dengan bawang tadi.
  • Masak sampai sotong empuk - 10-15 minit.
  • Masukkan suun.  Kacau rata.
  • Sesuaikan rasa.
  • Semasa menghidang, gaul dengan kacang dan cili kering.

1 comments:

Sarah Azizul said...

Salam, kak roza.

Sedapnya. Tak sabar nak Cuba.
Seronok pula rasa. Ingatkan seperti Sambal sotong biasa..rupanya lain Dari yang biasa.

Kiranya, tak perlulah direndam sotong tu dengan air soda bikarbonat/air Abu semalaman seperti yang biasa dicadangkan orang?

Post a Comment

 
;